Thursday, 27 October 2016

Tak Nak Pegi Universiti


 

 

Jam sudah pun menunjukkan pukul lapan pagi. Sopian masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke universiti.


Ibu: Sopian? Sopian? bangun nak, pergi universiti, nanti kamu terlambat.


Sopian: Alah emak? Sopian tidak mahu pergi ke universiti!


Ibu: Apa, tidak mahu pergi universiti?! Baik. Sopian berikan emak dua sebab mengapa Sopian tidak mahu ke universiti.


Sopian: Semua pelajar tidak suka Sopian. Pensyarah pensyarah di universiti pun tidak suka pada Sopian!


Ibu: Itu bukan alasan bagi Sopian untuk tidak ke universiti. Cepat, bangun sekarang!


Sopian: Baiklah, sekarang emak pula berikan Sopian dua sebab mengapa Sopian mesti pergi ke universiti.


Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak!
Sopian dengar baik-baik, pertama Sopian sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Sopian tu VICE CHANCELLOR!!!!!!
 
 
 
 
ahlifikirnegara: malas betul...............

No comments:

Post a Comment