Sunday, 19 July 2026

Mengapa Kita Takut Menjadi Orang Baik?

 Mengapa Kita Takut Menjadi Orang Baik?


Antara ungkapan yang sering kita dengar ialah,


“Tak payahlah jadi baik sangat. Nanti orang ambil kesempatan.”


Ada juga yang berkata,


“Buat baik berpada-padalah.”


Ungkapan seperti ini mungkin lahir daripada pengalaman hidup. Namun, tanpa disedari, ia boleh membentuk cara kita melihat kebaikan.


Kita mula berkira sebelum membantu.


Kita mula mengukur untung rugi sebelum berbuat ihsan.


Kita mula bertanya,


“Apa yang aku akan dapat jika aku berbuat baik?”


Persoalannya, adakah al-Quran mendidik kita berfikir seperti itu?


Apabila diperhatikan keseluruhan al-Quran, kita akan mendapati bahawa Allah berulang kali menggandingkan iman dengan amal soleh (amal kebaikan)


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ…


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh (amal kebaikan)…”


Ini menunjukkan bahawa amal soleh bukan sekadar amalan yang baik, tetapi lahir daripada hati yang dipenuhi iman.


Perkataan iman (الإيمان) berasal daripada akar kata أ م ن, yang membawa makna aman dan tenteram. Daripada makna inilah lahir keyakinan yang memenuhi hati sehingga seseorang berasa aman, tenang dan stabil ketika berhadapan dengan kehidupan.


Sebab itu, orang yang benar-benar beriman ialah orang yang hatinya menjadi aman dan stabil kerana yakin bahawa Allah ialah Pencipta, Pemilik, Pentadbir dan Penguasa seluruh alam. Dia juga yakin bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah, serta meyakini segala nama dan sifat-Nya yang Maha Sempurna. Dengan keyakinan itulah dia percaya bahawa Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya.


Apabila keyakinan seperti ini memenuhi hati, lahirlah amal soleh. Pada masa yang sama, amal soleh yang dilakukan secara berterusan dengan ikhlas kerana Allah pula memelihara dan menguatkan iman. Sebab itulah Allah sentiasa menggandingkan iman dengan amal soleh di dalam al-Quran kerana kedua-duanya saling menguatkan antara satu sama lain.


Hakikatnya, semua persoalan itu bukan sekadar berkaitan dengan amalan, tetapi berkaitan dengan tujuan di sebalik amalan.


Apabila hati dipenuhi iman, tujuan hidupnya ialah Allah. Maka amal soleh dilakukan kerana mencari keredaan Allah, bukan kerana pujian, penghargaan atau balasan daripada manusia.


Sebaliknya, apabila tujuan beralih kepada manusia, kebaikan mula diukur dengan reaksi manusia. Apabila dipuji, dia bersemangat. Apabila dihargai, dia terus memberi. Namun apabila tidak dihargai atau dibalas seperti yang diharapkan, semangat untuk berbuat baik mula pudar.


Di sinilah kita perlu bermuhasabah.


Apabila seseorang hanya mahu berbuat baik kerana mengharapkan penghargaan, balasan atau layanan yang baik daripada manusia, kemudian berhenti apabila semua itu tidak diperoleh, dia sebenarnya sedang mendedahkan bahawa tujuan di sebalik kebaikannya bukan lagi kerana Allah sepenuhnya, bahkan manusia telah menjadi ukuran kepada kebaikannya.


Sedangkan seorang mukmin menjadikan keredaan Allah sebagai ukurannya.


Sebab itu, setiap kali muncul bisikan,


“Tak payahlah jadi baik sangat.”


Mungkin persoalan yang lebih utama kita tanya kepada diri kita bukanlah sama ada manusia akan mengambil kesempatan atau tidak, 


Tetapi,


“Untuk siapakah sebenarnya aku melakukan semua kebaikan ini?”


Hakikatnya, apabila setiap orang menunggu orang lain berubah terlebih dahulu, masyarakat tidak akan berubah.


Al-Quran mengajar jalan yang berbeza.


Perubahan masyarakat bermula daripada perubahan diri sendiri.


Allah SWT berfirman:


إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”


(Surah ar-Ra‘d: 11)


Para ulama tafsir menjelaskan bahawa Allah tidak menyebut perubahan itu bermula pada keadaan di luar diri manusia, bahkan pada apa yang ada dalam diri mereka. Perubahan hati, keyakinan, tujuan dan sikap itulah yang akhirnya melahirkan perubahan dalam perkataan, tindakan dan kehidupan.


