Thursday, 29 August 2024

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan semua ini.

 TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR. NORHAFIZAH MUSA


Demikianlah di dalam perjalanan kehidupan, hati berbolak balik, rasa tak pernah sama, nikmat dan musibah juga silih berganti.Katakanlah:

 

آمَنْتُ بِِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ


"Aku beriman kepada Allah" dan tetaplah ( pada keimanan & ketaatan)


Renung - renungkan


Ingatan buat diri sendiri.

 

Semuga bermanfaat.🖐️


Bi Iznillah.Fi Amanillah.

Allahul Musta'an.Insya Allah.Aamiin.🤲🤲🤲



----------------------------------------------------------------------------------------------



Berikut saya berikan 5 alasan kenapa tak perlu ubah suai rumah.

1. Tak ada beza saiz rumah
Jenis ubah suai rumah sebegini memang perlu ditinggalkan terus. Keluasan sama, susun atur dan bentuk rumah kekal macam tu juga terutamanya dari dalam. Cuma bahagian luar saja yang diubah.

Kenapa bazirkan wang sebegitu semata-mata untuk sedapkan mata memandang saja. Cantik atau tidak rumah anda paling besar dipengaruhi oleh kebersihan. Bukan sebab warna atau ada tiang Roman. Jika ada semua itu, rumah macam kandang babi, berterabur, buat apapun tetap nampak huduh.

Kalau nak cantik, keluarkan sikit saja duit untuk kerja pembersihan dan penyimpanan barang. Bukan ubah suai rumah.

Antara alasan popular ubah suai rumah adalah disebabkan anak-anak dah besar dan perlukan ruang. Biasanya perkara itu hanya untuk sementara waktu sahaja. Tak payah tunggu lama anda akan kesunyian dengan rumah besar dan anak-anak bawa halusn mereka masing-masing. Tinggal anda laki bini melaung berirama mendengar pantulan suara dari dinding rumah yang kosong.

2. Simpan duit beli rumah baru
Jika anda kekalkan keadaan rumah macam original, tidak ada apa-apa nak dimalukan. Biar jiran ubah suai habiskan duit, tak perlu ikut mereka. Kalau nak rumah yang lebih bagus simpan duit itu sehingga modal cukup, beli rumah baru yang lebih sesuai dan lebih besar.

Anda boleh jual rumah lama dan pindah ke rumah baru bila ia dah siap. Duit ada, rumah pun baru. Itu lebih menjimatkan dari ubah suai. Biasanya sebaik saja anda ubah suai, duit akan terlajak dikeluarkan untuk tukar habis benda lain supaya nampak semua baru. Dari bajet RM100 ribu biasanya akan naik ke RM200 ribu.

3. Guna duit untuk perkara wajib
Bagi anda yang beragama Islam contohnya, gunakan duit niat nak ubah suai itu untuk tunaikan haji yang merupakan perkara wajib. Bagi yang bukan beragama Islam, cari benda wajib lain yang perlukan duit dan gunakan untuk itu.

Jika dah tunaikan semua yang wajib, simpan terlebih dulu duit yang ada tu sebab nanti akan ada perkara wajib datang.

4. Buat kerja kebajikan
Antara kata-kata Hamka yang sangat bijak adalah berkenaan duit yang anda belanjakan. Bila anda beli barang, duit akan dapat pada orang lain. Barang lama-lama pakai hilang keterujaannya dan akhirnya kembali ke asal. Jika duit tak digunakan, bila mati, semua jadi harta pusaka untuk waris. Anda tak dapat apa-apa juga. 

Tapi jika duit disedekahkan, atau digunakan untuk urusan kebajikan lain, ia merupakan hak mutlak kepunyaan anda di akhirat nanti.

Itu falsafah yang sangat bijak.

5. Jangan jemput perompak
Rumah dihias dengan megah beserta pagar yang mewah memberikan mesej yang salah pada orang jahat. Bagi mereka itu alamat tuan punya rumah banyak duit sehingga tak tahu nak buat perkara yang lebih bermanfaat. Dari dibiarkan tuan rumah membazir lagi lebih baik dia masuk rompak dahulu.

