Thursday, 29 August 2024

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan semua ini.

 TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DATUK DR. NORHAFIZAH MUSA


Demikianlah di dalam perjalanan kehidupan, hati berbolak balik, rasa tak pernah sama, nikmat dan musibah juga silih berganti.Katakanlah:

 

آمَنْتُ بِِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ


"Aku beriman kepada Allah" dan tetaplah ( pada keimanan & ketaatan)


Renung - renungkan


Ingatan buat diri sendiri.

 

Semuga bermanfaat.🖐️


Bi Iznillah.Fi Amanillah.

Allahul Musta'an.Insya Allah.Aamiin.🤲🤲🤲



----------------------------------------------------------------------------------------------



Berikut saya berikan 5 alasan kenapa tak perlu ubah suai rumah.

1. Tak ada beza saiz rumah
Jenis ubah suai rumah sebegini memang perlu ditinggalkan terus. Keluasan sama, susun atur dan bentuk rumah kekal macam tu juga terutamanya dari dalam. Cuma bahagian luar saja yang diubah.

Kenapa bazirkan wang sebegitu semata-mata untuk sedapkan mata memandang saja. Cantik atau tidak rumah anda paling besar dipengaruhi oleh kebersihan. Bukan sebab warna atau ada tiang Roman. Jika ada semua itu, rumah macam kandang babi, berterabur, buat apapun tetap nampak huduh.

Kalau nak cantik, keluarkan sikit saja duit untuk kerja pembersihan dan penyimpanan barang. Bukan ubah suai rumah.

Antara alasan popular ubah suai rumah adalah disebabkan anak-anak dah besar dan perlukan ruang. Biasanya perkara itu hanya untuk sementara waktu sahaja. Tak payah tunggu lama anda akan kesunyian dengan rumah besar dan anak-anak bawa halusn mereka masing-masing. Tinggal anda laki bini melaung berirama mendengar pantulan suara dari dinding rumah yang kosong.

2. Simpan duit beli rumah baru
Jika anda kekalkan keadaan rumah macam original, tidak ada apa-apa nak dimalukan. Biar jiran ubah suai habiskan duit, tak perlu ikut mereka. Kalau nak rumah yang lebih bagus simpan duit itu sehingga modal cukup, beli rumah baru yang lebih sesuai dan lebih besar.

Anda boleh jual rumah lama dan pindah ke rumah baru bila ia dah siap. Duit ada, rumah pun baru. Itu lebih menjimatkan dari ubah suai. Biasanya sebaik saja anda ubah suai, duit akan terlajak dikeluarkan untuk tukar habis benda lain supaya nampak semua baru. Dari bajet RM100 ribu biasanya akan naik ke RM200 ribu.

3. Guna duit untuk perkara wajib
Bagi anda yang beragama Islam contohnya, gunakan duit niat nak ubah suai itu untuk tunaikan haji yang merupakan perkara wajib. Bagi yang bukan beragama Islam, cari benda wajib lain yang perlukan duit dan gunakan untuk itu.

Jika dah tunaikan semua yang wajib, simpan terlebih dulu duit yang ada tu sebab nanti akan ada perkara wajib datang.

4. Buat kerja kebajikan
Antara kata-kata Hamka yang sangat bijak adalah berkenaan duit yang anda belanjakan. Bila anda beli barang, duit akan dapat pada orang lain. Barang lama-lama pakai hilang keterujaannya dan akhirnya kembali ke asal. Jika duit tak digunakan, bila mati, semua jadi harta pusaka untuk waris. Anda tak dapat apa-apa juga. 

Tapi jika duit disedekahkan, atau digunakan untuk urusan kebajikan lain, ia merupakan hak mutlak kepunyaan anda di akhirat nanti.

Itu falsafah yang sangat bijak.

5. Jangan jemput perompak
Rumah dihias dengan megah beserta pagar yang mewah memberikan mesej yang salah pada orang jahat. Bagi mereka itu alamat tuan punya rumah banyak duit sehingga tak tahu nak buat perkara yang lebih bermanfaat. Dari dibiarkan tuan rumah membazir lagi lebih baik dia masuk rompak dahulu.

Ada rumah yang saya beli tapi tak ubah suai langsung. Isi barang asas saja di dalam rumahnya tiada TV atau internet di rumah tu. Pagar dan pintu besi depan rumah pun kekal ori. Jiran kiri kanan depan belakang ubah suai cantik dan besar. Semua rumah jiran pernah kena pecah dan kena rompak. Ada yang lebih dari sekali. Rumah saya tak pernah kena lagi setakat ini walaupun rumah itu tak ada orang duduk. Saya hanya ke sana sebulan sekali saja santai di hujung minggu.

Bukan nak sombong, minta Allah pelihara rumah yang tak ada apa-apa itu dari kerja gila perompak. Tapi nak beritahu beza rumah elok dengan rumah asas sangat memberi kesan di mata orang jahat untuk merompak.

Sumber: Dari Internet/Kawan-Kawan.







--------------------------------------------------------------------------------------------

HIKMAH DI SEBALIK TANAH JERLUS DI MASJID INDIA          

Pertamanya kita boleh imbas balik video peristiwa ini melalui You Tube -type "sink-hole tragedy Masjid India Kuala Lumpur 22/8/2024. Mengikut seorang ustaz, peristiwa ini membenarkan firman Allah dalam surah Al Mulk m.s 563 ayat 16 --" Sudah merasa amankah kamu, bahwa Dia yang di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika tiba2 ia tergoncang? 

SubhanAllah, inilah hakikat yg berlaku pada hari Jumaat lepas. Seorang perempuan warganegara India yang sedang berjalan tiba-tiba terbelah jalan-berlubang dan dia terus jatuh ditelan bumi -hinggalah ke saat ini mayatnya masih belum ditemui.

