Sunday, 31 July 2016

Certain kinds of stress are perfectly healthy!

 

Dua tiga hari nih sempat bertemu rakan rakan dalam beberapa majlis utama.
Disebabkan ada sikit pengalaman menyelami karakter peserta peserta PLKN dan bekas Pengerusi Kelab Kaunseling semasa di tingkatan 5 dan 6 dulu dulu , jadi tak susah untuk melihat perubahan dalam diri sendiri atau rakan rakan sekeliling.

Jangan nak ‘auta’ lah kalau cuba cuba untuk menyembunyikan emosi anda. Ilmu firasat pun ada sikit sikit, diperturunkan oleh nenek moyang atuk angkat.

Mata ini melihat seakan akan ramai rakan rakan posgrad kini dalam situasi yang agak moyok dan ‘down’. Orang kampung aku cakap ’stress’ lah!. Cuba buat gurau sedikit dan bawa kisah kisah lucu, nampak macam tak menjadi.

‘Normal’ lah sebagai pelajar.

Tahun satu, tahun baru, Tahun dua, baru macam nak ada, Tahun tiga, baru buat kerja, Tahun empat, baru lah rasa terangkat.

Sendiri mahu ingatlah. Yang penting jangan komplen. Komplen pada diri sendiri, komplen pada supervisor, komplen pada universiti, komplen pada rakan rakan, kawan dan kenalan, komplen pada suami/isteri, komplen pada anak anak dan paling hina adalah komplen pada Allah.
Ini saya bawakan berita dari orang kampung sebelah.




Punca 'tension' ialah apabila terlalu banyak masa habis melayan 'News', layan FB+FS, layan blog sendiri dan blog orang, layan hal orang, layan resipi dan lain lain!

Certain kinds of stress are perfectly healthy; you could call them ‘positive stress’. Some people work better under pressure as it lends an excitement to work. If everything is easy, there are no challenges and If everything has no deadlines, thing can get very boring. But there is also negative stress - too much pressure, which can be counterproductive, unhealthy and even dangerous (late M Jacko). If one of your buddy is badly stressed you must do something about it as soon as you can.

Signs of stress.
The first indications of a stressed are likely to be:
  • Taking work home regularly.
  • Failing to take holidays.
  • Dan Sebagainya lah.
  • 


ahlifikirnegara: "First, don’t try to cover up failure; admit it. Finally, If you fail to admit, then try to cover-up”.

Toyol Oh Toyol!

 




Teringat lagu Arwah Sudirman dulu dulu.
Layan aje lah. Ini cerita Baekk punya.

Selepas ‘hijrah’ berlaku dari ‘laboratory’ ke  ’small office near home’ (SOHOM) 76 Symonds Street, selalu sangat aku ternampak toyol. Toyol betina pulak tuh.

Tahu aje lah kan di SOHOM ni kan kelilingnya ada beberapa apartment peribadi dan kebetulan ofis aku nih cerminya adalah ‘reflective tinted-film’.  Alaaaa.. macam cerita ‘Dallas’ tuh. Dari luar kan nampak macam cermin muka tapi orang dari dalam ofis tuh nampak lah apa apa ‘event’  kat luar.  (Boleh buat element ’spying’ tuh)!

Berbalik kepada kesah toyol tadi. (sebelum aku melencong menceritakan kisah lain terutama kisah ‘private life’ aku…bukan menarik pon).

Toyol ni toyol betina. Yang jantan nya tak rajin jadi toyol. Belum sampai makam agaknya.
Kau bayangkanlah kalau toyol betina ni mundar mandir dalam rumah apartment kondominimum dia ke dapur ke bilik, ke bilik ke dapur dalam keadaan toyol. Tidak kah menganggu konsentrasi otak aku nak menulis tesis atau buat kerja kerja rutin.

Kesudahannya nya salah satu perintah kerja aku adalah menyelidik kehidupan seharian toyol. Toyol betina tuh lah.

ahlifikirnegara: Faham Tak Apa!.

The Quality Remains!

 


Once Upon A Time, there was a Malay boy whose surname was Proton.

The Old Man came to him when he was 18 and asked him, “What do you want to do with your life?”

The boy replied, “I want to go into the automotive industry. I want to make great cars.”

The Old Man answered, “You won’t be able to compete. Everyone on earth is in cars.”

The boy replied, “I want to get the best of everything; best materials, best designers and produce a great car that people will want to buy.”

The Old Man said, “Son, that’s good, but if you’re going to use the best of everything you are going to have to charge the top price, and people won’t be able to afford your stuff.”

