SOALAN 1
Assalammualaikum DR,
Harap DR dalam keadaan sihat sejahtera. Disini saya ingin menyatakan tentang masalah MP2 yang sedang saya usahakan. Sehingga kini saya masih lagi tidak berjaya untuk mencapai objektif 2 iaitu : - To suggest an application program via LabView to serve as an interpreter for the chaining link to the appropriate any CNC machine Pelbagai cara dan rujukan telah saya buat tapi saya masih lagi belum berjaya untuk mencari kaedah bagaimana untuk menterjemah kod STEP-NC dengan menggunakan LABVIEW. Sehingga kini saya hanya mampu membuat GUI dengan LABVIEW tetapi TIDAK boleh membuktikannya ianya boleh bertindak sebagai interpreter kepada kod STEP-NC. Dengan pengetahuan yang sedikit dalam pengaturcaraan LabVIEW juga masa yang terhad saya hanya mampu melaksanakan projek ini sehingga setakat ini sahaja kerana saya sudah menemui jalan buntu untuk menyelesaikannya. Disini saya ingin mendapatkan nasihat dan panduan daripada DR tentang status projek saya sebagaimana yang saya jelaskan seperti diatas:- 1. Sekiranya status MP2 saya seperti diatas adalah dikategorikan sebagai GAGAL saya bercadang untuk menggugurkan MP2 pada semester ini (tarikh akhir 17 Mei 2013) dan saya akan poslaju borang gugur subjek pada hari selasa utk DR tandatangani dan akan mengambil MP2 pada sem depan dengan tajuk baru. Ini adalah kerana CGPA saya akan jatuh bawah 3.0 jika saya gagal MP2 pada semester ini. 2. Sekiranya status MP2 saya seperti diatas boleh diberi jaminan akan lulus saya akan meneruskan MP2 ini dengan status seperti diatas. Memadai memperolehi hanya memperolehi B atau B+ sahaja. Saya harap DR dapat memberi jawapan kepada saya dengan seberapa yang cepat untuk saya membuat tindakan lanjut. Kerjasama DR saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
SKIMA JAWABAN 1
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum wm wbt.
Salam Sejahtera / Good Day.
Perkara sebegini tak pernah lagi berlaku sepanjang karier saya iaitu memberi jaminan lulus kepada pelajar.
Yang boleh dijamin hanya kematian dan hari akhirat sahaja.
Pasangan yang berkahwin, tiada jaminan untuk mendapat anak.
Benih yang ditanam tiada jaminan dapat buah.
Perempuan yang mengandung tiada jaminan dapat anak yang baik.
Amalan yang kita buat tiada jaminan diterima Allah.
Saya minta maaf sebab tidak dapat menjamin apa-apa kepada awak.
Cukup sekadar saya mengumpulkan bukti bukti apabila fakulti menemubual saya nanti jika fakulti tidak puashati terhadap penyeliaan saya pada pelajar.
Saya juga dikelilingi oleh etika serta moral akademik yang mana Agama juga mengambil berat tentang usaha dan bantuan saya kepada pelajar.
Wassalam.
Sekian, Terima Kasih.
Best Regards.
Mohamad Bin Minhat, Engr. Dr.
Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Pej: 06 331 6437
Mobile: 019 671 6879
Fax: 06-331 6411
++ I listen to the wind of my soul,
Where I end up, well, I think, Only God really Knowth ++
No comments:
Post a Comment