Kalau kita tengok balik video tu, bila dia terjatuh, ada seorang lelaki di belakangnya. Dia terduduk, kakinya terlunjur ke dalam lubang. Dia serta merta bangun berdiri melarikan diri dari lubang itu.

Masya Allah, semalam di pejabat ABIM di Masjid Negara, pemuda ini datang berjumpa kami dengan 2 orang kawannya. Beliau bernama Haridath; seorang India beragama Hindu -rakyat Malaysia. Beliaulah pemuda di dalam video tu; yang terselamat dari ditelan tanah jerlus itu. 

Sebaik sahaja dia terselamat, dia terus membuat keputusan hendak masuk Islam secepat mungkin. Dia benar2 yakin dengan adanya Allah swt dan Allah swt telah menyelamatkan dia dari ditelan bumi. Maka dia terus yakin yang Allah sayangkan dia dan dia mesti masuk Islam dan menjadi seorang muslimin. Selepas dia pergi ke jabatan agama Islam wilayah mereka telah mengarahkan Haridath ke pejabat ABIM Masjid Negara untuk urusan pengislamannya dengan kami dalam Bahasa Inggeris.

MasyAllah kami semua merasa terharu dengan hidayah yang Allah swt campakkan kepada beliau serta merta. Dia telah memilih nama barunya Harizan. Berumur 48 tahun -still single. Ibubapa sudah meninggal. Dia betul2 terharu bila kita peluk dia selepas dia mengucap syahadah -berlinang air mata.                           

Marilah sama2 berdoa supaya Allah terus memberikan taufik hidayah supaya dia terus dapat meningkatkan ilmu agama Islamnya dan diberi iman untuk dia terus beramal mencari keredhaan Allah swt.   
Dalam gambar dia yang berdiri ke tiga dari kanan.            
Wallahu a'lam

Kredit: Penulis Asal

Semoga saudara baru ini & kita semua istiqamah di jalan yang lurus hingga akhir hayat.

Suburkan cinta kepada Nabi
Pasti beroleh cinta Ilahi

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞



-------------------------------------------------------------------------------------------------


Wednesday, 28 August 2024

Boss or Leader?

 Saya pernah bersembang dengan seorang brader. Dulu dia kerja bakar semua jenis lauk di sebuah kedai makan. Tugas dia itu ja. 


Beli bahan boss buat.

Kerja perapan pekerja lain sediakan.

Selepas habis bakar, ada orang cuci peralatan


Kerja dia bakar ja. 

Ya, bakar ja kerja dia.


Kerja dari pukul 10 pagi hingga 2 petang. 

4 jam bakar makanan, boss bayar dia RM200.


Kata brader tu, kerja nampak senang tapi panas dan mental kena kuat sebab terpaksa main dengan api. 


Api pulak tak boleh menyala besar, tak boleh menyala kecil. Kena jadi bara. Bukan dapur gas, mudah nak laras.


Bila dah jadi bara, kena sentiasa tengok-tengok supaya tidak terpadam.


Ayam dia bakar tidak hangit.

Ikan dia bakar tidak keras kejung.

Daging dia bakar sempurna ‘well done’.

Sotong gergasi dia bakar tidak kecut.

Bahasa mudah skill dan pengalaman dia hebat.


Sehingga suatu hari, boss termakan racun pekerja-pekerja.


Apa racunnya?


Kata mereka, 

Brader ni kerja senang tapi gaji mahal.

Kerja singkat tapi gaji lebat.


Maka boss dia mula cari pasal untuk buang dia.


Orang yang ganti tugas brader tu orang baru.

Berjanji macam-macam.


Kata tahu itu.

Kata tahu ini. 

Sembang boleh itu.

Sembang boleh ini.


Nak jadi cerita, 

Pelanggan baru yang datang dah mula menyusut.

Pelanggan setia yang kerap datang dah mula mengadu.


Ikan hangit.

Daging keras macam batu. 

Sotong gergasi makin kecut.

Ayam spoil.


Boss mula sedar sesuatu. 

Pekerja yang dia jaga selama ini sebenarnya membawa rezeki yang baik untuk kedainya. 


Untuk selamatkan bisnes, Boss hubungi dan ajak semula. 

Offer macam-macam.


Tapi hati dah tawar/hambar katanya.

Soal maruah diri katanya.

Bertahun kerja dengan boss tapi oleh kerana dengar cakap-cakap orang boss boleh ‘termakan’.


Brader ni pernah down sebab tiba-tiba diberhentikan.

Duit gaji hari selalu bawak balik bagi isteri RM150 untuk urus. RM50 diguna untuk modal transport dan lain-lain.  


Bila berhenti, 

Dengan usia begitu nak cari kerja memang tiada.


Tapi rezeki berpihak kepada dia.

Dapat kerja tugas yang sama. 

Cuma bukan gaji dulu, gaji lebih rendah. 


Tapi kata brader tu,

Dulu kerja di kedai lama pun gaji rendah. Makin lama makin tinggi gaji sebab orang makin ramai. Brader tu tak pernah lupa asal usul. Boss tu yang terlupa ketika senang dan naik.


Jadi brader ni percaya kedai yang dia kerja tu nanti ramai la juga.


Habis sembang saya doa untuk dia.

Brader tu pun doa untuk saya.


Laki memang macam ni. Tak kenal tapi boleh sembang pasal hati ke hati. 

.


Pengajaran kepada boss atau leader,


1. Jangan jaga orang yang cakap banyak tapi tin kosong. Jaga orang yang kurang bercakap tetapi ada result. Less talk, good result.