The boy’s response to his Dad , “Dad, long after the price is forgotten, the quality remains.”




ahlifikirnegara: Alah Membeli Menang Memakai.

Buat PhD pun kena macam tuh punya semangat. Sabar jugak lah menjadi penyelamat kepada sebarang godaan dan cobaan. Jaga Diri Hiasi Peribadi.

Kisah Rumahtangga!

 



Dalam satu kisah rumahtangga yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah longkang yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah jamban yang disediakan di tepi longkang. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:
 
Isteri: Mengapa abang suka saya? Mengapa abang cintakan saya?

 
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai awak.
 
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
 
Suami : Betullll! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan awak!
 
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi, blog, FB, pantun dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
 
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata ‘Baiklah! Abang mencintai awak sebab muka awak yang cantik daripada orang lain, suara yang merdu lebih dari burung merbah, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta Abang kepada awak!’
 
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.


Waris All Blacks, branch Malaysia Boleh lah!Waris All Blacks, branch Malaysia Boleh lah!



Surat tersebut berbunyi begini:
‘Isteri ku! Jika disebabkan suara, aku mencintai mu sekarang, bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan, aku mencintai mu, sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman, aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah, aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang,. aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya (Hidup UMNO dan PAS) dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.



Bush reserve pun boleh jadi modal. Jangan jadi modal 'Berenddek' sudah lah!Bush reserve pun boleh jadi modal. Jangan jadi modal 'Berenddek' sudah lah!


ahlifikirnegara: Khas untuk isteri aku dan juga isteri isteri (apa hal?) maksud aku isteri isteri orang lain jugak.

Thursday, 28 July 2016

Ustaz NZD1 bertemu dengan Ustaz NZD50

 

 Pah!!! Butang Baju Melayu Abang Mana Pahhh??Pah!!! Butang Baju Melayu Abang Mana Pahhh??



“Ate…lama bebenor dok nampok deme,,kmane gamok yer?”
 
Ustaz NZD 1 bertemu dengan Ustaz NZD 50 lalu bertanya:

Ustaz NZD 1: “Oii,…lama tak nampak, mana kau pergi?”

Ustaz NZD 50: ” Dah merata tempat aku pergi…. Pergi Jepun jalan jalan,
naik Bullet Train, gi balik Malaysia, jalan jalan naik AirAsia, lepak kat SOGO,
tgk konsert Ramli Sirap, Rabbani ‘Pergi Tak Kembali’, layan Malaya Idol la…..
banyak sangat tempat sampai tak terkira….. Eh, kau camner plak?”

Ustaz NZD 1 (seraya menunduk) : “Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama.
Surau, Masjid, Surau, Masjid, Surau, …”.



“Allahu latiffun bi ibaadihi yar zuku mai yasa’a...Wahual qawiyul aziz.”“Allahu latiffun bi ibaadihi yar zuku mai yasa’a...Wahual qawiyul aziz.”



 ahlifikirnegara: PIKIOR LA SENDIRI…Dulu dulu Menteri Tak Berportfolio jika di sebut dalam bahasa orang Perak, bunyinya macam Menteri Tak Berpelior. Lucah jugak.

Kisah Rumahtangga Siri 2

 

Pada dia yang baru nikah di malam pertama.

Kisah purbakala. Seorang anak muda  dibuli oleh sedara mara, di potongnya sedikit kaki katil tidur mereka.
Jadi, pada ‘malam pertama’ pernikahan anak muda tersebut, bayangkan terdengar, ‘BRUPPPP‘ katil roboh.
 
 

ahlifikirnegara::   “Dak eh, Cek dak sentuh pun lagi!

Cha Rela Mati!!!!

 

Tersebutlah al-kisah di sebuah lokasi (hendak dijadikan cerita) terdapat seorang Tok Cha, seorang perempuan dan seorang perompak bersenjatakan pistol.
 
Dengan bengisnya perompak tersebut menyergah Tok Cha supaya membuat perkara mungkar ke atas perempuan tersebut.

 
“Cha!!!!! Gomol perempuan tuh Cha!!!”. Dengan menghalakan senjata tersebut ke arah Tok Cha.
 
Cha dengan marah menjawab, ‘Cha tok se (lorat pantai timur)!, Cha tok se buak!!!.
 
Perompak dalam keadaan bertambah bengis dan berkata, “Kalau Cha tok se,,hamba tembak Cha !! baik mung buak Cha!!.
 
Tok Cha pun rungsing akan keselamatan diri beliau lalu menggomol perempuan tersebut.