Sebab itu, jika kita menginginkan masyarakat yang dipenuhi kebaikan, kita tidak boleh sekadar menunggu orang lain menjadi baik.


Kita perlu memulakannya daripada diri sendiri.


Apabila hati dipenuhi iman, lahirlah amal soleh. Apabila amal soleh dilakukan secara berterusan, ia membentuk akhlak. Apabila akhlak itu tersebar dalam masyarakat, lahirlah masyarakat yang saling menghidupkan kebaikan.


Masyarakat yang baik tidak bermula apabila semua orang berubah serentak.


Ia bermula apabila seseorang memilih untuk terus berbuat baik kerana Allah, walaupun orang lain belum melakukannya.


Perlu juga difahami bahawa baik dan lemah bukanlah dua istilah yang saling berlawanan.


Dari sudut bahasa, lawan kepada baik ialah jahat, manakala lawan kepada lemah ialah kuat.


Oleh itu, apabila seseorang berkata,


“Jangan jadi baik sangat nanti orang pijak.”


Sebenarnya dia sedang mencampurkan dua perkara yang berada pada dimensi yang berbeza.


Hakikatnya, apa yang ditakuti bukanlah kebaikan, tetapi ditindas, dizalimi atau diambil kesempatan.


Islam tidak pernah mengajar kita meninggalkan kebaikan kerana takut kepada perkara tersebut.


Sebaliknya, Islam mengajar kita supaya sentiasa berbuat baik, dan pada masa yang sama menjaga diri daripada kezaliman, bahaya dan mudarat.


Sebab itu, penyelesaiannya bukan berhenti menjadi orang yang baik, tetapi menjadi orang yang lebih kuat, lebih bijak dalam membuat pertimbangan dan lebih tepat dalam bertindak.


Maka, seorang mukmin tidak perlu memilih antara menjadi baik atau menjadi kuat.


Dia dituntut menghimpunkan kedua-duanya; terus berbuat baik kerana Allah, sambil memelihara diri dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.


Jika tujuan kita benar-benar kerana Allah, maka penghargaan manusia bukan lagi penentu sama ada kita terus berbuat baik atau berhenti.


Kita terus melakukannya kerana yakin bahawa Allah melihat, menghargai dan tidak pernah mensia-siakan walau sekecil-kecil kebaikan yang dilakukan kerana-Nya.


Lalu Allah menenangkan hati orang yang beriman dengan firman-Nya:


وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ


“Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk diri kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah.”


(Surah al-Baqarah: 110)


Perhatikan ungkapan ini.


Allah tidak mengatakan bahawa kebaikan itu hilang apabila tidak dihargai oleh manusia.


Sebaliknya, Allah menyatakan bahawa setiap kebaikan yang dilakukan kerana-Nya tetap berada di sisi-Nya.


Mungkin manusia tidak menghargainya.


Mungkin manusia melupakannya.


Tetapi Allah tidak pernah melupakannya.


Allah menegaskan lagi:


إِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ


“Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat ihsan (kebaikan).”


(Surah at-Taubah: 120)


Dan Allah juga berfirman:


إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا


“Sesungguhnya Kami tidak mensia-siakan pahala orang yang memperelok amalnya.”


(Surah al-Kahf: 30)


Bahkan, walaupun sebesar zarah, Allah tetap menghitungnya.


فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ


“Sesiapa yang melakukan kebaikan seberat zarah, dia akan melihatnya.”


(Surah az-Zalzalah: 7)


Bukan sekadar dihitung.


Allah mendekatkan rahmat-Nya kepada mereka.


إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ


“Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat dengan orang-orang yang berbuat ihsan (kebaikan).”


(Surah al-A‘rāf: 56)


Bukan sekadar rahmat.


Allah juga mencintai mereka.


وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ


“Dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat ihsan(memperelokkan amal kebaikannya)”


(Surah al-Baqarah: 195)


Kemudian Allah memperlihatkan bagaimana Dia sendiri menghargai setiap kebaikan.


مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا


“Sesiapa yang datang membawa satu kebaikan, maka baginya sepuluh kali ganda pahala.”


(Surah al-An‘ām: 160)


Allah tidak membalas satu kebaikan dengan satu sahaja.


Bahkan Allah melipatgandakannya.


Lebih indah lagi, Allah memperkenalkan diri-Nya sebagai Asy-Syakūr, Tuhan Yang Maha Menghargai.