2. Elak dengar cakap-cakap sebelah pihak. Sebagai boss/leader mesti neutral dan dengar dua pihak. Selesaikan tanpa berbalah. Jernihkan tanpa keruhkan air. 


3. Rahsiakan pendapatan atau gaji yang diberi. Manusia ni tak sama hati. Rambut ja sama hitam. Abaikan yang dah rambut putih. Itu kan perumpamaan. 🫤


4. Kenang jasa orang bawah, lagi-lagi orang yang setia. Mereka serahkan jiwa raga bukan demi sesuap nasi semata-mata tetapi sebab percaya dengan kepimpinan. 


5. Akhir sekali, sebagai boss/leader jangan bunuh karisma atau kepimpinan seseorang. Jika nampak potensi, gilapkan bukan gelapkan.


Bahagia Cara Kita 🥳


Credit ✍️ FairuzAziz @highlight









MAT KILAU PEJUANG NASIONALIS YANG KECEWA DENGAN SIKAP BANGSANYA‼️

 




Katanya Mat Kilau didalam sebuah wawancara kepada penulis ;


"Orang Melayu ini seperti Buah Manggis"


-Kata Pahlawan Mat Kilau Tahun 1969


Jika dilihat Sejarah Kerajaan Melayu dari Zaman Kesultanan Kedah Tua, Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Acheh, Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang, atau Kerajaan Mataram di Jawa sekalipun Kerajaan tersebut tumbang bukanlah disebabkan Kekuatan Armada Tentera Penjajah..


Kerajaan tersebut tumbang kerana "Senjata Makan Tuan" iaitu Budaya Menikam dari Belakang yang masih diamalkan orang Melayu hingga kini..


Budaya "Api dalam Sekam" yang menular dalam Kepemerintahan akhirnya menjadi "Musuh Dalam Selimut" yang masih sukar dibendung..


Lihat sahaja kekalahan Dol Said di Naning pada tahun 1831..


-Rujuk Kisah Perang Naning 1 dan 2..


(Dol Said Dikhianati Oleh Pengikutnya Yang Berpaling Tadah Kepada Penjajah Setelah Diberi Ganjaran Beberapa Keping Wang Emas)


Dol Said bukanlah calang-calang Orangnya,  bukan sahaja hebat dari segi Kepahlawanannya bertarung dengan Musuh.. malah juga ketinggiannya dalam Ilmu Kerohanian Agamanya..


Beliau tewas bukanlah disebabkan Penjajah atau Musuh itu lebih hebat ketika berperang, tetapi tewasnya disebabkan wujudnya orang-orang yang seBangsa dan seAgama dengannya yang menjadi "Talam Dua Muka" dan sanggup berpaling tadah terhadap perjuangan bangsa mereka sendiri..


Demikian juga masalah yang dihadapi oleh Dato' Bahaman Orang Kaya Semantan (Lanchang), Mat Kilau dan Tok Gajah Imam Rasu yang pernah di serang Penjajah di Tembeling, Jerantut hingga dikatakan terpaksa berundur ke sempadan Siam.. Mereka berundur bukan kerana takut pada Penjajah tetapi berundur kerana tidak mahu lebih ramai rakan-rakan seperjuangan yang menjadi Korban akibat dari onak pengkhianatan Orang Melayu itu sendiri..


(Mat Kilau dikhianati segelintir Orang Melayu yang memberitahu Penjajah pegerakkan dan persembunyian Mat Kilau di Tembeling, Jerantut dan persembunyiannya serta beberapa Kubu penting hingga beliau terpaksa berlindung dengan Tok Ku Paloh di Terengganu)


Semasa kemunculan Mat Kilau pada tahun 1969, beliau pernah ditanya oleh beberapa kenalan termasuk dari Guru Silat penulis sendiri yang pernah berjumpa dan berhadapan dengannya..


Antara Soalan yang ditanya pada Mat Kilau adalah tentang Perjuangan Melayu menentang Penjajah..


Mat Kilau menjawab ;


"Orang Melayu ini seperti Buah Manggis, Diluarnya Hitam, Dalamnya Putih..."


Bermaksud :


"Orang Melayu ini semangatnya hanya meluap-luap semangatnya pada Zahirnya sahaja.. Sedangkan Batinnya masih Lembut.."


Katanya lagi ;


"Buah Manggis juga bergetah, Sama seperti Buah Bacang, Sayangnya Buah Manggis tidak BerBisa seperti Buah Bacang yang kalau ia disentuh boleh menyebabkan Kulit menjadi Kudis..."


Ia bermaksud luahan hati Mat Kilau ketika itu yang kecewa dengan Bangsa Melayu di zamannya yang mudah ditakutkan atau tidak berani melawan apabila terancam,hanya segelintir dari mereka sahaja yang sanggup berjuang hingga sanggup meninggalkan keluarga,harta benda,pangkat kekayaan dan gelaran serta kampung halaman untuk berjuang menentang Penjajah..


Mat Kilau juga menjawab Orang Melayu juga ibarat "Buntut Buah Manggis",


 "Kalau Buah Bunganya Kembang Lima, Maka Isinya juga Lima, Kalau Bunganya Kembang Enam, Isinya juga Enam..."


Maksudnya:


Orang Melayu di zamanya tidak dapat Menahan dan Menyimpan Rahsia-rahsia penting mengenai Strategi Perjuangan Sulit mereka..


Inilah sebabnya Bangsa Melayu di zamannya Gagal Menentang Penjajah...


