Kebetulan hari itu hari Jumaat dan Dr. Sopian berfikir lagi. Banyak sangat yang difikirkannya. Salah satu buah fikirannya adalah berbentuk pertanyaan.
Wallahua'alm bis sawab, sendiri fikir sendiri lah yang cuba jawab.
Buntu juga akhirnya Dr. Sopian dengan satu permasalahan yang masih terbuku di benak hatinya.
Pulang dari sembahyang Jumaat maka Dr. Sopian ter'bertembung' dengan Tok Batin yang bijak sana serta bijak sini.
Dr. Sopian: 'Tok, nak ke mana pulak nin?'
Tok Batin: 'Eh, aku aje lah yang tahunye, mengapa?'
[Soalan dijawab dengan soalan yang lain; sungguh bijak sana Tok Batin, agar Dr. Sopian tidak hanya menjadi rakyat yang sentiasa disuap dengan jawapan se hari ke se hari].
Dr. Sopian: Saya nak minta padangan Tok sikit lah.
Tok Batin: Memandang apa benda nya?
Dr. Sopian: Saya hairan setiap Jumaat berjuta juta umat Islam memohon doa kepada Yang Maha Esa, takkan lah tak ada sorang pun yang dimakbulkan doanya oleh Pencipta.
Tok Batin: Apa yang kamu nak heran kan. Cuba kau ibaratkan kau tuh sebagai seorang Kapten Kapal Laut dan meminta S.O.S. kepada 'Tower Control' dan 'Tower Control' sudah pun bagi arahan supaya dapat elakkan kemalangan. TAPI kau yang sebagai Kapten Kapal serta anak anak kapal tak ikut arahan 'Tower Control'; macamana kapal kau nak selamat.
Biar pun semua penumpang kapal meraung raung minta S.O.S tapi tak ikut arahan 'Tower Control'. Sapa yang boleh tolong?
Dr. Sopian: Macam beli TV tak ikut 'Instruction Manual' lah tuh?
Tok Batin: Ye lah. Faham tak apa.
ahlifikirnegara: Kita kena lah balik ke pangkal jalan. Ini tidak. Dok sibuk nak balik ke pangkal 'Rahim' sahaja. Faham tak apa.
No comments:
Post a Comment