 
 

 [[[[[[CENSORED]]]]]
 


Tak sampai beberapa minit Si Perompak menikmati adegan yang berlaku di hadapan mata, Si Perompak berlagak lagi dengan menyergah ke arah adegan tersebut.


 
”Cha!!!!!Berhenti Cha!!!!”
”Cha!!!!!Berhenti Cha!!!!”
Perompak mengulanginya untuk kesekian kali
”Cha!!!!!Berhenti Chaaaaaaa!!!!”
 
Tok Cha menjawab perlahan dan tersedu sedan...
 
”Tok Se,,,Cha Rela Mati!



ahlifikirnegara: Tiada sentimen apa apa.Sekadar hiasan.

Ulama Ikan Besar!

 

 

Seorang nelayan baru tiba dari laut setelah
beberapa hari di lautan dengan hasil tangkapannya.
Terdapat seekor
ikan besar hasil tangkapan tersebut ,,bak kata orang sekarang ; ’Bapak besar’
atau ’besar giler’.
Nelayan tersebut
pun berjumpalah dengan seorang ulama bagi menanyakan hukum bagi memakan ikan
BESAR tersebut.

 



”Wahai orang alim
yang bijaksana dan bijaksini,, sudilah kiranya tuan memberikan saya sedikit
fatwa (petua) atau hukum bagi saya memakan ikan yang amat BESAR dari hasil tangkapan laut saya,”
sedih aje bunyinya permintaan nelayan tersebut. Harapannya agar hukum membenarkannya.






”Tak boleh, hukumnya tak boleh dimakan” bentak si ulama tadi dengan penuh yakin.
" Lagikan ikan bilis yang tak dibuang isi perutnya pun tidak dibenarkan,,,,inikan pula ikan BESAR yang teramat sangat," sambung hujah ulama tersebut.
Hiba sungguh bercampur kecewa dengan jawapan tersebut, nelayan tersebut menyuarakan pandangan seterusnya.
” Jika hukumnya boleh dimakan, saya ingatkan ingin memberinya sepotong dua kepada tuan yang mulia, wahai si orang alim”.
Orang alim, ” eh, eh , eh,,,bagi saya semak sedikit dalam kitab kuning ini untuk melihat hukumnya balik”. Agak-agak dalam 5 minit.
”Huiiiii,,,buleh dimakan, ada tercatat dalam bab bla bla bla………….






ahlifikirnegara: Mana satu yang betul?
Karya asal adalah dari Dr. M. Radzi C. Daud.

Wednesday, 27 July 2016

Happy Weekend...

 

Husband: after tomorrow is sunday & I have to enjoy it... So i bought 3 movie tickets...
Wife: why three???
Husband: 4 u and ur parents....
Wife: ............... (tolong jawab)


Dad to son: when I beat you how do you control your anger?
Son: I start cleaning toilet
Dad: How does that satisfy you?
Son: I clean it with 'your' toothbrush.


Pak Mat : I am a Proud father, my son is in Medical College.
Pak Itam : Really, what is he studying,
Pak Mat : No he is not studying, they are Studying him.


A drunkard was brought to court. Just before the trial there was a
Commotion in the gallery.
The judge pounded the gravel on his table and shouted, "Order, order."
The drunkard immediately responded, "Thank you, your honor, I'll have
A scotch and soda."


Man : How old is your father?
Boy : As old as me.
Man : How can that be?
Boy : He became a father only when I was born.

ahlifikirnegara: di"sumbang"kan oleh Azmi Othman

Perjalanan Ke New Plymouth - Saturday, 13 December 2008 -

 


Ini adalah catatan perjalanan Aqmar.
Kebiasaannya setiap kali anak2 nak ke mana2, mereka dikehendaki menyediakan kertas cadangan dan membuat catatan perjalanan.
Kali ni Aqmar merupakan pencatatnya.
Ayah buat macam ni bertujuan untuk melatih anak2 ........ susah jugak bila dapat ayah yang pernah dapat latihan ketenteraan ni.
Mujur ayah bukan tentera.
Tapi ummi setuju sebab ini dapat melatih mereka dalam banyak perkara.
Mengajar Geografi, Bahasa, Matematik dll secara praktikal.


Date : 13 December, 2008
Time : 9.20 a.m.
Driver : Mohamad Minhat (Dad)
Transport : Nissan Tino Exx xxx
Mileage : 87012
Passenger : Afidah(Mum), Luqman, Afiqah, Aqmar(Me) and Ikhwan
Weather : Sunny


Dad, Ikhwan & LuqmanDad, Ikhwan & Luqman



At 9.53 we are at Manukau moving to SH1 (Mileage 87031)

We stopped at Otorohanga to take some pictures.