Kesimpulannya ;


Jatuhnya Bangsa Melayu itu sendiri diatas Faktor :


-Sikap Tamak Haloba pada kebendaan duniawi


-Tidak Ikhlas dalam perjuangan dan suka pada Imbalan Dunia


-Kezaliman Diri Mereka Sendiri


-Budaya Rasuah (Dapat Ganjaran Wang Emas, Pangkat dan Harta dan Gelaran Dari Penjajah)


-Fitnah dan Hasad Dengki (Budaya iri hati Sesama bangsa Sendiri). Ph.D


-Pengkhianatan (Tikam Belakang, Berebut Jawatan Pembesar)


Kesemuanya itu disebabkan Lemahnya keimanan & Tauhid mereka dalam memperjuangkan Mengorbankan Harta Benda, Nyawa hatta Tanah Air tercinta...


Bukan sahaja di Tanah Melayu sendiri tetapi juga di Era atau Zaman Khulafa Ar-Rasyidin, Umaiyyah, Abbasiyyah hinggalah ke Uthmaniyah juga terkena penyakit yang sama..


Persoalannya Wujudkah lagi " Budaya Talam Dua Muka" oleh Bangsa Melayu Islam di zaman Moden ini 🤷🏻‍♂️❓❓❓


Jawapannya ;


Ya...‼️

Ia masih tetap wujud walaupun mereka sebangsa atau seagama dengan kalian‼️








Tuesday, 27 August 2024

BACA UNTUK DIAMBIL IKTIBAR.

 DOA PAGI INI


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ   الرَّحِيْـــــم 

Ya Allah hindarilah kami daripada dosa dan maksiat serta hindarkan kami daripada segala musibah, wabak penyakit, kesulitannya, kejahatannya serta segala dugaan yang nyata dan yang tersembunyi, khususnya bagi diri kami, keluarga kami, sahabat kami, negeri dan negara kami.  

                                                                               Ya Allah... dengan keberkatan limpahan kurnia-Mu, Berikan lah kemenangan kepada saudara kami di Palestin..,kami memohon kepada-Mu kesembuhan dari penyakit, kesejahteraan dalam agama, dunia dan akhirat, kea'fiatan jasad, kesihatan fikiran, tambahan ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum datang maut, rahmat pada masa datang maut dan ampunan setelah datang maut..

آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِن🤲🤲🖐️


#AllahJagaKita #KitaJagaKita❤️



---------------------------------------------------------------------------------


Perasuah dan penyalah guna kuasa adalah pengkhianat negara


Hanya orang yang ada kuasa boleh melakukan rasuah. Ini adalah kerana tanpa kuasa itu, walaupun sedikit, dia tidak ada nilai di sisi orang yang membayar rasuah.


Di dalam masa yang sama, orang yang berkuasa boleh menyalah gunakan kuasa untuk kepentingan dirinya, keluarganya dan puak-puaknya.


Apa yang jarang diperkatakan malah sering dilupakan ialah mangsa perasuah dan penyalah guna kuasa. Di dalam kes yang melibatkan duit kerajaan, kita semualah di antara mangsanya.


Mari kita ambil kes SRC yang sudah diputuskan oleh mahkamah sehingga ke mahkamah tertinggi negara:


1. Ianya melibatkan dana RM 4 bilion milik KWAP yang melabur untuk membayar pencen penjawat awam

2. Sampai hari ini tidak tahu apa yang didapati dengan pembayaran RM 4 bilion itu

3. Oleh kerana ianya melibatkan jaminan kerajaan, kerajaan persekutuan sudah membayar RM 4 bilion kepada KWAP dari duit kutipan cukai dari kita semua


Dari hujah-hujah di atas, kita semualah yang menanggung kerugian RM 4 bilion dari kes jenayah di atas. Berapa buah sekolah dan hospital yang boleh dibina dengan duit RM 4 bilion?


Semalam KD Pendekar terkandas di perairan Johor. Ianya dilaporkan bocor kerana melanggar sesuatu di bawah air.


Apabila sebuah aset tentera laut tidak boleh digunakan, sebahagian perairan negara terdedah kepada ancaman. Bukankah ini isu keselamatan dan kedaulatan negara?


Apa kena mengena KD Pendekar dengan rasuah dan salah guna kuasa? 


Sekiranya projek Littoral Combat Ship (LCS) disiapkan  mengikut jadual asalnya, tentunya kapal-kapal TLDM itu sudah boleh berkhidmat untuk melindungi perairan dan kedaulatan negara. Jadi risiko KD Pendekar tak boleh beroperasi tidak begitu merisaukan.


Kita semua tahu bahawa projek LCS ini bermasalah disebabkan pelbagai salah laku. Ada laporan audit forensik dan ada laporan dari Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC).


Setakat ini:


1. Bilangan kapal LCS di bawah kontrak ini sudah dikurangkan dari 6 buah kepada 5 buah

2. Kos pembuatan LCS naik dari RM 9.128 bilion kepada RM 11.22 bilion, naik RM 2.092 bilion

3. Belum ada sebuah pun LCS yang siap sedangkan mengikut jadual asal sepatutnya sudah ada yang siap dan beroperasi


Saya tidak tahu apakah lagi bukti-bukti yang diperlukan oleh masyarakat untuk membenci perasuah dan penyalah guna kuasa. Mereka bukanlah manusia-manusia yang mulia. Malah, mereka tidak memperdulikan kita pun. Yang pentingnya mereka, keluarga mereka dan puak-puak mereka jadi kaya raya.


Jika LHDN menganggap pembayar cukai adalah wira negara, tentunya orang-orang yang menyebabkan dana cukai lenyap begitu sahaja adalah pengkhianat negara.


Semoga Allah membuka mata jantunghati kita dan dapat melihat kekejian perasuah dan penyalah guna kuasa.





