Saya pernah bersembang dengan seorang brader. Dulu dia kerja bakar semua jenis lauk di sebuah kedai makan. Tugas dia itu ja.
Beli bahan boss buat.
Kerja perapan pekerja lain sediakan.
Selepas habis bakar, ada orang cuci peralatan
Kerja dia bakar ja.
Ya, bakar ja kerja dia.
Kerja dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.
4 jam bakar makanan, boss bayar dia RM200.
Kata brader tu, kerja nampak senang tapi panas dan mental kena kuat sebab terpaksa main dengan api.
Api pulak tak boleh menyala besar, tak boleh menyala kecil. Kena jadi bara. Bukan dapur gas, mudah nak laras.
Bila dah jadi bara, kena sentiasa tengok-tengok supaya tidak terpadam.
Ayam dia bakar tidak hangit.
Ikan dia bakar tidak keras kejung.
Daging dia bakar sempurna ‘well done’.
Sotong gergasi dia bakar tidak kecut.
Bahasa mudah skill dan pengalaman dia hebat.
Sehingga suatu hari, boss termakan racun pekerja-pekerja.
Apa racunnya?
Kata mereka,
Brader ni kerja senang tapi gaji mahal.
Kerja singkat tapi gaji lebat.
Maka boss dia mula cari pasal untuk buang dia.
Orang yang ganti tugas brader tu orang baru.
Berjanji macam-macam.
Kata tahu itu.
Kata tahu ini.
Sembang boleh itu.
Sembang boleh ini.
Nak jadi cerita,
Pelanggan baru yang datang dah mula menyusut.
Pelanggan setia yang kerap datang dah mula mengadu.
Ikan hangit.
Daging keras macam batu.
Sotong gergasi makin kecut.
Ayam spoil.
Boss mula sedar sesuatu.
Pekerja yang dia jaga selama ini sebenarnya membawa rezeki yang baik untuk kedainya.
Untuk selamatkan bisnes, Boss hubungi dan ajak semula.
Offer macam-macam.
Tapi hati dah tawar/hambar katanya.
Soal maruah diri katanya.
Bertahun kerja dengan boss tapi oleh kerana dengar cakap-cakap orang boss boleh ‘termakan’.
Brader ni pernah down sebab tiba-tiba diberhentikan.
Duit gaji hari selalu bawak balik bagi isteri RM150 untuk urus. RM50 diguna untuk modal transport dan lain-lain.
Bila berhenti,
Dengan usia begitu nak cari kerja memang tiada.
Tapi rezeki berpihak kepada dia.
Dapat kerja tugas yang sama.
Cuma bukan gaji dulu, gaji lebih rendah.
Tapi kata brader tu,
Dulu kerja di kedai lama pun gaji rendah. Makin lama makin tinggi gaji sebab orang makin ramai. Brader tu tak pernah lupa asal usul. Boss tu yang terlupa ketika senang dan naik.
Jadi brader ni percaya kedai yang dia kerja tu nanti ramai la juga.
Habis sembang saya doa untuk dia.
Brader tu pun doa untuk saya.
Laki memang macam ni. Tak kenal tapi boleh sembang pasal hati ke hati.
.
Pengajaran kepada boss atau leader,
1. Jangan jaga orang yang cakap banyak tapi tin kosong. Jaga orang yang kurang bercakap tetapi ada result. Less talk, good result.
2. Elak dengar cakap-cakap sebelah pihak. Sebagai boss/leader mesti neutral dan dengar dua pihak. Selesaikan tanpa berbalah. Jernihkan tanpa keruhkan air.
3. Rahsiakan pendapatan atau gaji yang diberi. Manusia ni tak sama hati. Rambut ja sama hitam. Abaikan yang dah rambut putih. Itu kan perumpamaan. 🫤
4. Kenang jasa orang bawah, lagi-lagi orang yang setia. Mereka serahkan jiwa raga bukan demi sesuap nasi semata-mata tetapi sebab percaya dengan kepimpinan.
5. Akhir sekali, sebagai boss/leader jangan bunuh karisma atau kepimpinan seseorang. Jika nampak potensi, gilapkan bukan gelapkan.
Bahagia Cara Kita 🥳
Credit ✍️ FairuzAziz @highlight
No comments:
Post a Comment