Sunday, 30 October 2016

Pop Quiz Siri 1.

 

Q1: Apa beza 'Birth Mark' dengan Kurap?
Sensible A1: Kurap bini aje tahu, 'Birth Mark' emak dengan bini tahu.


Q2: Apa beza 'tahi lalat' dengan tahi manusia?
Sensible A2: 'Tahi Lalat' nampak manis, Tahi manusia........


ahlifikirnegara: Apa pulak beza 'Beruk' dengan 'Monyet' dengan 'Lotong' dengan 'Orang Utan' dengan 'Babon'? Increase you Vocabs thru reading.

Falsafah or Falsampah?

 

Satu keburukan yang di buat, beribu-ribu orang tak akan lupa.


Beribu kebaikan yang di buat, satu orang pun tak akan ingat.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. (Malays Proverb).


This has happened anyhow, anywhere, anytime to anybody; to any circumstances.

The only thing unbearable to me when somebody put the damn-bloody-annoying matters to yourself instead of himself/herself; to put he/she in a safe side. (BMF!! Bloody Mother Trucker)


ahlifikirnegara: Forgive your enemies and it will annoy them as a return. Do NOT repel.

Thursday, 27 October 2016

Tak Nak Pegi Universiti


 

 

Jam sudah pun menunjukkan pukul lapan pagi. Sopian masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke universiti.


Ibu: Sopian? Sopian? bangun nak, pergi universiti, nanti kamu terlambat.


Sopian: Alah emak? Sopian tidak mahu pergi ke universiti!


Ibu: Apa, tidak mahu pergi universiti?! Baik. Sopian berikan emak dua sebab mengapa Sopian tidak mahu ke universiti.


Sopian: Semua pelajar tidak suka Sopian. Pensyarah pensyarah di universiti pun tidak suka pada Sopian!


Ibu: Itu bukan alasan bagi Sopian untuk tidak ke universiti. Cepat, bangun sekarang!


Sopian: Baiklah, sekarang emak pula berikan Sopian dua sebab mengapa Sopian mesti pergi ke universiti.


Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak!
Sopian dengar baik-baik, pertama Sopian sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Sopian tu VICE CHANCELLOR!!!!!!
 
 
 
 
ahlifikirnegara: malas betul...............

PhD ni macam duit….



Perbualan antara dua pelajar PhD.

PhD kau apa macam mat? Aku kat sini teruk gila, macam macam kena buat? Masuk kelas ini lah masuk ‘course’ sana lah..susah OOOOO!!!

PhD ni macam duit jugak kawan…

Mula mula datang tuh macam duit syilling…keras nak mampus. Bila dah lama sikit dia jadi lah duit kertas, ‘lembut’ lah sikit.

‘Value’ dia pun sama juga. Duit syilling tuh mana nak sama value dia dengan duit kertas tadi. Walaupun keras nak mampus nilai dia tetap rrendah berbanding dengan duit kertas tadi.

Kau janganlah nak pusing, “Bagaimana kalu aku ada banyak duit syilling sama nilai dengan duit kertas?.

Aaaaaa….aku bagi kau dua hari aje. Aku simpan duit kertas 500 dalam wallet dan kau simpan dalam kocek seluar duit syilling 500….silap silap ‘telor’ kau pon boleh melecet.

Itulah dia PhD…Pergi Himpun Duit. Itu mula mula nak sambung PhD…memang lah duit tengah banyak.

Macam aku nih Pergi Habiskan Duit. Dah hujung hujung nih aku pin tak nampak mana pergi duit PhD tu tadi. T-Shirt aku pun tak bertukar. Nasib baik lah masa kat UK dulu aku beli jersey/T-shirt banyak banyak. Boleh jugak aku show –off kat sini. Kalau tak pakai Pagoda ajelah memanjang. 


 


PhD ni macam kita korek perigi….


Pot-holes Digging (PhD cont’d)

Perbualan antara dua pelajar PhD.