Read more on:                                                               
http://afidah-auckland.blogspot.com/2008/12/perjalanan-ke-new-plymouth.html


OtorohangaOtorohanga

ahlifikirnegara: Sekarang mereka dan over teen-ages. mmmmmm....dah besar.

Kisah Beruk dan Pok Yeh.

 

February 1, 2011 at 9:38am
      Pok Yeh sering meletakkan beruk peliharaannya di hadapan ’handle’ basikal dalam
    bakul kecik.

    Ramai yang berfikiran mesti ada petua atau alasan yang munasabah mengapa Pok Yeh
    berbuat demikian.

    Ketika melalui sebuah warung di kampungnya,....ramai rakan-rakan memberi jawaban akan
    teka-teki tersebut.

    "Beruk dia garang ooiii,, kalaulah dia letak beruk itu di belakangnya,,,mau tak
    dicakarnya Pok Yeh,,,merana bini dia nanti". Teori Dr. Sopian.

    [Apa pulak kena mengena dgn isteri Pok Yeh ...ialah... kan nanti isteri dia yang akan susah payah
    membetulkan cakaran beruk tersebut].
     
    "Tak ada lah...beruk tu kan dah dijinakkannya.....kalau tak jinak mana dia nak dengar cakap Pok Yeh.. kan Pok Yeh
    rajin jugak minta beruk tu turunkan "Nyiur Muda".
     
    "Dia letak beruk kat depan basikal tuh supaya senang pantau kelakuan beruk tu".
    "Senang nak berkomuniksai dengan beruknya".

    Macam-macam spekulasi lah yang dihamburkan disamping kehangatan harga minyak RON 97 naik baru-baru ni.
     
    Kebetulan Abu Nawas pun hadir sama di warung tersebut, lalu beliau memberikan pendapatnya,
     
    "Kalau beruk tu diletakkan di belakang...tentu orang lain akan kata Pok Yeh Beruk...sebab itu
    beruk peliharaannya diletakkan dihadapan supaya orang akan kelihatan beruk dahulu sebelum tuannya dan akan terus berkata itu Beruk Pok Yeh."
     
     
     

    Hah hah...ambik nyiur muda aje..!
    Huh huh huh...ambik nyiur muda aje..!
     

    ahlifikirnegara: Demikianlah ada nya kisah dahulukala.
    Karya asal oleh Wan Isma (Samsung SDI).

    Tutorial 1: Asas slanga Jepun

     

    suka berjimat = sayori sukamura = ok
    orang bisu = kieta tadasora= ok
    suka makan nasi = nanachi kasibanya= nanachi kashibanya
    suka layan blues = apo nadikato= ok
    suka belajar = ashiko ulangkaji= ok
    kerap buat kacau = wakasi huruhara= ok
    sangat kedekut = matimati tamokasi= machimachi tamokasyi
    kuat tidur = ichiban tidomati= ichiban chidomachi
    suka mengintai = hintai akosuka= ok
    orang tua = taragigi padanmuka= ok
    kena tinggal bini = susahati binilari= susahachi binirari
    suka merempit = saja carimati= saja carimachi
    lembap sangat = ayumi ciputbabi= ayumi chipubabi
    suka campur aduk = haik cacamarba= haik cacamaruba
    Amaran: Slanga ini hanya sesuai digunakan di Malaya


    ahlifikirnegara: Disusun oleh Amato Yushiiro Sensei (Ahmad Yusairi)

    Dr. Sopian dan Orang Asli yang bijaksana…..

     
    I.
    Saya mengenali Tok Batin setiap kampung dengan penuh mesra. Setiap tahun, ada sahaja majlis yang diatur di kampung-kampung berkenaan seperti sambutan hariraya idulfitri, hari kemerdekaan atau sambutan tahun baru. Semuanya merapatkan siratulrahim kami.
    Pada suatu majlis, pertama kali berjumpa dengan Ketua-Ketua Kampung atau Tok Batin, saya memberi salam kepada seorang Tok Batin yang memakai baju batek berlengan panjang dan memakai songkok hitam di kepala.
    Selain daripada itu, di poket sebelah kirinya terdapat tanda nama orang Melayu. Saya memberikan salam kerana terdapat unsur-unsur orang Islam pada dirinya.
    Namun, dia lantas menjawab: “Tak payah bagi salam, saya bukannya Islam.” Saya hanya senyum tersipu-sipu manakala Tok Penghulu yang mengiringi saya juga tersenyum sinis.