------------------------------------------------------------------



AKU HANYA ADA  SEBILAH KAPAK


Aku tersangat miskin. Kerjaku menebang kayu untuk dijadikan kayu api, dijual lalu boleh lah hasilnya dalam RM 4.00-5.00.


Jiranku orang kaya, tetapi sudah uzur. Di akhir hayatnya dia mengisytiharkan bahawa siapa yang sanggup di tanam bersamanya di dalam kubur selama 40 hari maka akan di bahagi separuh kekayaannya itu.


Namun tiada seorang pun yang sanggup termasuk lah anak-anaknya serta ahli keluarganya yang lain. Maka tersebarlah berita ini di sekeliling bandar.


Mendengarkan berita itu, isteriku telah mencadangkan supaya aku bersama jiranku di tanam selama 40 hari. Kerana sudah terlalu lama dalam kemiskinan dan hartaku hanya sebilah kapak...


Suatu hari aku telah berjumpa jiranku dan memberi kesanggupanku untuk bersamanya 40 hari di dalam kubur tetapi dengan syarat supaya dibuatkan tempat untukku di sebelahnya. Dengan dibuat lubang udara untuk ku bernafas dan makan minum. Dan isteriku lah yang akan menghantar makan minum melalui lubang itu setiap hari. Dan ku bawa juga sebilah kapak yang sentiasa bersamaku.


Maka bila hari matinya jiranku, maka aku telah dikuburkan bersamanya..


Hari pertama di alam kubur menyeramkan apabila satu Malaikat telah datang padaku.


Aku telah ditanya mengenai kapak yang ada disebelahku..


"Kapak siapakah ini?" Kapak aku.


"Apakah kau beli dengan hasil yang halal?" Ya aku beli dengan titik peluh ku bekerja.


"Apakah lagi hartamu yang ada?" Aku hanya ada sebilah kapak..


"Gunanya apa kapak mu ini?" Memotong kayu api.


"Kapak ini dimana kau beli?" Aku membelinya di suatu pagi di pasar.. 


"Adakah dengan kapak ini kau beroleh rezekimu." Ya. Perantaraan ALLAH asbab dari kapakku..


"Adakah kau pernah bagi pinjam pada siapa-siapa?" Ada. Itulah saja yang aku boleh bagi.


"Dimana kau potong kayu dengan kapakmu ini?" Dihutan.


"Adakah hutan itu dimiliki tuannya?" Ya. Tetapi aku telah meminta izin terlebih dahulu.


"Dengan apa kamu tajamkan mata kapakmu?" Kekadang dengan batu-batu sungai.


"Hulu kapak mu dibuat dengan kayu?" Ya. Kayu yang lebihan dari pohon hutan.


"Adakah kau minta dari tuan punya tanah pohon itu?" Pohon-pohon itu tiada bertuan.


"Kapak ini sentiasa bersama mu setiap masa?" Ya. Setiap masa.


"Kapak ini telah melalaikan kamu dalam ibadatmu?" Tiada. Aku melakukan setiap kerjaku kerana ALLAH..


"Pernahkah kapakmu menyakiti mahkluk lainnya?" Tidak.


"Dengan hasil dari kapakmu. Apa yang kau dapati?" Aku membeli sedikit tepung untuk makanan harianku.


"Pernah tak kau kehilangan kapak ini.?" Tidak. kerana dia sentiasa dipinggangku.


"Adakah kapak ini menyakitimu?" Tidak pernah aku terluka kerananya.


"Hatimu terlalu harap dan bergantung atas kapak ini?" Tidak. Harapku hanya pada ALLAH.


"Pernah kau kira berapa kali kau telah gunakanya?" Cuma ALLAH yang tahu.


"Berapa hasil yang kau dapati dari kapakmu ini?" Sekadar untuk makanan harian ku..


Macam-macam telah ditanya padaku mengenai sebilah kapak ku ini..


Sehingga 40 hari berturut-turut maka di hari terakhir aku di alam kubur, tiba-tiba ku dengar suara-suara diatas kubur sedang mengali tanah untuk mengeluarkan aku..


Apabila sampai di lapisan tanah terakhir, maka aku terus melompat keluar dari kubur sambil berlari dan melaung-laung,


"JANGAN BAGI SETENGAH HARTA ITU KEPADA KU. Jangan. Jangan. Jangan.."


Aku cuma ada sebilah kapak dan itu pun aku di soal selama 40 hari.. Bagaimana keadaannya jiranku yang kaya raya itu...


"ADUH.. Jangan. Jangan. Jangan. Aku tidak mahu. Cukuplah AKU HANYA ADA SEBILAH KAPAK INI.."🎯


Nilaikan diri, apa yg akan kita jawab nanti..🤲🤲🖐️








BACA DENGAN TELITI

 


Sila jangan ketinggalan membaca

👇👇👇👇👇👇👇

Orang tua diejek apabila terlalu banyak bercakap, tetapi doktor melihatnya sebagai satu rahmat: Doktor mengatakan bahawa pesara (warga emas) harus bercakap lebih banyak kerana pada masa ini, tiada cara untuk mengelakkan kehilangan ingatan.  Satu-satunya cara ialah bercakap lebih banyak.  Terdapat sekurang-kurangnya tiga faedah warga emas bercakap lebih banyak.

Jangan DIAMkan diri dan pendam sendiri.

  Pertama: Bercakap mengaktifkan otak, kerana bahasa dan fikiran berkomunikasi antara satu sama lain, terutamanya apabila bercakap dengan cepat.  Ini secara semulajadi mempercepatkan pemikiran dan meningkatkan daya ingatan.  Warga emas bukan lisan lebih berkemungkinan mengalami kehilangan ingatan.


  Dua: Bercakap lebih banyak melegakan tekanan, mencegah penyakit mental, dan mengurangkan tekanan.  Selalunya menyimpan segala-galanya di dalam hati tanpa berkata apa-apa, berasa lemas dan tidak selesa, oleh itu, adalah lebih baik untuk memberi orang dewasa peluang untuk bercakap lebih banyak.


  Tiga: Pertuturan melatih otot muka yang aktif, melatih tekak, meningkatkan kapasiti paru-paru, dan mengurangkan bahaya tersembunyi vertigo dan pekak, yang merosakkan mata dan telinga. 


  Ringkasnya, Sebagai seorang pesara, iaitu warga emas, satu-satunya cara untuk mencegah Alzheimer adalah dengan bercakap dan berinteraksi secara aktif dengan seberapa ramai orang yang anda boleh.  Tiada ubat lain untuk ini.


       (Warga emas adalah baik untuk anda)






Wednesday, 21 August 2024

Kesah Di Celah Celah Masyarakat (KDCCM)

 Pak Mat (Mohamad bin Minhat) 

UTeM,Melaka.


Tuan/Puan pembaca sekelian.

Boleh tak TUAN/PUAN bawak kan satu ISU yang akan saya beritahu ni.


Di kalangan BELIA/REMAJA Malaysia ramai yang tiada kelayakan akademik asas seperti SPM, O Level, A Level atau yang setara dengan nya , disebabkan mereka ponteng Peperiksaan SPM atau sebab sebab lain>.


ISU nya ,,,,akan susah kan mereka dan masyarakat untuk tempatkan mereka dalam pasaran buroh atau mahu mulakan sesuatu untuk mereka.


Soalannya......perlu kah mereka usaha untuk menduduki Peperiksaan asas tersebut atau ada AGENSI kerajaan/swasta yang CATER (uruskan) ISU ini.


Terima kasih Tuan/Puan.

Pak Mat.


p/s: kena ada pihak yang menjalankan KAJIAN/SURVEY bagi mendekati isu ini.




Kesah Nabi Musa AS.

 Di z͟a͟m͟a͟n͟ N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ A͟S͟, a͟d͟a͟ s͟e͟p͟a͟s͟a͟n͟g͟ s͟u͟a͟m͟i͟ i͟s͟t͟er͟i͟ y͟a͟n͟g͟ h͟i͟d͟u͟p͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ p͟e͟n͟u͟h͟ k͟e͟m͟i͟s͟k͟i͟n͟a͟n͟ n͟a͟m͟u͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟n͟g͟h͟a͟d͟a͟p͟i͟n͟y͟a͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ p͟e͟n͟u͟h͟ k͟e͟s͟a͟b͟a͟r͟a͟n͟.


S͟u͟a͟t͟u͟ k͟e͟t͟i͟k͟a͟, t͟a͟t͟k͟a͟l͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ b͟e͟r͟i͟s͟t͟i͟r͟a͟h͟a͟t͟, s͟a͟n͟g͟ i͟s͟t͟r͟i͟ b͟e͟r͟t͟a͟n͟y͟a͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ s͟u͟a͟m͟i͟n͟y͟a͟: 

_"W͟a͟h͟a͟i͟ s͟u͟a͟m͟i͟k͟u͟, b͟u͟k͟a͟n͟k͟a͟h͟ M͟u͟s͟a͟ a͟d͟a͟l͟a͟h͟ s͟e͟o͟r͟a͟n͟g͟ N͟a͟b͟i͟ y͟a͟n͟g͟ b͟i͟s͟a͟ b͟e͟r͟b͟i͟c͟a͟r͟a͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ T͟u͟h͟a͟n͟n͟y͟a͟ (A͟l͟l͟a͟h͟)..?"


L͟a͟l͟u͟ s͟a͟n͟g͟ s͟u͟a͟m͟i͟ m͟e͟n͟j͟a͟w͟a͟b͟ : 

"Y͟a͟, b͟e͟n͟a͟r͟."


S͟a͟n͟g͟ i͟s͟t͟r͟i͟ b͟e͟r͟k͟a͟t͟a͟ l͟a͟g͟i͟: 

_"K͟e͟n͟a͟p͟a͟ k͟i͟t͟a͟ t͟i͟d͟a͟k͟ p͟e͟r͟g͟i͟ s͟a͟j͟a͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟-n͟y͟a͟ u͟n͟t͟u͟k͟ m͟e͟n͟g͟a͟d͟u͟k͟a͟n͟ k͟eadaan k͟i͟t͟a͟ y͟a͟n͟g͟ p͟e͟n͟u͟h͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ k͟e͟m͟i͟s͟k͟i͟n͟a͟n͟ d͟a͟n͟ m͟e͟m͟i͟n͟t͟a͟n͟y͟a͟ a͟g͟a͟r͟ i͟a͟ b͟e͟r͟b͟i͟c͟a͟r͟a͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ R͟a͟b͟b͟-n͟y͟a͟, a͟g͟a͟r͟ D͟i͟a͟ m͟e͟n͟g͟a͟n͟u͟g͟e͟r͟a͟h͟k͟a͟n͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ k͟i͟t͟a͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟ ?"_


A͟k͟h͟i͟r͟n͟y͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟n͟g͟a͟d͟u͟k͟a͟n͟ k͟e͟m͟i͟s͟k͟i͟n͟a͟n͟n͟y͟a͟ i͟t͟u͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ A͟S͟.


L͟a͟l͟u͟ N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ b͟e͟r͟m͟u͟n͟a͟j͟a͟t͟ m͟e͟n͟g͟h͟a͟d͟a͟p͟ A͟l͟l͟a͟h͟ S͟W͟T͟ d͟a͟n͟ m͟e͟n͟y͟a͟m͟p͟a͟i͟k͟a͟n͟ k͟e͟a͟d͟a͟a͟n͟ k͟e͟l͟u͟a͟r͟g͟a͟ t͟e͟r͟s͟e͟b͟u͟t͟.