“Aku dah terima dua emel kau,,,,aku alhamdulilah sihat dgn klrg pun ok lah.

studi jalan macam biasa…aku pun tak berani nak komen lebih2 sebab buat PhD ni macam kita korek perigi…..

korek korek korek,,,sampai jumpa air. selagi tak jumpa air kau korek lah dalam lagi.

bila kita korek dan dah jumpa mata air…..nanti air tu naik sendiri sampai kat atas muka perigi,,senang aje kita cedok airnya.” kata si A.

Sambungnya, “Doa pada Allah la minta dipermudahkan. aku tahu kau tension,,,nanti dia okaylah tu.. kalau aku cerita masalah aku yang besar2, nanti kau lagi tension tak nak dengar.”

“Sabar tuan. Hari Hari kita kena Bercukur…..maksud aku BerSyukur…salah taip. ”

 

Permintaan si B, Cuba kau tengok full text kat universiti kau? Email lah aku bila kau tension tu. ”

“Paper aku kena reject lg, apa yang aku buat, rupanya dah ada org buat, tension betul ler, skrg aku tak tahu apa nak buat, aku ingat aku kena kuat buat dakwah lah.”


ahlifikirnegara: Teringat dan terkenang-kenang.

Tuesday, 25 October 2016

Man versus Woman

 

Disclaimer: This article is from others and I do not know the original source(s).
Don't put any blame on anybody for any reason. Just a leisure read up. -ahlifikirnegara-.


We all know women speak more because they like the sound of their own voice and they are the only ones dumb enough to want to listen.....


WIFE VS. HUSBAND

A couple drove down a country road for several miles, not saying a word.

An earlier discussion had led to an argument and neither of them wanted to concede their position.

As they passed a barnyard of mules, goats, and pigs, the husband asked sarcastically, "Relatives of yours?" "Yep," the wife replied, "In-laws."



WORDS

A husband read an article to his wife about how many words women use a day.... 30,000 to a man's 15,000.

The wife replied, "The reason has to be because we have to repeat everything to men...

The husband then turned to his wife and asked, "What?"



CREATION

A man said to his wife one day, "I don't know how you can be so stupid and so beautiful all at the same time."

The wife responded, "Allow me to explain. God made me beautiful so you would be attracted to me; God made me stupid so I would be attracted to you!



WHO DOES WHAT

A man and his wife were having an argument about who should brew the coffee each morning.

The wife said, "You should do it, because you get up first, and then we don't have to wait as long to get our coffee.

"The husband said, " You are in charge of cooking around here and you should do it, because that is your job, and I can just wait for my coffee."

Wife replies, "No, you should do it, and besides, it is in the Bible that the man should do the coffee."

Husband replies, "I can't believe that, show me."

So she fetched the Bible, and opened the New Testament and showed him at the top of several pages, that it indeed says "HEBREWS"



THE SILENT TREATMENT

A man and his wife were having some problems at home and were giving each other the silent treatment. Suddenly, the man realized that the next day, he would need his wife to wake him at 5 :00 AM for an early morning business flight.

Not wanting to be the first to break the silence (and LOSE), he wrote on a piece of paper, "Please wake me at 5:00 AM." He left it where he knew she would find it.

The next morning, the man woke up, only to discover it was 9:00 AM and he had missed his flight. Furious, he was about to go and see why his wife hadn't wakened him, when he noticed a piece of paper by the bed. The paper said, "It is 5:00 AM. Wake up."

"Men are not equipped for these kinds of contests. God may have created man before woman, but there is always a rough draft before the masterpiece."


ahlifikirnegara: Life is 'Fair' or 'Sucks'? I guess both somewhere in between.

Monday, 24 October 2016

Kilang Mengetin Buah

 

Sopian sudah agak bertahun tahun bekerja di kilang mengetin buah buahan.


Satu hari dalam keadaan keletihan beliau menuju ke rumahnya lalu ditegur oleh isteri beliau.




ISTERI : Kenapa bang, Nampak macam ada tak kena aje?


SOPIAN: Geram betul lah abang dengan pemotong buah dekat kilang tuh…Lembab Mak alah….geram geram abang sontot esok baru dia tahu.





ISTERI :Eh eh ke situ pulak dia.


Dalam lebih sebulan macam tuh, Si Sopian balik rumah dalam keadaan mengelabah dan berpeluh peluh jantan.