    II.
    Di sebuah kampung Orang Asli yang lain, dalam dialog dengan masyarakat tempatan, saya bertanyakan kepada Tok Batinnya sekiranya ada apa-apa masalah atau kesulitan.
    “Mungkin ada orang yang susah di sini. Beritahulah pejabat saya, kita cuba atasinya,’’ saya membuat syor.
    “Kat sini ada dua orang anak susah…. Seorang adik saya , seorang lagi sayalah,’’ kata Tok Batin dengan selamba.
    Jadi bingung mendengar kata-katanya. Tadi kata tiada masalah, tetapi sekarang dia sendiri mengaku anak susah.
    Setelah mendengar penjelasan lanjut, barulah saya faham, kerana adiknya bernama Udin manakala Tok Batin sendiri bernama Aleh bin Susah. Tok Batin ini bukannya loyar buruk, sebaliknya jujur dan lurus orangnya.
    Kesempatan bersaudara dengan masyarakat Orang Asli memberi banyak peluang kepada saya mengenali mereka dengan lebih dekat, terutamanya budi dan daya mereka. Budaya mereka, walaupun amat mudah, tetapi kadang-kala membuat kita berfikir panjang.


    III.
    Pada suatu pengalaman lain, ketika menyertai ekspedisi kenderaan pacuan empat roda merentasi Banjaran Titiwangsa, saya berhadapan pula dengan seorang pencari petai yang tiba-tiba muncul dari hulu sungai tempat kami berehat.
    Petai yang dibawa cukup cantik sehingga pagi itu kami makan mi segera berulam petai. Pengalaman lucu terjadi apabila hendak membayar harga petai yang dibeli. Kata pemuda yang menjual, seikat RM24, maka saya bertanya jika ambil empat ikat, berapa pula harganya.
    “Encik orang pandai, satu ikat RM24, empat ikat encik kiralah sendiri,’’ kata pemuda itu dengan senyuman.


    IV.
    Dua orang anak orang asli berseluar pendek terjun ke dalam sungai. Mereka beralih sedikit ke hulu sambil meraba-raba di dalam air. Beberapa saat kemudian, mereka kelihatan menarik tali.
    Di hujung tali itu tergantung lebih daripada 10 ekor udang yang saiznya lebih besar daripada tangkapan kami. Yang seorang lagi menarik perangkapnya dan dia dapat 12 ekor. Mereka kelihatan tersenyum puas. Yang tak puas adalah kami.
    “Dik, mai sat… nak jual tak,’’ seorang rakan membuat tawaran. Setuju dengan harga, kami beli semua udang berkenaan. Anak-anak orang asli itu hanya menggunakan stokin kaki wanita yang diisi dengan umpan di dalamnya.
    Apabila udang cuba memakan umpan, muncungnya akan melekat pada stokin dan tidak mungkin dapat melepaskan diri kerana cabang di muncungnya akan menyebabkannya tersekat.
    Dapat juga kami makan goreng udang pada hari itu. Sebelum dua orang anak orang asli itu beredar pulang dengan ringgit dalam genggaman, saya bertanya mana dapat stokin panjang itu.
    Seorang daripadanya menjawab: “Dalam sungai…dia hanyut, kami ambillah.”


    V.
    Teringat saya lagi  pada lawak orang asli yang diceritakan gaya asal oleh kawan-kawan,
    "Tok Batin, mengapa bela anjing lagi kan tok dah masuk Islam?"
    "Anjing kite pun ikut juge.."

    ** Sekali lagi ada 2 benda yang boleh membuatkan kita gelak dan kemudian bersedih disini. *
    A. Kesian Tok Batin tu tak paham konsep masuk Islam. Dan
    B. Lagi kesian kat pegawai agama yang tanya tu sebab dah islam pun tak paham konsep juga.



    ahlifikirnegara: Bijaksana seseorang susah nak diukur. Kerana ia tidak terletak di 'luaran'nya atau 'dalaman'nya.

