Tuesday 27 August 2024

BACA UNTUK DIAMBIL IKTIBAR.

 DOA PAGI INI


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ   الرَّحِيْـــــم 

Ya Allah hindarilah kami daripada dosa dan maksiat serta hindarkan kami daripada segala musibah, wabak penyakit, kesulitannya, kejahatannya serta segala dugaan yang nyata dan yang tersembunyi, khususnya bagi diri kami, keluarga kami, sahabat kami, negeri dan negara kami.  

                                                                               Ya Allah... dengan keberkatan limpahan kurnia-Mu, Berikan lah kemenangan kepada saudara kami di Palestin..,kami memohon kepada-Mu kesembuhan dari penyakit, kesejahteraan dalam agama, dunia dan akhirat, kea'fiatan jasad, kesihatan fikiran, tambahan ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum datang maut, rahmat pada masa datang maut dan ampunan setelah datang maut..

آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِن🤲🤲🖐️


#AllahJagaKita #KitaJagaKita❤️



---------------------------------------------------------------------------------


Perasuah dan penyalah guna kuasa adalah pengkhianat negara


Hanya orang yang ada kuasa boleh melakukan rasuah. Ini adalah kerana tanpa kuasa itu, walaupun sedikit, dia tidak ada nilai di sisi orang yang membayar rasuah.


Di dalam masa yang sama, orang yang berkuasa boleh menyalah gunakan kuasa untuk kepentingan dirinya, keluarganya dan puak-puaknya.


Apa yang jarang diperkatakan malah sering dilupakan ialah mangsa perasuah dan penyalah guna kuasa. Di dalam kes yang melibatkan duit kerajaan, kita semualah di antara mangsanya.


Mari kita ambil kes SRC yang sudah diputuskan oleh mahkamah sehingga ke mahkamah tertinggi negara:


1. Ianya melibatkan dana RM 4 bilion milik KWAP yang melabur untuk membayar pencen penjawat awam

2. Sampai hari ini tidak tahu apa yang didapati dengan pembayaran RM 4 bilion itu

3. Oleh kerana ianya melibatkan jaminan kerajaan, kerajaan persekutuan sudah membayar RM 4 bilion kepada KWAP dari duit kutipan cukai dari kita semua


Dari hujah-hujah di atas, kita semualah yang menanggung kerugian RM 4 bilion dari kes jenayah di atas. Berapa buah sekolah dan hospital yang boleh dibina dengan duit RM 4 bilion?


Semalam KD Pendekar terkandas di perairan Johor. Ianya dilaporkan bocor kerana melanggar sesuatu di bawah air.


Apabila sebuah aset tentera laut tidak boleh digunakan, sebahagian perairan negara terdedah kepada ancaman. Bukankah ini isu keselamatan dan kedaulatan negara?


Apa kena mengena KD Pendekar dengan rasuah dan salah guna kuasa? 


Sekiranya projek Littoral Combat Ship (LCS) disiapkan  mengikut jadual asalnya, tentunya kapal-kapal TLDM itu sudah boleh berkhidmat untuk melindungi perairan dan kedaulatan negara. Jadi risiko KD Pendekar tak boleh beroperasi tidak begitu merisaukan.


Kita semua tahu bahawa projek LCS ini bermasalah disebabkan pelbagai salah laku. Ada laporan audit forensik dan ada laporan dari Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC).


Setakat ini:


1. Bilangan kapal LCS di bawah kontrak ini sudah dikurangkan dari 6 buah kepada 5 buah

2. Kos pembuatan LCS naik dari RM 9.128 bilion kepada RM 11.22 bilion, naik RM 2.092 bilion

3. Belum ada sebuah pun LCS yang siap sedangkan mengikut jadual asal sepatutnya sudah ada yang siap dan beroperasi


Saya tidak tahu apakah lagi bukti-bukti yang diperlukan oleh masyarakat untuk membenci perasuah dan penyalah guna kuasa. Mereka bukanlah manusia-manusia yang mulia. Malah, mereka tidak memperdulikan kita pun. Yang pentingnya mereka, keluarga mereka dan puak-puak mereka jadi kaya raya.


Jika LHDN menganggap pembayar cukai adalah wira negara, tentunya orang-orang yang menyebabkan dana cukai lenyap begitu sahaja adalah pengkhianat negara.


Semoga Allah membuka mata jantunghati kita dan dapat melihat kekejian perasuah dan penyalah guna kuasa.





------------------------------------------------------------------



AKU HANYA ADA  SEBILAH KAPAK


Aku tersangat miskin. Kerjaku menebang kayu untuk dijadikan kayu api, dijual lalu boleh lah hasilnya dalam RM 4.00-5.00.


