I.
Saya mengenali Tok Batin setiap kampung dengan penuh mesra. Setiap tahun, ada sahaja majlis yang diatur di kampung-kampung berkenaan seperti sambutan hariraya idulfitri, hari kemerdekaan atau sambutan tahun baru. Semuanya merapatkan siratulrahim kami.
Pada suatu majlis, pertama kali berjumpa dengan Ketua-Ketua Kampung atau Tok Batin, saya memberi salam kepada seorang Tok Batin yang memakai baju batek berlengan panjang dan memakai songkok hitam di kepala.
Selain daripada itu, di poket sebelah kirinya terdapat tanda nama orang Melayu. Saya memberikan salam kerana terdapat unsur-unsur orang Islam pada dirinya.
Namun, dia lantas menjawab: “Tak payah bagi salam, saya bukannya Islam.” Saya hanya senyum tersipu-sipu manakala Tok Penghulu yang mengiringi saya juga tersenyum sinis.
II.
Di sebuah kampung Orang Asli yang lain, dalam dialog dengan masyarakat tempatan, saya bertanyakan kepada Tok Batinnya sekiranya ada apa-apa masalah atau kesulitan.
“Mungkin ada orang yang susah di sini. Beritahulah pejabat saya, kita cuba atasinya,’’ saya membuat syor.
“Kat sini ada dua orang anak susah…. Seorang adik saya , seorang lagi sayalah,’’ kata Tok Batin dengan selamba.
Jadi bingung mendengar kata-katanya. Tadi kata tiada masalah, tetapi sekarang dia sendiri mengaku anak susah.
Setelah mendengar penjelasan lanjut, barulah saya faham, kerana adiknya bernama Udin manakala Tok Batin sendiri bernama Aleh bin Susah. Tok Batin ini bukannya loyar buruk, sebaliknya jujur dan lurus orangnya.
Kesempatan bersaudara dengan masyarakat Orang Asli memberi banyak peluang kepada saya mengenali mereka dengan lebih dekat, terutamanya budi dan daya mereka. Budaya mereka, walaupun amat mudah, tetapi kadang-kala membuat kita berfikir panjang.
III.
Pada suatu pengalaman lain, ketika menyertai ekspedisi kenderaan pacuan empat roda merentasi Banjaran Titiwangsa, saya berhadapan pula dengan seorang pencari petai yang tiba-tiba muncul dari hulu sungai tempat kami berehat.
Petai yang dibawa cukup cantik sehingga pagi itu kami makan mi segera berulam petai. Pengalaman lucu terjadi apabila hendak membayar harga petai yang dibeli. Kata pemuda yang menjual, seikat RM24, maka saya bertanya jika ambil empat ikat, berapa pula harganya.
“Encik orang pandai, satu ikat RM24, empat ikat encik kiralah sendiri,’’ kata pemuda itu dengan senyuman.
IV.
Dua orang anak orang asli berseluar pendek terjun ke dalam sungai. Mereka beralih sedikit ke hulu sambil meraba-raba di dalam air. Beberapa saat kemudian, mereka kelihatan menarik tali.
Di hujung tali itu tergantung lebih daripada 10 ekor udang yang saiznya lebih besar daripada tangkapan kami. Yang seorang lagi menarik perangkapnya dan dia dapat 12 ekor. Mereka kelihatan tersenyum puas. Yang tak puas adalah kami.
“Dik, mai sat… nak jual tak,’’ seorang rakan membuat tawaran. Setuju dengan harga, kami beli semua udang berkenaan. Anak-anak orang asli itu hanya menggunakan stokin kaki wanita yang diisi dengan umpan di dalamnya.
Apabila udang cuba memakan umpan, muncungnya akan melekat pada stokin dan tidak mungkin dapat melepaskan diri kerana cabang di muncungnya akan menyebabkannya tersekat.
Dapat juga kami makan goreng udang pada hari itu. Sebelum dua orang anak orang asli itu beredar pulang dengan ringgit dalam genggaman, saya bertanya mana dapat stokin panjang itu.
Seorang daripadanya menjawab: “Dalam sungai…dia hanyut, kami ambillah.”
V.
Teringat saya lagi pada lawak orang asli yang diceritakan gaya asal oleh kawan-kawan,
"Tok Batin, mengapa bela anjing lagi kan tok dah masuk Islam?"
"Anjing kite pun ikut juge.."
** Sekali lagi ada 2 benda yang boleh membuatkan kita gelak dan kemudian bersedih disini. *
A. Kesian Tok Batin tu tak paham konsep masuk Islam. Dan
B. Lagi kesian kat pegawai agama yang tanya tu sebab dah islam pun tak paham konsep juga.
ahlifikirnegara: Bijaksana seseorang susah nak diukur. Kerana ia tidak terletak di 'luaran'nya atau 'dalaman'nya.

No comments:
Post a Comment