Tuesday, 26 July 2016

Kisah Rumahtangga Siri 5


May 28, 2012 at 10:40am
Suami nya kerja memandu trailer, kontena barang (kargo).
Satu assignmen menghantar barang dari Penang ke Singapura.
“Abang kena hantar barang ke Singapura dalam 2-3 hari, hari Jumaat nanti abang sampai balik lah kat rumah,” pesan si suami pada isteri tersayang.
“Jangan lupa laici nanti ye bang,” seronok isteri mendengar si suami akan ke singapura dan terliur dengan air laici. (ntah ntah mengidam kot).

Hari Sabtu setelah sehari menunggu lewat, si isteri pun gembira menyambut kepulangan si suami di rumah. Biasalah si isteri dan si suami kalau jauh jauh 2-3 hari pun sudah naik semacam dia punya perasaan.

“Apasal abang balik hari Sabtu? Itu hari cakapkan hari Jumaat dah ada di Penang?” adalah sikit prasangka dalam hati si isteri itu.

“’BARANG’ payah turun…kat Singapore (abang pun dah mula lorat Singapore),,,barang sikit punya susah nak turun. Terpaksa lah abang ‘overnight’ sehari (Pehhh cakap omputih)”, si suami cuba memberi alasan kukuh.

“Barang apa bang, yang payah sangat nak ‘turun’ tuh?”, si isteri tetap menanya (serkap jarang). Tetapi pasal lama dah tak jumpa si abangnya ,,,maka si isteri menutup kes dan menutup pintu bilik tidur mereka.



ahlifikirnegara: Ala abang pergi dan kembali kepangkuan pun nak berkira…apa kata kalau “Pergi Tak Kembali”?.

No comments:

Post a Comment