    Tuesday, 26 July 2016

    Misteri kirim ayam terbongkar


    February 28, 2012 at 4:03pm
    KOALA LUMPAR 30 Feb. – Misteri kiriman nota tertulis ayat-ayat cinta serta tiga ekor ayam hidup yang diterima seorang setiausaha sebuah syarikat swasta sejak dua minggu lalu, akhirnya terbongkar hari ini.
    Ini setelah individu yang dikatakan menghantar nota tersebut serta tiga ekor ayam kampung yang dipelihara kepada wanita tersebut ditahan di rumahnya di Setanggi Jempol (bukan tempat sebenar), kira-kira pukul 1 petang ini.
    Lebih mengejutkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Mohd. Jiwa (Bukan Nama Sebenar), 34, adalah jiran kepada wanita itu dan dikenali mangsa kerana tinggal tidak jauh dari rumah setiausaha berkenaan.
    Difahamkan, suspek yang sudah berkeluarga dan mempunyai tiga anak itu berbuat demikian setelah menyangka mangsa ialah pelakon/penyanyi terkenal ''Whitney Houston''(Bukan Nama Sebenar) kerana berkulit cerah dan seperti berdarah kacukan.
    Mohd. Jiwa yang ditemui pemberita di Balai Polis Teratak Jingga (bukan tempat sebenar) di sini mendakwa, dia dan mangsa yang disangkanya Whitney Houston sering berbalas komen di Muka Buku sehingga nekad untuk mengenalinya lebih dekat.
    Dia yang tidak bekerja turut mendakwa mengenali ‘Whitney Houston’ sejak beberapa tahun lalu, sebelum wanita itu mula dikenali ramai.
    “Saya telah lama berkawan dengan ‘Whitney Houston’ dan ikatan persahabatan itu semakin kuat apabila kami sering berbalas komen di Muka Buku.
    “Malah dia juga sering memberi gambaran kepada saya untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Itu menyebabkan saya menghantar pelbagai jenis hadiah/jajan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    Menurutnya, dia meminati ‘Whitney Houston’ kerana pelakon itu cantik serta berdarah kacukan kemerah-merahan.
    Mohd. Jiwa (bukan nama sebenar) memberitahu, tujuan dia memberi tiga ekor ayam hidup kepada ‘Whitney Houston’ adalah sebagai hadiah/jajan daripada seorang peminat setia.
    “Ayam-ayam hutan itu sebenarnya saya pelihara untuk dijual tetapi tidak laku. Oleh itu saya ambil keputusan untuk memberikan ia secara percuma sebagai hadiah/jajan kepada ‘Whitney Houston’,” katanya.
    Mohd. Jiwa ditahan berikutan laporan seorang wanita yang trauma apabila menerima nota berbentuk hati tertulis ayat cinta, seluar dalam lelaki dan ayam hidup di rumahnya di Wang Tak Maju Maju.
    Selain nota yang ditujukan kepada artis Whitney Houston, kiriman itu turut menyebut nama penyampai berita TV10, Puah Ah Fook (nama samaran).
    Ketua Polis Daerah (OCPD) Sentel, Asisten Komisioner Pok Ya Juragan (bukan nama sebenar) ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan di bawah Seksyen ABCD123 Kanun Kesengsaraan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah.
    “Kita akan menahan reman lelaki itu dan akan menyiasat latar belakang kesihatannya,” katanya.

    ahlifikirnegara: Apa punya penyakit lah "secret admirer"? Pagi tadi ada mamat hantar dua bungkusan makanan kat aku. Apahal? Tak nak kecik kan hati,,,terima ajelah.

    Breakfast's Eggs


    March 16, 2012 at 9:33am
    Dr. Sopian bertanya kan sesuatu kepada rakan sepejabatnya Dr. Semilimili Cikedis Beng Beng dalam bahasa E.

    "What's your hubby put on his breakfast eggs?"


    Jawapannya tersasar.
    "Just a few drop of powders".


    ahlifikirnegara: Alamak, pagi pagi Jumaat nih terkenangkan Khutbah Imam Besar II Zoo Negara, yang memang berbadan besar.

    Kisah Rumahtangga Siri 5


    May 28, 2012 at 10:40am
    Suami nya kerja memandu trailer, kontena barang (kargo).
    Satu assignmen menghantar barang dari Penang ke Singapura.
    “Abang kena hantar barang ke Singapura dalam 2-3 hari, hari Jumaat nanti abang sampai balik lah kat rumah,” pesan si suami pada isteri tersayang.
    “Jangan lupa laici nanti ye bang,” seronok isteri mendengar si suami akan ke singapura dan terliur dengan air laici. (ntah ntah mengidam kot).

    Hari Sabtu setelah sehari menunggu lewat, si isteri pun gembira menyambut kepulangan si suami di rumah. Biasalah si isteri dan si suami kalau jauh jauh 2-3 hari pun sudah naik semacam dia punya perasaan.

    “Apasal abang balik hari Sabtu? Itu hari cakapkan hari Jumaat dah ada di Penang?” adalah sikit prasangka dalam hati si isteri itu.

    “’BARANG’ payah turun…kat Singapore (abang pun dah mula lorat Singapore),,,barang sikit punya susah nak turun. Terpaksa lah abang ‘overnight’ sehari (Pehhh cakap omputih)”, si suami cuba memberi alasan kukuh.