Sedangkan manusia mungkin terlupa menghargai kebaikan kita, Allah memperkenalkan diri-Nya sebagai Tuhan Yang Maha Menghargai setiap amalan hamba-Nya.


Allah menghargai amalan hamba-Nya dengan ganjaran yang jauh lebih besar daripada apa yang dilakukan. Amalan yang sedikit dibesarkan pahalanya, usaha yang kecil tidak disia-siakan, dan keikhlasan yang tersembunyi tetap mendapat balasan daripada-Nya.


Kemuncaknya, Allah berfirman:


هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ


“Tidak ada balasan bagi ihsan melainkan ihsan juga.”


(Surah ar-Raḥmān: 60)


Apabila semua ayat ini dihimpunkan, jelas bahawa al-Quran tidak pernah mendidik kita supaya berkira untuk menjadi orang yang baik.


Sebaliknya, al-Quran membina keyakinan bahawa setiap kebaikan berada dalam pengetahuan Allah, tidak pernah disia-siakan oleh-Nya, sentiasa dihargai oleh-Nya, didekatkan dengan rahmat-Nya, dicintai oleh-Nya dan akhirnya dibalas dengan ihsan daripada-Nya.


Maka persoalannya bukanlah,


“Adakah manusia akan menghargai kebaikan kita?”


Tetapi,


“Adakah kita benar-benar yakin kepada Allah sehingga terus berbuat baik kerana-Nya?”


Kerana orang yang benar-benar beriman tidak menjadikan penghargaan manusia sebagai sebab untuk berbuat baik.


Dia menjadikan keredaan Allah sebagai tujuan hidupnya.


Semakin kukuh imannya, semakin banyak amal soleh yang lahir daripada dirinya.


Itulah antara mesej terbesar al-Quran; membentuk manusia yang beriman sehingga lahir daripadanya insan yang sentiasa berbuat amal kebaikan kerana Allah.







Wednesday, 15 July 2026

Kematian itu pasti. Cuma waktunya yang Allah sembunyikan.

 Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un 


Kematian itu pasti. Cuma waktunya yang Allah sembunyikan. 


Ini beberapa nasehat untuk kita renungkan bersama:


1. Ingat: Dunia ini tempat singgah, bukan tempat tinggal

Rumah megah, mobil, jabatan, tabungan... semua hanya titipan.  

Suatu hari kita akan lepas baju kebesaran itu dan pulang hanya dengan 3 helai kain kafan.  

Yang ikut kita ke kubur cuma 3: amal, harta sedekah, dan doa anak sholeh.


2. Jadikan dunia sebagai "jembatan", bukan "tujuan"

Harta jangan jadi tuan. Jadikan dia "kuli" untuk akhirat.  

- Punya rezeki → sedekah, bangun masjid, bantu anak yatim

- Punya jabatan → gunakan untuk menegakkan keadilan, memudahkan urusan orang

- Punya ilmu → ajarkan, supaya jadi amal jariyah


Semua yang kita kejar di dunia, tanya dulu: "Ini mendekatkan aku ke ridho Allah atau menjauhkan?"


3. 3 bekal yang harus disiapkan dari sekarang

Rasulullah ﷺ bersabda: "Cerdas itu orang yang banyak mengingat kematian dan menyiapkan bekal untuk setelahnya"  

1.  Taubat - Jangan tunda. Kita tidak tahu kapan malaikat Izrail datang

2.  Amal sholeh - Sholat tepat waktu, baca Quran, birrul walidain. Hal kecil tapi berat di timbangan

3.  Hati yang bersih - Maafkan orang, tinggalkan dengki. Bawa hati yang selamat menghadap Allah


Kematian bukan akhir. Dia pintu.  

Pintu dari rumah sewa yang sempit, menuju rumah abadi.  

Kalau kita sudah persiapkan "rumah" di surga dengan amal, maka kematian jadi kabar gembira.


Jangan takut mati. Takutlah kalau mati dalam keadaan Allah belum ridho.


"Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya, dan sebaik-baik amalku adalah amal penutupnya, dan sebaik-baik hariku adalah hari aku bertemu dengan-Mu"


Semoga kita semua termasuk orang yang pulang dalam keadaan husnul khatimah dan mendapat ridho Allah SWT. Aamiin 🤲










Thursday, 2 July 2026

Pengurusan Kewangan untuk yang Akan Bersara

 

# *Panduan Pengurusan Kewangan untuk Staf yang Akan Bersara*.

 

Sebagai persediaan menghadapi fasa persaraan, pengurusan kewangan yang bijak dan tersusun amat penting bagi memastikan kehidupan yang stabil dan sejahtera.