ISTERI : Apa sal bang?


SOPIAN: Abang dah sontot pemotong buah tuh, Naik Syeikh abang,,. lembab sangat …..abang sontot dia.


ISTERI :Abis tuh skrg abang balik awal nih kenapa?


SOPIAN: Abang dah kena buang kerja pasal menyontot pemotong buah tuh kat kilang tadi ……………(shift malam).


ISTERI : Lahhhh…habis lah pemotong buah tuh abang kerjakan. Habis tuh apa jadi pulak dengan pemotong buah tuh? Rosak lah gamaknya.


SOPIAN: Dia pun kena buang jugak…… sekali dengan abang.


ISTERI :*&^%$#@!!!!!





ahlifikirnegara: Susah betul nak menerangkan keadaan sebenar apabila ‘alam’ yang berlainan berada dalam satu keadaan.

Puteri UMNO lawan (versus) Porno

 

Mak : Pian! Tolong mak kejap kat dapur ni. Kau tengah buat apa tuh?


Sopian: Ye Mak! Pian tengah tengok website Puteri UMNO.


Mak : Apa dia! Tolong mak sekejappp.


Sopian: Tengok website Puteri UMNO.
.
.
.
.
Ayah : Puteri UMNO ke Porno? Lain macam aje....




ahlifikirnegara: Deria pendengaran lawan Otak kelabu asap.

Orang Asli Yang Bijaksana Siri 8

 


Berjumpa lah seorang anak buah Tok Batin di rumah beliau.


Orang asli 1: Tok, saya datang nih mau meminjam lembu Tok Batin barang sehari dua.


Tok Batin: Mana ada nya aku menyimpan lembu, siapa pulak yang berkata aku ada membelanya?. (Memang Tok Batin nih kaki kencing).


Orans asli 1: Itu hari,,,bukannya saya nampok, ada.


Tok Batin: Huishhh,,,mana ada nya. Pantas pintas Tok Batin.



Tak nyampai 2 minit mereka berbual,,,nak ditunjukkan kuasa Yang Maha Kuasa. Berbunyi lembu berkenaan betul betul di belakang rumah Tok Batin.


Maka melopong lah kedua dua adanya.


Tok Batin: Udah. Sekarang kamu mahu percaya ke aku atau percaya ke lembu tu?



Maka pulang lah orang asli tersebut (pissed-off), kecewa dengan lagak Tok Batin tersebut.




ahlifikirnegara: Dalam kehidupan kita sesekali mesti kena kencing terutama dek orang orang ataih. (Superiority Complex).

Sunday, 23 October 2016

Super-Visor versus SUPA-Visor

 

SUPA - 'A' di situ dibunyikan seperti 'nga', therefore: SUPA = SUP'nga' + Visor.
Fungsi SUP'nga' + Visor adalah terbalikan (opposite) dari fungsi sebenar Supervisor. Makna kata kedua dua tersebut berkadar songsang.


Take the pop quiz!
How Well Do You Know Your Supervisor?
1. Where did your supervisor go for undergrad? (1 point)
2. Where is your supervisor’s home town? (1 point)
3. Who was your supervisor’s supervisor (your grandsupervisor? (1 point).
4. How many siblings does he/she have, and what are their professions? (1 point).
5. What is your supervisor’s middle name? (1 point).


Your score:
4-5 - You know WAY too much about your supervisor.
2-3 - You Google-stalked him, didn’t you? (The new term is Googleable).
0-1 - You have a normal relationship with your supervisor.



Nota: Khas untuk pelajar pelajar PhD ('P'ayah 'H'onak 'D'apat)...mmmmmm.


ahlifikirnegara: Aku punya score 4 out-of 5 sebab aku dah bawak dia merayau Jonkers' Walk. Nak hidup kenalah usaha macamana macamana pun.

Thursday, 20 October 2016

Trust

 

November 19th, 2009 by ahlifikirnegara


Sesuatu yang baik tetap baik.

Aku ke pejabat sewa van untuk re-confirm booking van dan rasanya macam nak bayar duit sewa tersebut.