    “Barang apa bang, yang payah sangat nak ‘turun’ tuh?”, si isteri tetap menanya (serkap jarang). Tetapi pasal lama dah tak jumpa si abangnya ,,,maka si isteri menutup kes dan menutup pintu bilik tidur mereka.



    ahlifikirnegara: Ala abang pergi dan kembali kepangkuan pun nak berkira…apa kata kalau “Pergi Tak Kembali”?.

    Paradox of time


    January 30, 2011 at 7:01am
    Aku suka mengimbau kembali, lihat lihat ke belakang.

    (Sesekali penting jugak tengok 'cermin belakang'; ketika memandu)

    Satu hari nanti korang faham apa itu kemajuan!
    Satu hari nanti korang faham apa itu kemajuan!


    Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.

    The paradox of our time in history is that
    we have taller buildings but shorter tempers,
    wider Freeways, but narrower viewpoints.
    We spend more, but have less,
    we buy more, but enjoy less.
    We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time.
    We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness.
    We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom.
    We have multiplied our possessions, but reduced our values.
    We talk too much, love too seldom, and hate too often.
    We’ve learned how to make a living, but not a life.
    We’ve added years to life not life to years.
    We’ve been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor.
    We conquered outer space but not inner space.
    We’ve done larger things, but not better things.
    We’ve cleaned up the air, but polluted the soul.
    We’ve conquered the atom, but not our prejudice.
    We write more, but learn less.
    We plan more, but accomplish less.
    We’ve learned to rush, but not to wait.
    We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less.

    These are the times of fast foods and slow digestion, big men and small character, steep profits and shallow relationships.
    These are the days of two incomes but more divorce, fancier houses, but broken homes.
    These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill.

    It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom.
    A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete...


    Remember; spend some time with your loved ones, because they are not going to be around forever.
    Remember, say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side.
    Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn’t cost a cent.
    Remember, to say, ‘I love you’ to your partner and your loved ones, but most of all mean it. A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you.
    Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again.

    ahlifikirnegara: Semalam jiran rumah aku, menjemput ke kenduri rumah beliau dengan guna SMS/Text aje...padahal rumah dia dalam 20 langkah aje dari rumah aku. Susah ke nak singgah rumah aku sekejap dan bagi salam untuk menjemput. Jumpa mata ke mata ikat silaturahim.

    Thursday, 21 July 2016

    Dillema Orang kena Tuduh (OKT) dengan seorang Penjamin

     

    May 15, 2013 at 1:13pm
     
    SOALAN 1

    Assalammualaikum DR,

    Harap DR dalam keadaan sihat sejahtera. Disini saya ingin menyatakan tentang masalah MP2 yang sedang saya usahakan. Sehingga kini saya masih lagi tidak berjaya untuk mencapai objektif 2 iaitu : - To suggest an application program via LabView to serve as an interpreter for the chaining link to the appropriate any CNC machine Pelbagai cara dan rujukan telah saya buat tapi saya masih lagi belum berjaya untuk mencari kaedah bagaimana untuk menterjemah kod STEP-NC dengan menggunakan LABVIEW. Sehingga kini saya hanya mampu membuat GUI dengan LABVIEW tetapi TIDAK boleh membuktikannya ianya boleh bertindak sebagai interpreter kepada kod STEP-NC. Dengan pengetahuan yang sedikit dalam pengaturcaraan LabVIEW juga masa yang terhad saya hanya mampu melaksanakan projek ini sehingga setakat ini sahaja kerana saya sudah menemui jalan buntu untuk menyelesaikannya. Disini saya ingin mendapatkan nasihat dan panduan daripada DR tentang status projek saya sebagaimana yang saya jelaskan seperti diatas:- 1. Sekiranya status MP2 saya seperti diatas adalah dikategorikan sebagai GAGAL saya bercadang untuk menggugurkan MP2 pada semester ini (tarikh akhir 17 Mei 2013) dan saya akan poslaju  borang gugur subjek pada hari selasa utk DR tandatangani dan akan mengambil MP2 pada sem depan dengan tajuk baru. Ini adalah kerana  CGPA saya akan jatuh bawah 3.0 jika saya gagal MP2 pada semester ini. 2. Sekiranya status MP2 saya seperti diatas boleh diberi jaminan akan lulus saya akan meneruskan MP2 ini dengan status seperti diatas. Memadai memperolehi  hanya memperolehi B atau B+ sahaja. Saya harap DR dapat memberi jawapan kepada saya dengan seberapa yang cepat untuk saya membuat tindakan lanjut. Kerjasama DR saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

     

    SKIMA JAWABAN 1

    Bismillahirahmanirahim.
    Assalamualaikum wm wbt.
    Salam Sejahtera / Good Day.

