KOALA LUMPAR 30 Feb. – Misteri kiriman nota tertulis ayat-ayat cinta serta tiga ekor ayam hidup yang diterima seorang setiausaha sebuah syarikat swasta sejak dua minggu lalu, akhirnya terbongkar hari ini.
Ini setelah individu yang dikatakan menghantar nota tersebut serta tiga ekor ayam kampung yang dipelihara kepada wanita tersebut ditahan di rumahnya di Setanggi Jempol (bukan tempat sebenar), kira-kira pukul 1 petang ini.
Lebih mengejutkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Mohd. Jiwa (Bukan Nama Sebenar), 34, adalah jiran kepada wanita itu dan dikenali mangsa kerana tinggal tidak jauh dari rumah setiausaha berkenaan.
Difahamkan, suspek yang sudah berkeluarga dan mempunyai tiga anak itu berbuat demikian setelah menyangka mangsa ialah pelakon/penyanyi terkenal ''Whitney Houston''(Bukan Nama Sebenar) kerana berkulit cerah dan seperti berdarah kacukan.
Mohd. Jiwa yang ditemui pemberita di Balai Polis Teratak Jingga (bukan tempat sebenar) di sini mendakwa, dia dan mangsa yang disangkanya Whitney Houston sering berbalas komen di Muka Buku sehingga nekad untuk mengenalinya lebih dekat.
Dia yang tidak bekerja turut mendakwa mengenali ‘Whitney Houston’ sejak beberapa tahun lalu, sebelum wanita itu mula dikenali ramai.
“Saya telah lama berkawan dengan ‘Whitney Houston’ dan ikatan persahabatan itu semakin kuat apabila kami sering berbalas komen di Muka Buku.
“Malah dia juga sering memberi gambaran kepada saya untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Itu menyebabkan saya menghantar pelbagai jenis hadiah/jajan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, dia meminati ‘Whitney Houston’ kerana pelakon itu cantik serta berdarah kacukan kemerah-merahan.
Mohd. Jiwa (bukan nama sebenar) memberitahu, tujuan dia memberi tiga ekor ayam hidup kepada ‘Whitney Houston’ adalah sebagai hadiah/jajan daripada seorang peminat setia.
“Ayam-ayam hutan itu sebenarnya saya pelihara untuk dijual tetapi tidak laku. Oleh itu saya ambil keputusan untuk memberikan ia secara percuma sebagai hadiah/jajan kepada ‘Whitney Houston’,” katanya.
Mohd. Jiwa ditahan berikutan laporan seorang wanita yang trauma apabila menerima nota berbentuk hati tertulis ayat cinta, seluar dalam lelaki dan ayam hidup di rumahnya di Wang Tak Maju Maju.
Selain nota yang ditujukan kepada artis Whitney Houston, kiriman itu turut menyebut nama penyampai berita TV10, Puah Ah Fook (nama samaran).
Ketua Polis Daerah (OCPD) Sentel, Asisten Komisioner Pok Ya Juragan (bukan nama sebenar) ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan di bawah Seksyen ABCD123 Kanun Kesengsaraan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah.
“Kita akan menahan reman lelaki itu dan akan menyiasat latar belakang kesihatannya,” katanya.
ahlifikirnegara: Apa punya penyakit lah "secret admirer"? Pagi tadi ada mamat hantar dua bungkusan makanan kat aku. Apahal? Tak nak kecik kan hati,,,terima ajelah.

No comments:
Post a Comment