Ada rumah yang saya beli tapi tak ubah suai langsung. Isi barang asas saja di dalam rumahnya tiada TV atau internet di rumah tu. Pagar dan pintu besi depan rumah pun kekal ori. Jiran kiri kanan depan belakang ubah suai cantik dan besar. Semua rumah jiran pernah kena pecah dan kena rompak. Ada yang lebih dari sekali. Rumah saya tak pernah kena lagi setakat ini walaupun rumah itu tak ada orang duduk. Saya hanya ke sana sebulan sekali saja santai di hujung minggu.

Bukan nak sombong, minta Allah pelihara rumah yang tak ada apa-apa itu dari kerja gila perompak. Tapi nak beritahu beza rumah elok dengan rumah asas sangat memberi kesan di mata orang jahat untuk merompak.

Sumber: Dari Internet/Kawan-Kawan.







--------------------------------------------------------------------------------------------

HIKMAH DI SEBALIK TANAH JERLUS DI MASJID INDIA          

Pertamanya kita boleh imbas balik video peristiwa ini melalui You Tube -type "sink-hole tragedy Masjid India Kuala Lumpur 22/8/2024. Mengikut seorang ustaz, peristiwa ini membenarkan firman Allah dalam surah Al Mulk m.s 563 ayat 16 --" Sudah merasa amankah kamu, bahwa Dia yang di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika tiba2 ia tergoncang? 

SubhanAllah, inilah hakikat yg berlaku pada hari Jumaat lepas. Seorang perempuan warganegara India yang sedang berjalan tiba-tiba terbelah jalan-berlubang dan dia terus jatuh ditelan bumi -hinggalah ke saat ini mayatnya masih belum ditemui.

Kalau kita tengok balik video tu, bila dia terjatuh, ada seorang lelaki di belakangnya. Dia terduduk, kakinya terlunjur ke dalam lubang. Dia serta merta bangun berdiri melarikan diri dari lubang itu.

Masya Allah, semalam di pejabat ABIM di Masjid Negara, pemuda ini datang berjumpa kami dengan 2 orang kawannya. Beliau bernama Haridath; seorang India beragama Hindu -rakyat Malaysia. Beliaulah pemuda di dalam video tu; yang terselamat dari ditelan tanah jerlus itu. 

Sebaik sahaja dia terselamat, dia terus membuat keputusan hendak masuk Islam secepat mungkin. Dia benar2 yakin dengan adanya Allah swt dan Allah swt telah menyelamatkan dia dari ditelan bumi. Maka dia terus yakin yang Allah sayangkan dia dan dia mesti masuk Islam dan menjadi seorang muslimin. Selepas dia pergi ke jabatan agama Islam wilayah mereka telah mengarahkan Haridath ke pejabat ABIM Masjid Negara untuk urusan pengislamannya dengan kami dalam Bahasa Inggeris.

MasyAllah kami semua merasa terharu dengan hidayah yang Allah swt campakkan kepada beliau serta merta. Dia telah memilih nama barunya Harizan. Berumur 48 tahun -still single. Ibubapa sudah meninggal. Dia betul2 terharu bila kita peluk dia selepas dia mengucap syahadah -berlinang air mata.                           

Marilah sama2 berdoa supaya Allah terus memberikan taufik hidayah supaya dia terus dapat meningkatkan ilmu agama Islamnya dan diberi iman untuk dia terus beramal mencari keredhaan Allah swt.   
Dalam gambar dia yang berdiri ke tiga dari kanan.            
Wallahu a'lam

Kredit: Penulis Asal

Semoga saudara baru ini & kita semua istiqamah di jalan yang lurus hingga akhir hayat.

Suburkan cinta kepada Nabi
Pasti beroleh cinta Ilahi

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞



-------------------------------------------------------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment