Kisah Si Sophie dengan Tok Batin Siri 1.
Sophie : Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?
Tok Batin: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
------------------------------------------------------
Sophie : Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
Tok Batin: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
------------------------------------------------------
Sophie : Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
Tok Batin: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
------------------------------------------------------
Sophie : Semalam aku nampak hantu!
Tok Batin: Uih! kau terkejut tak?
Sophie : Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
Tok Batin: Mana kau tahu?
Sophie : Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
------------------------------------------------------
Sophie : Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
Tok Batin: Gula dah habis!
Sophie : Yang kau pergi campur garam apasal?
Tok Batin:Kan aku kata, sebab gula dah habisss
------------------------------------------------------
Sophie : Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
Tok Batin: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
------------------------------------------------------
Sophie : Aku ada AIDS? mana ada...
Tok Batin: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
------------------------------------------------------
Sophie : Tok Batin, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
Tok Batin: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
------------------------------------------------------
Sophie : Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
Tok Batin: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"
Mohamad: Senyum aje cukup.
No comments:
Post a Comment