Hulur slip booking dan petugasnya semak dalam database. Ye betul, siap pronounce nama dengan baik sekali.

Petugas: Macamana kami boleh bagi awak kurang 7 sen nih? Tak apalah mungkin silap kami. Jadi awak untung 7 sen lah satu hari sewa.

Aku: Saya nak bayar duit sewanya.

Petugas: Tak payah sekarang. Nanti hari nak sewa tuh encik datang dan selesaikan bayarannya.

Aku: Saya nak bagi kau duit, pun tak nak?

Petugas: Kami percaya encik. We trust you mr mohamad minhat. You can save your money. Encik boleh simpan duit encik.

Aku : Kalau saya bayar awal, tak boleh dapat discount ke?

Petugas: Kami dah bagi discount (tersilap kira) dan harga tuh memang terpaling rendah. (Lagi mahu discounted ka?).

Tebal muka aku. Pedulik..orang melayu lawan orang putih. Duit duit aku, kereta kereta engkau.


ahlifikirnegara: Itu lah ceritanya. Ada yang mudah di luar negara dan ada jugak yang payahnya. Sikap percaya kepada pelangan memang terpuji. Bagaimana di tempat anda? Di tanah air tanah tumpah darah ku?

Wednesday, 19 October 2016

Anda Tercekik Tulang?

 

Messenger : I would not recommend any further acknowledgment, 'worth' reading it............................................................(ahlifikirnegara / no who to refer).

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai ramai adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan, sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi)
kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh... Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku.. "Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) hahahaha!!!"

aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

TIBA TIBA, mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)

Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya..
kesian mak aku...

"Huh! Mamat, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terrer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HAHAHAHAHA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.


ahlifikirnegara: baca aje,,tak perlu komen sangat.

Priority.

 

Attitudes count more that achievements.
Sikap di kira lebih dari pencapaian.
Beradab lebih dari Berilmu.
Berakhlak lebih dari Berguru.

Berguru ke padang datar, dapat rusa belang kaki. Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

If you can achieve equilibrium/equality among those, Then Okay.
Otherwise the left portions must be exceeded the right figures.
It is a must to gain respectful.

Attitudes = achievements.
Sikap = pencapaian.
Beradab = Berilmu.
Berakhlak = Berguru.

Jangan ingat dah ada PhD, boleh lupa kepada 'Attitudes'/Sikap, Beradab dan Berakhlak. Entah entah PhD tuh yang tarik bawak masuk neraka. Nauzubillah.

Check and eat these.

1. Authenticity = Share true feelings
2. Mutuality = Encourage each other.
3. Sympathy = Support each other
4. Mercy = Forgive each other
5. Honesty = Speak the truth in love
6. Humility = Admit our weaknesses
7. Courtesy = Respect our differences
8. Confidentiality = Not Gossip
9. Priority = Frequency.


ahlifikirnegara: Colek Gigi = Bersihkan gusi.
It is a common ground when the Frequency less than the Priority, (Therefore) we are always wasting the time, and we try to cover-up by saying, 'I have no time', 'Time is limited' and so forth.

Monday, 10 October 2016

Salah Faham.

 

Orang sakit pi ziarah orang sihat. Orang sihat jemput makan orang sakit. Tak masuk dek akal???? Orang sihat take for granted, orang sakit asked a grant to be sihat. RIP - Renovation In Progress.


Orang sakit pi ziarah orang sihat.
Maksudnya jika kita sakit, bukankah kita pergi berjumpa/'ziarah' doktor?
Doktor tu elok elok ada aja sihat - itu lah maksudnya , 'Orang sakit pi ziarah orang sihat'.


Ada pulak orang yang mengatakan saya merajuk.
Buang karan aje. Nak merajuk buat apa. Hal
masing masing lah.
Mati nanti pergilah kubur sendiri. (Nak naik apa?)

Orang sihat jemput makan orang sakit.
Maksudnya 'nurse' yang hantar tray/makanan kepada pesakit; jemput pesakit tuh makan.
Nurse tuh kan elok elok aja sihat tetapi jemput orang sakit makan.
Mana lah orang sakit tuh ada selera sangat nak makan.
Tengok 'nurse cantik' ada selera lah.
Itulah maksudnya, 'Orang sihat jemput makan orang sakit'.


