Thursday 6 May 2021

Warning Letter - Surat Amaran

 



Tiada penerangan foto disediakan.

Ir Abdul Rahman Bahasa telah menambah foto baru pada album: Motivasi — berasa puas hati.

25 Februari 
WARNING LETTER
.
𝟭𝟬.𝟬𝟬𝗮𝗺, 𝟭𝟵 𝗙𝗲𝗯 𝟮𝟬𝟮𝟭
.
"Tuan, saya dapat surat ni daripada HOD saya..Apa yang saya perlu lakukan?"
.
Itu DM yang saya dapat daripada seseorang yang saya namakan N di LinkedIn.
.
N telah berkongsi dengan saya isi kandungan warning letter yang diterimanya. Saya ada memberi sedikit sebanyak nasihat kepada N. Saya rasa elok juga saya kongsikan dengan anda semua.
.
Sebelum saya proceed dengan perkongsian saya. Saya ingin kongsikan juga sedikit latar belakang N.
.
➡️N adalah seorang fresh graduate.
➡️Ditakdirkan, N dapat kerja di Company H.
➡️N sedang menjalani tempoh probation.
➡️Namun, baru sahaja 3 bulan N bekerja di Company H. Dia telah menerima WARNING LETTER daripada majikannya seperti di dalam gambar.
.
N memulakan ceritanya di DM:
.
Saya nak tanya pendapat Tuan. Company tempat saya bekerja di dominasi oleh satu kaum.
.
Saya dilayan unfairly compare dengan bangsa lain.
Saya boleh tahan lagi sebab saya dah sebati.
Saya tak kisah pun dilayan macam itu.
.
Tapi semalam, tiba2 saya dapat warning letter yang mana tuduhan dalam letter itu sama sekali tidak betul.
.
Hakikatnya, saya buat kerja mengikut dateline yang diberikan. Malah, kadang2 saya siapkan kerja saya lebih awal dari dateline yang diberikan.
.
Supervisor yang dimaksudkan dalam surat itu adalah Lead saya. Lead saya selalu 𝗧𝗔𝗞 𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗜 𝗢𝗙𝗙𝗜𝗖𝗘.
Dia selalu tak ada di office sebab dia duduk dan bantu kerja di department lain. Jadinya dia tak nampak kerja yang saya buat.
.
Tapi saya sentiasa communicate dgn Lead saya secara online. To be specific melalui WhatsApp.
Setiap keputusan yang saya akan buat, saya akan maklumkan kepada Lead saya terlebih dahulu untuk mendapat “green light”
.
Hari2 saya akan buat Checklist “Things To be Done” dalam nota saya. Setiap kali kerja saya dalam Checklist tu setel, saya akan marked as “Done”
.
Dan Checklist saya ni, saya send ke Lead saya setiap 2 hari.
.
Tapi alih² HOD saya keluarkan warning letter.
Apa saya kena buat sekarang ni Tuan?
.
Saya: Dah consult dengan HR?
.
N: Dah, HR kata saya tak salah sebab katanya bila saya dalam probation period. Menjadi tanggungjawab supervisor untuk lead pekerja2 baru dalam company.
.
Saya: OK then. Kalau dah dapat surat rasmi. Lawannya kena surat rasmi juga. N kena hantar surat rasmi stated yang “YOU DO NOT AGREED WITH THE CAUSE OF WARNING LETTER” sertakan semua evidence yang ada. Jangan lambat. Hantar hari ini juga ye.
.
And then, saya just nak bagitahu N. Dalam isu terminate pekerja sebab performance ni. Dia tak semudah A,B,C nak label pekerja "under perform”. Sebelum company nak label pekerja underperform:
.
1. Company kena buat assessment dulu untuk confirmkan pekerja memang underperform.
.
2. Kalau confirm pekerja tu underperform berdasarkan assessment yang dah dibuat. Company kena bagi warning letter dulu kat pekerja yg underperform tu. Macam some sort of reminder lah.
.
3. Lepas dah bagi warning, tapi masih lagi underperform. Company kena provide re-skilling / refreshing training kepada pekerja.
.
4. Kalau dah bagi warning, dah bagi training. Pekerja masih lagi tak perform.
.
5. Then, baru lah company boleh issue termination letter.
.
So kalau dilihat situasi N ni. N di step yang ke-2. Tapi yang unik dalam kes N ni. Assessment yang dibuat macam ada yang tak kena. Sebab N cakap N ada semua evidence yang N ikut semua arahan Lead. So, hantar official letter hari ni juga ye!
.
N: Baik Tuan.
.
𝟯.𝟬𝟬𝗽𝗺, 𝟮𝟯 𝗙𝗲𝗯 𝟮𝟬𝟮𝟭
.
Ting2…message daripada N masuk ke inbox LinkedIn saya.
.
N: Tuan, HOD saya nak jumpa saya face to face. Apa perlu saya buat ni Tuan. Saya nervous!😱😱
.
Saya: Bertenang….
1st -Mohon HR untuk bersama2 di dalam face to face tersebut.
.
2nd- Bawak semua evidence dan minta HR untuk deal dengan HOD untuk suruh Lead N tu join sekali sesi face to face tu.
.
3rd- Highlight 5 points pasal step2 cara pemberhentian kerja yang saya highlight tempoh hari.
.
4th- Pastikan semua point dalam perbincangan di rekod dalam bentuk bertulis ye. Selepas tu semua ahli dalam perbincangan itu kena sign. Macam minutes of meeting lah…
.
N: Oh, boleh macam tu ye Tuan.
.
Saya: Eh, boleh lah…hahaha..Apa sebab tak boleh pulak? 😅😅
.
N: OK2
.
𝟭𝟭.𝟬𝟬𝗮𝗺, 𝟮𝟱 𝗙𝗲𝗯 𝟮𝟬𝟮𝟭
.
Ting2…message dari N masuk lagi ke inbox LinkedIn saya.
.
N: Tuan, terima kasih atas guide yang tuan berikan. HOD saya agreed untuk tarik balik warning letter terhadap saya. Malah saya di hantar training lagi. Terima kasih banyak2 Tuan🙏🏻🙏🏻
.
Saya: Sama2…Hope you akan terus bekerja bersungguh2 ye👍🏻
.
N: Sure Tuan!
.
The End.
.
So, kawan2. Kalau kita rasa kita betul dan ada solid evidence. Then jangan ragu2 untuk pertahankan hak kita.
.
Jadi, point saya di sini, jangan kita culas nak rekod semua kerja yang kita buat. Hatta simple short note, email, check list, WhatsApp communication boleh dijadikan bahan bukti jika kita buat kerja dengan amanah dan betul.
.
Benda nampak simple, tapi impaknya besar!
.
Moga bermanfaat😉
.






No comments:

Post a Comment