Perbualan antara dua pelajar PhD.
PhD kau apa macam mat? Aku kat sini teruk gila, macam macam kena buat? Masuk kelas ini lah masuk ‘course’ sana lah..susah OOOOO!!!
PhD ni macam duit jugak kawan…
Mula mula datang tuh macam duit syilling…keras nak mampus. Bila dah lama sikit dia jadi lah duit kertas, ‘lembut’ lah sikit.
‘Value’ dia pun sama juga. Duit syilling tuh mana nak sama value dia dengan duit kertas tadi. Walaupun keras nak mampus nilai dia tetap rrendah berbanding dengan duit kertas tadi.
Kau janganlah nak pusing, “Bagaimana kalu aku ada banyak duit syilling sama nilai dengan duit kertas?.
Aaaaaa….aku bagi kau dua hari aje. Aku simpan duit kertas 500 dalam wallet dan kau simpan dalam kocek seluar duit syilling 500….silap silap ‘telor’ kau pon boleh melecet.
Itulah dia PhD…Pergi Himpun Duit. Itu mula mula nak sambung PhD…memang lah duit tengah banyak.
Macam aku nih
Pergi Habiskan Duit. Dah hujung hujung nih aku pin tak nampak mana pergi duit
PhD tu tadi. T-Shirt aku pun tak bertukar. Nasib baik lah masa kat UK dulu aku
beli jersey/T-shirt banyak banyak. Boleh jugak aku show –off kat sini. Kalau
tak pakai Pagoda ajelah memanjang.
PhD ni macam kita korek perigi….
Pot-holes
Digging (PhD cont’d)
Perbualan antara dua pelajar PhD.
“Aku dah terima dua emel kau,,,,aku alhamdulilah
sihat dgn klrg pun ok lah.
studi jalan macam biasa…aku pun tak berani nak komen lebih2 sebab buat PhD ni macam kita korek perigi…..
korek korek korek,,,sampai jumpa air. selagi tak jumpa air kau korek lah dalam lagi.
bila kita korek dan dah jumpa mata air…..nanti air tu naik sendiri sampai kat atas muka perigi,,senang aje kita cedok airnya.” kata si A.
Sambungnya, “Doa pada Allah la minta dipermudahkan. aku tahu kau tension,,,nanti dia okaylah tu.. kalau aku cerita masalah aku yang besar2, nanti kau lagi tension tak nak dengar.”
“Sabar tuan. Hari Hari kita kena Bercukur…..maksud aku BerSyukur…salah taip. ”
Permintaan si B, “Cuba kau tengok full text kat universiti kau? Email lah aku bila kau tension tu. ”
“Paper aku kena reject lg, apa yang aku buat, rupanya dah ada org buat, tension betul ler, skrg aku tak tahu apa nak buat, aku ingat aku kena kuat buat dakwah lah.”
ahlifikirnegara: Teringat dan terkenang-kenang.
No comments:
Post a Comment