 

Assalamualaikum. Awal Mula Pertama Mula.

## *1. Pengurusan Duit Ganjaran (Gratuiti)*

 

* Sebaiknya, gunakan maksimum *30% daripada duit ganjaran* untuk keperluan peribadi seperti menunaikan haji atau tujuan penting lain.

* Baki *70%* disyorkan untuk:

  * Simpanan dalam KWSP (caruman tambahan)

  * Akaun simpanan tetap (Fixed Deposit)

* Hadkan pengeluaran daripada simpanan ini tidak melebihi *30%*, manakala selebihnya dijadikan dana kecemasan.

 




Sem II Sesi 2025/2026

## *2. Pemilihan Institusi Kewangan*

 

* Walaupun sesuatu bank berlabel “Islamic”, pastikan anda memahami konsep sebenar muamalat yang digunakan.

* Pilih produk pembiayaan dengan *kadar keuntungan (profit) atau faedah terendah*.

* Sentiasa membuat keputusan dengan ilmu dan diiringi tawakal.

 



Cincin dijari manismu tanda bahagia.

Makan Makan Makan

## *3. Peranan Keluarga dalam Kewangan*

 

* Ibu bapa, khususnya ibu, sering menjadi penasihat kewangan yang berhemah.

* Menyerahkan sebahagian simpanan kepada ibu boleh menjadi satu bentuk disiplin simpanan kerana kebiasaannya ibu lebih bijak menyimpan untuk masa susah.

 

Lot 10


Ekjos


Dimana?.....

## *4. Bantuan Kewangan kepada Anak-Anak*

 

* Kajian menunjukkan ramai pesara menghadapi masalah kewangan kerana terlalu banyak membantu anak.

* Boleh membantu, tetapi *hadkan kepada maksimum 10% daripada simpanan*.

* Ingat, simpanan tersebut adalah hasil usaha puluhan tahun.

 

## *5. Perancangan Kos Penjagaan Kesihatan*

 

Ai Ai Cip. Jaga Kesihatan!

Jaga Kesihatan. Ramadhan Kareem.

Jaga Kesihatan ANDA!

* Jika menghadapi masalah kesihatan serius sehingga perlu penjagaan rapi:

  * Pertimbangkan rumah jagaan jika tiada yang mampu menjaga di rumah.

  * Pastikan anda mempunyai *sokongan kewangan yang kukuh* untuk menampung kos penjagaan.

 

## *6. Pengurusan Pinjaman*

 





* Jika ingin membuat bayaran lebihan untuk pinjaman:

  * Bayar di kaunter dan nyatakan bayaran untuk *“prinsipal”*.

  * Elakkan pembayaran lebihan melalui aplikasi jika ia tidak mengurangkan prinsipal.

 

## *7. Nasihat untuk Anak-anak (Perancangan Kewangan)*

 

* Untuk membeli rumah/aset bernilai sekitar *RM180,000*:

  * Pendapatan minimum disyorkan: *RM3,000 sebulan*

  * Pastikan komitmen hutang tidak melebihi *1/3 daripada gaji*

 

## *8. Keselamatan Transaksi Kewangan*

 

* Elakkan melakukan transaksi kewangan menggunakan *WiFi awam*

* Berhati-hati dengan penggunaan aplikasi e-wallet seperti Touch ‘n Go

 

## *9. Tindakan Jika Ditipu (Scam)*

 

* Segera hubungi:

  * *997 (NSRC – National Scam Response Centre)*

  * Bank berkaitan untuk tindakan pantas

 

## *10. Elakkan Overlap Pinjaman*

 

* Jangan membuat pinjaman baru untuk menutup pinjaman lama kerana ia hanya menambah beban kewangan.

 

## *11. Berhati-hati dalam Perniagaan*

 

* Elakkan memulakan perniagaan seperti warung sekiranya memerlukan modal yang besar tanpa perancangan rapi.

 

## *12. Perbelanjaan Perkahwinan Anak*

 

* Jika anak ingin berkahwin dan kekurangan dana:

  * Elakkan membuat pinjaman bank

  * Lebih baik bantu melalui pinjaman keluarga yang tanpa beban faedah

 


 

# *Kesimpulan*

 

Jom NZ

Dimana jua anda berada.

