Wednesday, 5 October 2016

Doktor Pakar Bedah (bukan Bedah aaa)..'E' di situ adalah spt 'E' di 'Bedak' bukan di 'Berak'.

 

Doktor Sopian: "Anda harus dibedah!"

Pesakit ke-Sepuluh: "Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?"

Doktor Sopian: "Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini."

Pesakit ke-Sepuluh: "Aduhhh, Apa dia???!!!"

Doktor Sopian: "Anda jangan takut."

Pesakit ke-Sepuluh: "Kenapa?"

Doktor Sopian: "Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya mati."

ahlifikirnegara: Sebab itu Matematik penting 'sekali' dalam kehidupan. 'Sekali ' aje bukannya dua tiga kali.




Ini pula kisah Si Sopian semasa di dalam kelas dulu dulu (sebelum beliau bergelar Doktor).

Sopian : Ayah, tadi Sopian dimarahi oleh cikgu besar!
Ayah: Kamu buat silap apa, Sopian ?
Sopian : Sopian tak dapat jawab soalan cikgu besar.
Ayah: Apa yang cikgu besar soal Sopian ?
Sopian : Cikgu soal, di mana letaknya Washington.
Ayah: Laaa...Itupun Sopian boleh tak tahu! Lain kali kalau Sopian sudah letak sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!


ahlifikirnegara: Sebab itu pelajaran 'bahasa' amat penting, supaya manusia berbudi bahasa.

No comments:

Post a Comment