SYAPEN NEGERI BERAJA TERBELAH DUA
oleh : Roslan Madun
Perkara terjadi di hari Jumaat,
Murkalah Raja yang berdaulat,
Menteri Besar diam tersayat,
Kerana dikatakan salah beriwayat.
Apalah sudahnya perkara ini,
Tak patut berlaku di zaman ini,
Menjatuhkan raja terlalu berani,
Padahnya ditanggung ke hari ini.
Mengapa tidak dibuat maufakat,
Supaya perkara tidak berselirat,
Dua puak tiadalah mudarat,
Jika semuanya boleh berpakat.
Katanya ada nak jadi pahlawan,
Seorang raja nak diturunkan,
Istana raja hendak ditawan,
Tujuannya samar tiada ketahuan.
Negeri beraja terbelah dua,
Bertempiaran rakyat nak sokong siapa?
Negeri yang aman jadi huru hara,
Kembali harmoni entah kan bila.
Siapa yang benar siapa yang salah,
Tiadalah berani hendak menyebelah,
Yang sedia ada terus memerintah,
Yang baru dilantik adakah sah?
16.10.2026
Clues: BarangSiapa yang menerima Slip Penyata Gaji - dia lah yang SAH.











