Wednesday 5 October 2016

Kisah di Melaka (Pingat Hasad Dengki).

 


Dr. Sopian baru sahaja pulang dari luar negara setelah hampir beberapa tahun di sana.

Beliau pulang dan sedang mencari satu penempatan baru untuk dijadikan pejabat urusan kerja harian.

Mula mula Dr. Sopian mendapat tempat di satu bilik (6' x 8') ...keciklah sikit untuk permulaan. Di tingkat 3, di mana memang tak ada 'elevator'. Mana ada bangunan yang bawah 4 tingkat ada 'elevator' melainkan memang 'initial requirement specification' dah macam tuh.

Beliau dipindahkan ke satu penempatan lain. Lebih besar dan khas utk JUSA B. Disebabkan JUSA B tu dah menamatkan perkhidmatan beliau, maka bilik tersebut tidak digunakan sehingga lah Dr. Sopian balik.

Cerita pendeknya bila Dr. Sopian mula menempatkan sebahagian barang barang beliau di situ. Maka terdengar lah cerita cerita sumbang mengatakan Dr. Sopian tak layak duduk bilik sebesar bilik JUSA B.

Itu lah sahaja kisah pendek di Melaka, di mana ramai pemegang Pingat Hasad Dengki (PhD).



ahlifikirnegara: Universiti baru, Mentaliti lapok. Fasiliti Kelas Pertama, Attitude/Akhlak Kelas Paria.

No comments:

Post a Comment