Monday, 3 May 2021

Doktor versus Doctor

 

Selamat pagi dan selamat bersarapan pada semua rakan2 yg bergelar Dato', Datuk Paduka, Datuk

Seri dan dan pada semua rakan2 yg ada title Datok kerana dah bercucu atau yg tak ada gelaran.
Ada gelaran yg datang dari Raja2 dan TYT2 untuk mereka yang telah banyak menabur khidmat

dan berbakti pd masyarakat dan ada juga yg dapat dr proses lain. Cuma akhir2 ini, ramai kawan2

yang sewenang2nya meletak gelaran2 itu dipangkal nama utk glamor padahal gelaran2 tersebut

bukan dikurniakan oleh Raja2 Melayu atau TYT tetapi dr dari 'Sultan' atau 'Raja' luar negara yang

setengahnya hanyalah wilayah adat.


Yang ini satu bab lagi, ada kawan2 yg bersungut pasal mereka habiskan masa hampir 7 tahun utk

dapatkan title 'Dr' tapi kawan2 yg terlibat dalam politik tiba2 dapat Dr dekat pangkal nama.. Nak

kata dia pergi India buat medic tak juga.. ada je kat malaysia.. Nak kata dapat Dr pasal banyak

buat research kat U tak juga pasal SPM dulu pun separuh kantoi.. dR macam dR Rozmie atau dR

Homeopathy pun tidak.. Doktor apa diorang ni pun entah lah.. tiba2 je dah ada gelaran 'Dr'...

Tambah bila dah dekat2 election ni macam trend pulak, mungkin senang menang kot klu ada

gelaran Doktor ni...

Dulu ada kawan jumpa aku utk mencari kawan2 lain siapa nak Dato' Mindanao, Sulu dan

macam2.. skrg aku tgh tunggu siapa pulak broker nak mintak tolong aku cari kawan2 yg nak

jadi DOKTOR...!




Penulis: Doktor Falsafah (Palo Sampah = Kepala Sampah)





No comments:

Post a Comment