Thursday, 20 October 2016

Trust

 

November 19th, 2009 by ahlifikirnegara


Sesuatu yang baik tetap baik.

Aku ke pejabat sewa van untuk re-confirm booking van dan rasanya macam nak bayar duit sewa tersebut.

Hulur slip booking dan petugasnya semak dalam database. Ye betul, siap pronounce nama dengan baik sekali.

Petugas: Macamana kami boleh bagi awak kurang 7 sen nih? Tak apalah mungkin silap kami. Jadi awak untung 7 sen lah satu hari sewa.

Aku: Saya nak bayar duit sewanya.

Petugas: Tak payah sekarang. Nanti hari nak sewa tuh encik datang dan selesaikan bayarannya.

Aku: Saya nak bagi kau duit, pun tak nak?

Petugas: Kami percaya encik. We trust you mr mohamad minhat. You can save your money. Encik boleh simpan duit encik.

Aku : Kalau saya bayar awal, tak boleh dapat discount ke?

Petugas: Kami dah bagi discount (tersilap kira) dan harga tuh memang terpaling rendah. (Lagi mahu discounted ka?).

Tebal muka aku. Pedulik..orang melayu lawan orang putih. Duit duit aku, kereta kereta engkau.


ahlifikirnegara: Itu lah ceritanya. Ada yang mudah di luar negara dan ada jugak yang payahnya. Sikap percaya kepada pelangan memang terpuji. Bagaimana di tempat anda? Di tanah air tanah tumpah darah ku?

No comments:

Post a Comment