      
    Perkara sebegini tak pernah lagi berlaku sepanjang karier saya iaitu memberi jaminan lulus kepada pelajar.
    Yang boleh dijamin hanya kematian dan hari akhirat sahaja. 

    Pasangan yang berkahwin, tiada jaminan untuk mendapat anak.
    Benih yang ditanam tiada jaminan dapat buah.
    Perempuan yang mengandung tiada jaminan dapat anak yang baik.
    Amalan yang kita buat tiada jaminan diterima Allah. 

    Saya minta maaf sebab tidak dapat menjamin apa-apa kepada awak.

    Cukup sekadar saya mengumpulkan bukti bukti apabila fakulti menemubual saya nanti jika fakulti tidak puashati terhadap penyeliaan saya pada pelajar.

    Saya juga dikelilingi oleh etika serta moral akademik yang mana Agama juga mengambil berat tentang usaha dan bantuan saya kepada pelajar. 

     

    Wassalam.
     Sekian, Terima Kasih.
     Best Regards.

    Mohamad Bin Minhat, Engr. Dr.
     Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
     Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
     Pej: 06 331 6437
     Mobile: 019 671 6879
     Fax: 06-331 6411
     ++ I listen to the wind of my soul,

    Where I end up, well, I think, Only God really Knowth ++

     

    Siapa boleh jamin kapalterbang dah naik tak boleh turun?Siapa boleh jamin kapalterbang dah naik tak boleh turun?

    Teka-Teki Tradisional

     

    May 30, 2013 at 10:23am
    Ustaz: "Siapa yang tahu, binatang apa yang telor nya di tengkok?"
    Anak Murid 1: "Zirafah, Ustaz".
    Ustaz:" Salah".
    Anak Murid 2: "Gajah"
    Ustaz:" Salah".
    Anak Murid 2: "........
    Ustaz:" Salah".
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Ustaz:" Salah".
    Ustaz:" Salah".
    Anak Murid 25: "Habis tuh, apa binatangnya Ustaz?"
    .
    .
    .
    Ustaz: " Sila lihat di bawah....KUDA KEPANG".
     
     
    Cuba perhatikan dan zoom in zoom out.Cuba perhatikan dan zoom in zoom out.
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
    ahlifikirnegara: Puas jugak aku fikir dan zikir.

    Tahniah atas segala anugerah.

    Anugerah kehidupan.

    June 20, 2013 at 1:59pm
     
    Tahniah buat saing rodong rodong koi yang akhirnya (di ulang...akhirnya) menjulang sedikit anugerah dunia.
     
    Lampiran disertakan bagi ulasan Penilaian Tahap Kecemerlangan untuk tahun sudah.
     
    Performance Appraisal Terms And Their Real Meanings...
     
     
    ahlifikirnegara: Congrats Bro and Sis!!!  See you in 5 years time.

    Kisah Rumahtangga Siri 7

     

    February 11, 2014 at 4:54pm
    Pak Maun sedang menonton telly slot iklan.
    IKLAN: "Lexona,,,,kekal kering sepanjang hari".
    PAK MAUN: (Dalam hati)...alahhh...itu pun nak kecoh...orang rumah den...kering sepanjang zaman den tak bising pon.
     
     
    ahlifikirnegara: Jauh perjalanan luas pengalaman. Orang lama tetap tak mahu perubahan.
     

    Soalan Agama Terpilih Minggu 46 dari 53 1430H.

     

    November 6, 2009 at 11:14am
    Soalan:

    Ustaz yang di hormati,

    Sebentar tadi saya berjalan untuk pergi menunaikan sembahyang Jumaat. Dalam perjalanan tersebut saya cuba mengambil sebuah jalan yang agak jauh agar pahala dalam langkah yang saya ambil meningkat, menurut jumlah langkahan ke masjid tersebut. 
    Malangnya ustaz, disebabkan angin yang tersangat kuat ketika itu, membuatkan skirt salah seorang wanita pejalan kaki di jalan yang sama tersebut di angkat angin dan terus menampakkan 'benda' yang tidak sepatutnya saya nampak. Saya terus palingkan pandangan saya untuk mengelakkan saya berterusan memandang 'benda' tersebut.

    Soalan saya uztaz iaitu, adakah ianya mencalarkan pahala saya serta sah atau tidak sembahyang Jumaat saya tadi?

    Mohon penjelasan dari uztaz yang saya hormati.
    Saya yang benar.
    M M 1430H.