A͟l͟l͟a͟h͟ S͟W͟T͟ p͟u͟n͟ b͟e͟r͟f͟i͟r͟m͟a͟n͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ M͟u͟s͟a͟: 

"W͟a͟h͟a͟i͟ M͟u͟s͟a͟, k͟a͟t͟a͟k͟a͟n͟l͟a͟h͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟, a͟k͟u͟ a͟k͟a͟n͟ m͟e͟m͟b͟e͟r͟i͟k͟a͟n͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟, t͟e͟t͟a͟p͟i͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟ i͟t͟u͟ a͟k͟u͟ b͟e͟r͟i͟k͟a͟n͟ h͟a͟n͟y͟a͟ s͟a͟t͟u͟ t͟a͟h͟u͟n͟,  d͟a͟n͟ s͟e͟t͟e͟l͟a͟h͟ s͟a͟t͟u͟ t͟a͟h͟u͟n͟, a͟k͟a͟n͟ a͟k͟u͟ k͟e͟m͟b͟a͟l͟i͟k͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟n͟j͟a͟d͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ m͟i͟s͟k͟i͟n͟ semula."


L͟a͟l͟u͟ N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ m͟e͟n͟y͟a͟m͟p͟a͟i͟k͟a͟n͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ b͟a͟h͟w͟a͟s͟a͟n͟y͟a͟ A͟l͟l͟a͟h͟ t͟e͟l͟a͟h͟ M͟e͟n͟g͟a͟b͟u͟l͟k͟a͟n͟ p͟e͟r͟m͟o͟h͟o͟n͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟, d͟e͟n͟g͟a͟n͟ s͟y͟a͟r͟a͟t͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟ i͟t͟u͟ h͟a͟n͟y͟a͟ s͟a͟t͟u͟ t͟a͟h͟u͟n͟ l͟a͟m͟a͟n͟y͟a͟. 


M͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟n͟e͟r͟i͟m͟a͟ k͟a͟b͟a͟r͟ t͟e͟r͟s͟e͟b͟u͟t͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ p͟e͟n͟u͟h͟ k͟e͟b͟a͟h͟a͟g͟i͟a͟a͟n͟ d͟a͟n͟ k͟e͟g͟e͟m͟b͟i͟r͟a͟a͟n͟.


B͟e͟b͟e͟r͟a͟p͟a͟ h͟a͟r͟i͟ k͟e͟m͟u͟d͟i͟a͟n͟ d͟a͟t͟a͟n͟g͟l͟a͟h͟ r͟i͟z͟q͟i͟ y͟a͟n͟g͟ m͟e͟l͟i͟m͟p͟a͟h͟ ruah d͟a͟r͟i͟ j͟a͟l͟a͟n͟ y͟a͟n͟g͟ t͟a͟k͟ d͟i͟k͟e͟t͟a͟h͟u͟i͟ d͟a͟r͟i͟ m͟a͟n͟a͟ datangnyaa.

D͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟p͟u͟n͟ m͟e͟n͟j͟a͟d͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ t͟e͟r͟k͟a͟y͟a͟ p͟a͟d͟a͟ ketika i͟t͟u͟.


K͟e͟a͟d͟a͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ p͟u͟n͟ b͟e͟r͟u͟b͟a͟h͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟ y͟a͟n͟g͟ b͟e͟r͟l͟i͟m͟p͟a͟h͟. 


L͟a͟l͟u͟ s͟a͟n͟g͟ i͟s͟t͟r͟i͟ b͟e͟r͟k͟a͟t͟a͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ s͟u͟a͟m͟i͟n͟y͟a͟: 

"W͟a͟h͟a͟i͟ s͟u͟a͟m͟i͟k͟u͟, s͟e͟l͟a͟m͟a͟ s͟e͟t͟a͟h͟u͟n͟ i͟n͟i͟ k͟i͟t͟a͟ a͟k͟a͟n͟ m͟e͟m͟b͟e͟r͟i͟ m͟a͟k͟a͟n͟ o͟r͟a͟n͟g͟-o͟r͟a͟n͟g͟ m͟i͟s͟k͟i͟n͟ d͟a͟n͟ m͟e͟n͟y͟a͟n͟t͟u͟n͟i͟ a͟n͟a͟k͟-a͟n͟a͟k͟ y͟a͟t͟i͟m͟ sementara k͟i͟t͟a͟ m͟a͟s͟i͟h͟ p͟u͟n͟y͟a͟ k͟e͟s͟e͟m͟p͟a͟t͟a͟n͟, k͟a͟r͟e͟n͟a͟ s͟e͟t͟e͟l͟a͟h͟ s͟e͟t͟a͟h͟u͟n͟ k͟i͟t͟a͟ a͟k͟a͟n͟ k͟e͟m͟b͟a͟l͟i͟ m͟i͟s͟k͟i͟n͟."


S͟a͟n͟g͟ s͟u͟a͟m͟i͟ m͟e͟n͟j͟a͟w͟a͟b͟: "B͟a͟i͟k͟l͟a͟h͟, k͟i͟t͟a͟ a͟k͟a͟n͟ m͟e͟n͟g͟g͟u͟n͟a͟k͟a͟n͟ h͟a͟r͟t͟a͟ i͟n͟i͟ u͟n͟t͟u͟k͟ m͟e͟m͟b͟a͟n͟t͟u͟ o͟r͟a͟n͟g͟-o͟r͟a͟n͟g͟ y͟a͟n͟g͟ m͟e͟m͟erluk͟a͟n͟n͟y͟a͟."


