Monday, 10 October 2016

Salah Faham.

 

Orang sakit pi ziarah orang sihat. Orang sihat jemput makan orang sakit. Tak masuk dek akal???? Orang sihat take for granted, orang sakit asked a grant to be sihat. RIP - Renovation In Progress.


Orang sakit pi ziarah orang sihat.
Maksudnya jika kita sakit, bukankah kita pergi berjumpa/'ziarah' doktor?
Doktor tu elok elok ada aja sihat - itu lah maksudnya , 'Orang sakit pi ziarah orang sihat'.


Ada pulak orang yang mengatakan saya merajuk.
Buang karan aje. Nak merajuk buat apa. Hal
masing masing lah.
Mati nanti pergilah kubur sendiri. (Nak naik apa?)

Orang sihat jemput makan orang sakit.
Maksudnya 'nurse' yang hantar tray/makanan kepada pesakit; jemput pesakit tuh makan.
Nurse tuh kan elok elok aja sihat tetapi jemput orang sakit makan.
Mana lah orang sakit tuh ada selera sangat nak makan.
Tengok 'nurse cantik' ada selera lah.
Itulah maksudnya, 'Orang sihat jemput makan orang sakit'.


Tak masuk dek akal????

Orang sihat take for granted.
Haa ini pulak selagi sihat, dia orang ingat boleh pelantak/makan sesuka hati.
Selagi ada makan. Selagi makanan ada makan.
Selagi boleh makan makan. Makan selagi lagi makan.
Maksudnya anda boleh cari/fikir sendiri. Sendiri mahu ingatlah!


Orang sakit asked a grant to be sihat.
Jangan kecewa bila dah sakit.
Masa sihat dulu tak mahu sendiri mahu ingat.
Pergi dudak atas sejadah, minta doa banyak banyak.
Insyallah lah kot ikhtiar cara itu.


RIP - Renovation In Progress. Bukan Rest-In-Peace aaaaaa.
Semua orang takut kalau nampak RIP (Cemetery).
Padahal tadak apa pun.
Problem nya; nak jawab soalan tuh aja. Soalan kubur.


Itu sahaja. Jangan salah faham.




ahlifikirnegara: Buat lah apa apa patut.

No comments:

Post a Comment