Tak masuk dek akal????

Orang sihat take for granted.
Haa ini pulak selagi sihat, dia orang ingat boleh pelantak/makan sesuka hati.
Selagi ada makan. Selagi makanan ada makan.
Selagi boleh makan makan. Makan selagi lagi makan.
Maksudnya anda boleh cari/fikir sendiri. Sendiri mahu ingatlah!


Orang sakit asked a grant to be sihat.
Jangan kecewa bila dah sakit.
Masa sihat dulu tak mahu sendiri mahu ingat.
Pergi dudak atas sejadah, minta doa banyak banyak.
Insyallah lah kot ikhtiar cara itu.


RIP - Renovation In Progress. Bukan Rest-In-Peace aaaaaa.
Semua orang takut kalau nampak RIP (Cemetery).
Padahal tadak apa pun.
Problem nya; nak jawab soalan tuh aja. Soalan kubur.


Itu sahaja. Jangan salah faham.




ahlifikirnegara: Buat lah apa apa patut.

Say nothing but write something.

 

There is nothing to say but too much to worry. I feel something wrong when the true colors of the factual object-oriented things/person could be hidden all this while.

Emmmm......keep thinking and process all the data base in hand.

May Al-Mighty giveth us the true facts and we can see the true colors by simply-of our eyes.

How long can we keep the mess under the carpet; or maybe everything has changed?
Be Positive or Else Be Naive.




ahlifikinegara: The Bullsh*t has come (back). Keep thinking and watch out for life.

Sunday, 9 October 2016

Kisah Si Sophie Siri 9.

 

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Sophie: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Sophie: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Sophie: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Sophie: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor
atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Sophie: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur ke atau nak kena penampar?"

Sophie: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.


ahlifikirnegara: Tension betol!!

Kisah Rambut. Mana satu pilhan anda?

 

01) RAMBUT LURUS
- bijak- seorang yang happy
- bergaya
- cemburu
- pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

02) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak
- degil
- cemburu kuat
- romantic
- banyak pergaulan
- susah dalam menyelesaikan masalah diri
- tidak suka termenung

03) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak
- ego
- cemburu buta
- romantic
- memilih
- mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

04) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak
- berfikir sebelum melakukan sesuatu
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu

05) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat
- memilih
- pemaaf
- manja
- tegas
- cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh

06) RAMBUT SIKIT
- bijak- sentiasa berfikiran negatif pada seseorang
- ego
- pandai membuka perniagaan walaupun kecil


07) RAMBUT PERANG
- kurang bijak
- berfikiran terbuka
- pemaaf
- sosial
- bijak lari daripada masalah

08) RAMBUT TEBAL
- bijak
- degil
- cemburu
- romantic
- kasar
- banyak kawan
- pandai mengambil hati seseorang

09) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- garang
- susah nak memaafkan seseorang
- pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan
- (kalu nak nampak bijak mcm empunya pesen rambut gini.... kasik kusut rambut korang.. )

10) RAMBUT BERUBAN
- kurang bijak
- suka termenung
- social sikit
- berfikiran terbuka
- pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
- (Botak)
- kesian..

ahlifikirnegara: Cermin rambut perlu diletakkan kiri kanan dan atas. Cermin rambut di bawah, itu kena 'Private Investigator' mirror.

Thursday, 6 October 2016

Kisah Si Sophie dengan Tok Batin Siri 1.

 

Sophie : Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?
Tok Batin: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

------------------------------------------------------

Sophie : Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
Tok Batin: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

------------------------------------------------------

Sophie : Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
Tok Batin: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

------------------------------------------------------

Sophie : Semalam aku nampak hantu!
Tok Batin: Uih! kau terkejut tak?
Sophie : Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
Tok Batin: Mana kau tahu?
Sophie : Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

------------------------------------------------------

Sophie : Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
Tok Batin: Gula dah habis!
Sophie : Yang kau pergi campur garam apasal?
Tok Batin:Kan aku kata, sebab gula dah habisss

------------------------------------------------------

Sophie : Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
Tok Batin: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

------------------------------------------------------

Sophie : Aku ada AIDS? mana ada...
Tok Batin: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

------------------------------------------------------

Sophie : Tok Batin, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
Tok Batin: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

------------------------------------------------------

Sophie : Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
Tok Batin: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"


ahlifikirnegara: Senyum aje cukup.

