Satu hari Dr. Sopian pening kepala, mengapa doanya dan permohonan yang beliau pinta sering tidak dimakbulkan atau lewat. Dalam kepeningan itu, lalu pula Tok Batin yang bijaksana.
Dr. Sopian: Tok Batin, Tok nak ke mana?
Tok Batin: Nak ke depan.
[Memang lah ke depan, mana ada orang jalan ke belakang]....fikir Dr.Sopian.
Dr. Sopian: Saya tengah pening ni Tok, sebab doa saya sering tidak kecapaian.
Tok Batin: 'Normal' tu. Saya punya permintaan pun selalu 'off-line'.
Tok Batin mula menerangkan pada Dr. Sopian apa sal permohonan kita sering kecundang.
Tok Batin: Cuba kau fikir. Kalau kau naik kereta, pasang 'air-cond'; lepas tuh tingkap tak tutup habis. Agak kau kereta kau tuh boleh sejuk tak?
Dr. Sopian: Mana boleh jadi sejuk Tok, kenalah tutup tingkap tuh habis habis. Baru datang sejuk. Apa pulak kaitan dengan doa kita tuh tadi?
Tok Batin: Cuba kita samakan 'air-cond' tuh dengan doa kita, tingkap kereta tuh pulak kita samakan dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Jika kita berdoa sampai keluar air mata darah sekali pun, tapi dosa masih kita lakukan sama lah seperti kereta yang ber 'air-cond' tapi tingkapnya terbuka.
Dr. Sopian: Tinggi falsafah Tok Batin ni.
ahlifikirnegara: Cakap aje besar, tapi hati kecik. Suruh fikir sikit, hati tak mahu fikir, otak jadi benak. Allah Maha Kaya. Sapa nak air-cond free boleh pergi ke negara sejuk.
No comments:
Post a Comment