Jiranku orang kaya, tetapi sudah uzur. Di akhir hayatnya dia mengisytiharkan bahawa siapa yang sanggup di tanam bersamanya di dalam kubur selama 40 hari maka akan di bahagi separuh kekayaannya itu.


Namun tiada seorang pun yang sanggup termasuk lah anak-anaknya serta ahli keluarganya yang lain. Maka tersebarlah berita ini di sekeliling bandar.


Mendengarkan berita itu, isteriku telah mencadangkan supaya aku bersama jiranku di tanam selama 40 hari. Kerana sudah terlalu lama dalam kemiskinan dan hartaku hanya sebilah kapak...


Suatu hari aku telah berjumpa jiranku dan memberi kesanggupanku untuk bersamanya 40 hari di dalam kubur tetapi dengan syarat supaya dibuatkan tempat untukku di sebelahnya. Dengan dibuat lubang udara untuk ku bernafas dan makan minum. Dan isteriku lah yang akan menghantar makan minum melalui lubang itu setiap hari. Dan ku bawa juga sebilah kapak yang sentiasa bersamaku.


Maka bila hari matinya jiranku, maka aku telah dikuburkan bersamanya..


Hari pertama di alam kubur menyeramkan apabila satu Malaikat telah datang padaku.


Aku telah ditanya mengenai kapak yang ada disebelahku..


"Kapak siapakah ini?" Kapak aku.


"Apakah kau beli dengan hasil yang halal?" Ya aku beli dengan titik peluh ku bekerja.


"Apakah lagi hartamu yang ada?" Aku hanya ada sebilah kapak..


"Gunanya apa kapak mu ini?" Memotong kayu api.


"Kapak ini dimana kau beli?" Aku membelinya di suatu pagi di pasar.. 


"Adakah dengan kapak ini kau beroleh rezekimu." Ya. Perantaraan ALLAH asbab dari kapakku..


"Adakah kau pernah bagi pinjam pada siapa-siapa?" Ada. Itulah saja yang aku boleh bagi.


"Dimana kau potong kayu dengan kapakmu ini?" Dihutan.


"Adakah hutan itu dimiliki tuannya?" Ya. Tetapi aku telah meminta izin terlebih dahulu.


"Dengan apa kamu tajamkan mata kapakmu?" Kekadang dengan batu-batu sungai.


"Hulu kapak mu dibuat dengan kayu?" Ya. Kayu yang lebihan dari pohon hutan.


"Adakah kau minta dari tuan punya tanah pohon itu?" Pohon-pohon itu tiada bertuan.


"Kapak ini sentiasa bersama mu setiap masa?" Ya. Setiap masa.


"Kapak ini telah melalaikan kamu dalam ibadatmu?" Tiada. Aku melakukan setiap kerjaku kerana ALLAH..


"Pernahkah kapakmu menyakiti mahkluk lainnya?" Tidak.


"Dengan hasil dari kapakmu. Apa yang kau dapati?" Aku membeli sedikit tepung untuk makanan harianku.


"Pernah tak kau kehilangan kapak ini.?" Tidak. kerana dia sentiasa dipinggangku.


"Adakah kapak ini menyakitimu?" Tidak pernah aku terluka kerananya.


"Hatimu terlalu harap dan bergantung atas kapak ini?" Tidak. Harapku hanya pada ALLAH.


"Pernah kau kira berapa kali kau telah gunakanya?" Cuma ALLAH yang tahu.


"Berapa hasil yang kau dapati dari kapakmu ini?" Sekadar untuk makanan harian ku..


Macam-macam telah ditanya padaku mengenai sebilah kapak ku ini..


Sehingga 40 hari berturut-turut maka di hari terakhir aku di alam kubur, tiba-tiba ku dengar suara-suara diatas kubur sedang mengali tanah untuk mengeluarkan aku..


Apabila sampai di lapisan tanah terakhir, maka aku terus melompat keluar dari kubur sambil berlari dan melaung-laung,


"JANGAN BAGI SETENGAH HARTA ITU KEPADA KU. Jangan. Jangan. Jangan.."


Aku cuma ada sebilah kapak dan itu pun aku di soal selama 40 hari.. Bagaimana keadaannya jiranku yang kaya raya itu...


"ADUH.. Jangan. Jangan. Jangan. Aku tidak mahu. Cukuplah AKU HANYA ADA SEBILAH KAPAK INI.."🎯


Nilaikan diri, apa yg akan kita jawab nanti..🤲🤲🖐️








No comments:

Post a Comment