Wednesday, 5 October 2016

Doktor Pakar Sakit Jiwa/Mental [Dibaca: Doktor tuh yang sakit jiwa].

 

Seorang Doktor pakar sakit jiwa (DPSJ) sedang menyelidik tabiat aneh salah seorang pesakitnya.

Setiap pagi, si pesakit akan melekapkan telinganya pada sebuah dinding seperti sedang mendengar sesuatu.

Ini dilakukannya setiap hari dan dikaji oleh Doktor berkenaan.

Akhirnya pada suatu hari, Si Doktor terasa ingin mendengar apa yang didengari oleh si pesakit pada dinding berkenaan.

Dia pun melekapkan telinganya ke dinding... tetapi tidak dapat mendengar apa-apa.

Dia berpaling kepada si pesakit dan berkata "Tak dengar apa-apa pun".

"Memang, dah sebulan dah. Senyap aje..." kata si pesakit.


ahlifikirnegara: Mujur aku tak sampai ke tahap/makam sebegitu.

Doktor Pakar Bedah (bukan Bedah aaa)..'E' di situ adalah spt 'E' di 'Bedak' bukan di 'Berak'.

 

Doktor Sopian: "Anda harus dibedah!"

Pesakit ke-Sepuluh: "Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?"

Doktor Sopian: "Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini."

Pesakit ke-Sepuluh: "Aduhhh, Apa dia???!!!"

Doktor Sopian: "Anda jangan takut."

Pesakit ke-Sepuluh: "Kenapa?"

Doktor Sopian: "Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya mati."

ahlifikirnegara: Sebab itu Matematik penting 'sekali' dalam kehidupan. 'Sekali ' aje bukannya dua tiga kali.




Ini pula kisah Si Sopian semasa di dalam kelas dulu dulu (sebelum beliau bergelar Doktor).

Sopian : Ayah, tadi Sopian dimarahi oleh cikgu besar!
Ayah: Kamu buat silap apa, Sopian ?
Sopian : Sopian tak dapat jawab soalan cikgu besar.
Ayah: Apa yang cikgu besar soal Sopian ?
Sopian : Cikgu soal, di mana letaknya Washington.
Ayah: Laaa...Itupun Sopian boleh tak tahu! Lain kali kalau Sopian sudah letak sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!


ahlifikirnegara: Sebab itu pelajaran 'bahasa' amat penting, supaya manusia berbudi bahasa.

Kisah di Melaka (Pingat Hasad Dengki).

 


Dr. Sopian baru sahaja pulang dari luar negara setelah hampir beberapa tahun di sana.

Beliau pulang dan sedang mencari satu penempatan baru untuk dijadikan pejabat urusan kerja harian.

Mula mula Dr. Sopian mendapat tempat di satu bilik (6' x 8') ...keciklah sikit untuk permulaan. Di tingkat 3, di mana memang tak ada 'elevator'. Mana ada bangunan yang bawah 4 tingkat ada 'elevator' melainkan memang 'initial requirement specification' dah macam tuh.

Beliau dipindahkan ke satu penempatan lain. Lebih besar dan khas utk JUSA B. Disebabkan JUSA B tu dah menamatkan perkhidmatan beliau, maka bilik tersebut tidak digunakan sehingga lah Dr. Sopian balik.

Cerita pendeknya bila Dr. Sopian mula menempatkan sebahagian barang barang beliau di situ. Maka terdengar lah cerita cerita sumbang mengatakan Dr. Sopian tak layak duduk bilik sebesar bilik JUSA B.

Itu lah sahaja kisah pendek di Melaka, di mana ramai pemegang Pingat Hasad Dengki (PhD).



ahlifikirnegara: Universiti baru, Mentaliti lapok. Fasiliti Kelas Pertama, Attitude/Akhlak Kelas Paria.

