Monday, 3 May 2021

Kisah Rumahtangga!

 Kisah Rumahtangga!

Dalam satu kisah rumahtangga yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah longkang yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah jamban yang disediakan di tepi longkang. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

 

Isteri: Mengapa abang suka saya? Mengapa abang cintakan saya?

 

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai awak.

 

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

 

Suami : Betullll! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan awak!

 

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi, blog, FB, pantun dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

 

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata ‘Baiklah! Abang mencintai awak sebab muka awak yang cantik daripada orang lain, suara yang merdu lebih dari burung merbah, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta Abang kepada awak!’

 

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

 

Waris All Blacks, branch Malaysia Boleh lah!

 

Surat tersebut berbunyi begini:

‘Isteri ku! Jika disebabkan suara, aku mencintai mu sekarang, bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan, aku mencintai mu, sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman, aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah, aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang,. aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya (Hidup UMNO dan PAS) dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.

 

Bush reserve pun boleh jadi modal. Jangan jadi modal 'Berenddek' sudah lah!

Mohamad: Khas untuk isteri aku dan juga isteri isteri (apa hal?) maksud aku isteri isteri orang lain jugak.

No comments:

Post a Comment