Persaraan bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada fasa kehidupan yang baharu. Dengan perancangan kewangan yang berhemah, disiplin dalam perbelanjaan dan keutamaan kepada simpanan, pesara mampu menikmati kehidupan yang lebih tenang dan bermaruah.

Tuesday, 30 June 2026

The Anti-Bucket List: The Freedom of Not Wanting Everything

 A bit long to read but interesting 🤣🤣🤣


The Anti-Bucket List: The Freedom of Not Wanting Everything

Author : Dr Prasad Rajhans 


A few years ago, success was easier to define.


Study well. Get a good job. Build a family. Live a respectable life.


Today, success appears to have expanded in hundreds of directions.


Your friends are running marathons. Someone has completed an Ironman. A colleague is posting photographs from the Himalayas. Another is skydiving. Someone else is visiting remote temples across the world. One friend has become a wildlife photographer. Another has learned guitar at 45. Yet another is practicing yoga in Bali.


Open social media for ten minutes, and it can feel as if everyone is living extraordinary lives.


And slowly, without realizing it, a thought enters the mind:


Am I missing out?


Maybe I should travel more.

Maybe I should trek.

Maybe I should run a marathon.

Maybe I should learn music.

Maybe I should visit more countries.

Maybe I should do something remarkable.


The list keeps growing.


That is the modern bucket list.


But somewhere in the middle of all this comparison, another question quietly emerges:


Who decided these things should be on my list in the first place?







⸻---------------------------------------------------------------------------------


I once heard a friend say:


“Why would I wake up at 4 a.m. just to run after a tiger in the jungle?”


For him, wildlife safaris held no attraction.


For someone else, watching a tiger in the wild might be a lifelong dream.


Neither person is wrong.


That is perhaps one of the most important truths we forget:


Human beings are not meant to enjoy the same things.


Some people love adventure.

Some enjoy meditation.

Some prefer mountain expeditions.

Others enjoy sitting silently near the sea.


Some people travel to twenty countries.


Others may spend a week in one town, understanding the people, culture, food, and silence.


Some may genuinely be happiest at home.


And happiness experienced quietly is no less valuable than happiness displayed publicly.


Lulian's Life




⸻---------------------------------------------------------------------------------


As children, many of us belonged to generations where joy was simpler.


Summer holidays often meant staying with relatives.


Watching a movie on television could feel special.


Going out for ice cream was an event worth remembering.


Small pleasures carried excitement because they were rare.


Today, we have abundance.


Unlimited travel options.

Unlimited entertainment.

Unlimited information.

Unlimited experiences.


Ironically, unlimited choices often create unlimited pressure.


Psychologists call part of this choice overload—when too many possibilities increase anxiety rather than satisfaction.


Because once everything becomes possible, people begin feeling responsible for experiencing everything.


But no human being can do everything.


No one can visit every country.

Learn every skill.

Play every sport.

Attend every event.

See every wonder.

Live every life.






⸻-------------------------------------------------------------------------------------


Perhaps this is where a new idea becomes useful:


The Anti-Bucket List


An anti-bucket list is not pessimism.


It is not laziness.


It is not a lack of ambition.


It is something far more liberating.


An anti-bucket list is a conscious decision about the things you do not need in order to feel fulfilled.


The experiences you do not wish to chase.


The expectations you choose not to inherit.


The comparisons you decide to stop making.


Maybe your anti-bucket list says:


* I do not need to run a marathon.

* I do not need to visit fifty countries.

* I do not need to learn every hobby.

* I do not need public proof that I am living well.

* I do not need to convert every experience into content.


And surprisingly, saying “I don’t need this” can sometimes bring more peace than saying “I must achieve this.”






⸻-------------------------------------------------------------------------------------


There is another quiet consequence of modern life.


People sometimes become so busy photographing moments that they stop living them.


A beautiful landscape is viewed through a mobile screen.


A sunset becomes content.


A journey becomes evidence.


A holiday becomes documentation.


And somewhere in between, the actual experience disappears.


Perhaps some of the most meaningful moments in life are those never uploaded, never announced, and never validated by others.


Only lived.


Only felt.


Only remembered.






⸻----------------------------------------------------------------------------------


Maybe the purpose of an anti-bucket list is simple:


Not to reduce life.


But to reduce unnecessary pressure.


To create room for authenticity.


To stop living every possible life—and start living your own.


Because at the end of the day, fulfillment may not come from checking the most boxes.


It may come from knowing which boxes never needed to be checked at all.

                        ©️ Dr Prasad Rajhans 🦢