Tuesday, 4 October 2016

Tok Batin yang Bijaksana.

 


Satu hari Dr. Sopian pening kepala, mengapa doanya dan permohonan yang beliau pinta sering tidak dimakbulkan atau lewat. Dalam kepeningan itu, lalu pula Tok Batin yang bijaksana.

Dr. Sopian: Tok Batin, Tok nak ke mana?
Tok Batin: Nak ke depan.

[Memang lah ke depan, mana ada orang jalan ke belakang]....fikir Dr.Sopian.

Dr. Sopian: Saya tengah pening ni Tok, sebab doa saya sering tidak kecapaian.
Tok Batin: 'Normal' tu. Saya punya permintaan pun selalu 'off-line'.

Tok Batin mula menerangkan pada Dr. Sopian apa sal permohonan kita sering kecundang.

Tok Batin: Cuba kau fikir. Kalau kau naik kereta, pasang 'air-cond'; lepas tuh tingkap tak tutup habis. Agak kau kereta kau tuh boleh sejuk tak?

Dr. Sopian: Mana boleh jadi sejuk Tok, kenalah tutup tingkap tuh habis habis. Baru datang sejuk. Apa pulak kaitan dengan doa kita tuh tadi?

Tok Batin: Cuba kita samakan 'air-cond' tuh dengan doa kita, tingkap kereta tuh pulak kita samakan dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Jika kita berdoa sampai keluar air mata darah sekali pun, tapi dosa masih kita lakukan sama lah seperti kereta yang ber 'air-cond' tapi tingkapnya terbuka.

Dr. Sopian: Tinggi falsafah Tok Batin ni.


ahlifikirnegara: Cakap aje besar, tapi hati kecik. Suruh fikir sikit, hati tak mahu fikir, otak jadi benak. Allah Maha Kaya. Sapa nak air-cond free boleh pergi ke negara sejuk.

S.O.S (Save Our Souls) May Day May Day.

 


Kebetulan hari itu hari Jumaat dan Dr. Sopian berfikir lagi. Banyak sangat yang difikirkannya. Salah satu buah fikirannya adalah berbentuk pertanyaan.

Wallahua'alm bis sawab, sendiri fikir sendiri lah yang cuba jawab.

Buntu juga akhirnya Dr. Sopian dengan satu permasalahan yang masih terbuku di benak hatinya.

Pulang dari sembahyang Jumaat maka Dr. Sopian ter'bertembung' dengan Tok Batin yang bijak sana serta bijak sini.

Dr. Sopian: 'Tok, nak ke mana pulak nin?'
Tok Batin: 'Eh, aku aje lah yang tahunye, mengapa?'

[Soalan dijawab dengan soalan yang lain; sungguh bijak sana Tok Batin, agar Dr. Sopian tidak hanya menjadi rakyat yang sentiasa disuap dengan jawapan se hari ke se hari].

Dr. Sopian: Saya nak minta padangan Tok sikit lah.
Tok Batin: Memandang apa benda nya?

Dr. Sopian: Saya hairan setiap Jumaat berjuta juta umat Islam memohon doa kepada Yang Maha Esa, takkan lah tak ada sorang pun yang dimakbulkan doanya oleh Pencipta.

Tok Batin: Apa yang kamu nak heran kan. Cuba kau ibaratkan kau tuh sebagai seorang Kapten Kapal Laut dan meminta S.O.S. kepada 'Tower Control' dan 'Tower Control' sudah pun bagi arahan supaya dapat elakkan kemalangan. TAPI kau yang sebagai Kapten Kapal serta anak anak kapal tak ikut arahan 'Tower Control'; macamana kapal kau nak selamat.
Biar pun semua penumpang kapal meraung raung minta S.O.S tapi tak ikut arahan 'Tower Control'. Sapa yang boleh tolong?

Dr. Sopian: Macam beli TV tak ikut 'Instruction Manual' lah tuh?

Tok Batin: Ye lah. Faham tak apa.



ahlifikirnegara: Kita kena lah balik ke pangkal jalan. Ini tidak. Dok sibuk nak balik ke pangkal 'Rahim' sahaja. Faham tak apa.