K͟e͟m͟u͟d͟i͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟m͟b͟a͟n͟t͟u͟ o͟r͟a͟n͟g͟-o͟r͟a͟n͟g͟ y͟a͟n͟g͟ m͟e͟m͟erluk͟a͟n͟, d͟a͟n͟ m͟e͟m͟b͟a͟n͟g͟u͟n͟ t͟e͟m͟p͟a͟t͟-t͟e͟m͟p͟a͟t͟ s͟i͟n͟g͟g͟a͟h͟ p͟a͟r͟a͟ M͟u͟s͟a͟f͟i͟r͟, s͟e͟r͟t͟a͟ m͟e͟n͟y͟e͟d͟i͟a͟k͟a͟n͟ m͟a͟k͟a͟n͟ istimewa b͟a͟g͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ y͟a͟n͟g͟ m͟e͟m͟erluk͟a͟n͟.


S͟e͟t͟e͟l͟a͟h͟ s͟a͟t͟u͟ t͟a͟h͟u͟n͟ b͟e͟r͟l͟a͟l͟u͟, m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟a͟s͟i͟h͟ t͟e͟t͟a͟p͟ s͟i͟b͟u͟k͟ m͟e͟n͟y͟e͟d͟i͟a͟k͟a͟n͟ m͟a͟k͟a͟n͟a͟n͟ s͟a͟m͟p͟a͟i͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ l͟u͟p͟a͟ b͟a͟h͟w͟a͟s͟a͟n͟y͟a͟ s͟u͟d͟a͟h͟ s͟e͟t͟a͟h͟u͟n͟ l͟e͟b͟i͟h͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟n͟j͟a͟d͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ k͟a͟y͟a͟ d͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ l͟u͟p͟a͟ b͟a͟h͟w͟a͟ a͟k͟a͟n͟ k͟e͟m͟b͟a͟l͟i͟ m͟e͟n͟j͟a͟d͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ m͟i͟s͟k͟i͟n͟.


N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ p͟u͟n͟ h͟e͟r͟a͟n͟ m͟e͟l͟i͟h͟a͟t͟ k͟e͟a͟d͟a͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ y͟a͟n͟g͟ t͟e͟t͟a͟p͟ k͟a͟y͟a͟.

K͟e͟m͟u͟d͟i͟a͟n͟ N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ b͟e͟r͟t͟a͟n͟y͟a͟ k͟ep͟ad͟a A͟l͟l͟a͟h͟ S͟W͟T͟

"Y͟a͟ R͟a͟b͟b͟, b͟u͟k͟a͟n͟k͟a͟h͟ E͟n͟g͟k͟a͟u͟ b͟e͟r͟j͟a͟n͟j͟i͟ m͟e͟m͟b͟e͟r͟i͟k͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟ h͟a͟n͟y͟a͟ s͟a͟t͟u͟ t͟a͟h͟u͟n͟ s͟a͟j͟a͟, k͟e͟m͟u͟d͟i͟a͟n͟ s͟e͟t͟e͟l͟a͟h͟ i͟t͟u͟ E͟n͟g͟k͟a͟u͟ a͟k͟a͟n͟ k͟e͟m͟b͟a͟l͟i͟k͟a͟n͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ p͟a͟d͟a͟ k͟e͟m͟i͟s͟k͟i͟n͟a͟n͟?"


A͟l͟l͟a͟h͟ S͟W͟T͟ p͟u͟n͟ b͟e͟r͟f͟i͟r͟m͟a͟n͟: 

"W͟a͟h͟a͟i͟ M͟u͟s͟a͟, A͟k͟u͟ t͟e͟l͟a͟h͟ m͟e͟m͟b͟u͟k͟a͟ s͟a͟t͟u͟ p͟i͟n͟t͟u͟ r͟i͟z͟q͟i͟ k͟e͟p͟a͟d͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟, t͟e͟t͟a͟p͟i͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟ m͟e͟m͟b͟u͟k͟a͟ b͟e͟b͟e͟r͟a͟p͟a͟ p͟i͟n͟t͟u͟ r͟i͟z͟k͟i͟ u͟n͟t͟u͟k͟ h͟a͟m͟b͟a͟-h͟a͟m͟b͟a͟ K͟u͟."


"W͟a͟h͟a͟i͟ M͟u͟s͟a͟, m͟a͟k͟a͟ A͟k͟u͟ t͟i͟t͟i͟p͟k͟a͟n͟ l͟e͟b͟i͟h͟ l͟a͟m͟a͟ k͟e͟k͟a͟y͟a͟a͟n͟ i͟t͟u͟ p͟a͟d͟a͟ m͟e͟r͟e͟k͟a͟."


W͟a͟h͟a͟i͟ M͟u͟s͟a͟, A͟k͟u͟ s͟a͟n͟g͟a͟t͟ m͟a͟l͟u͟ j͟i͟k͟a͟l͟a͟u͟ a͟d͟a͟ h͟a͟m͟b͟a͟-K͟u͟ y͟a͟n͟g͟ l͟e͟b͟i͟h͟ m͟u͟l͟i͟a͟ d͟a͟n͟ l͟e͟b͟i͟h͟ p͟e͟m͟u͟r͟a͟h͟ d͟a͟r͟i͟p͟a͟d͟a͟ A͟k͟u͟.

N͟a͟b͟i͟ M͟u͟s͟a͟ m͟e͟n͟j͟a͟w͟a͟b͟: 


سبحانك اللهم ماأعظم شأنك وأرفع مكانك


"M͟a͟h͟a͟ S͟u͟c͟i͟ E͟n͟g͟k͟a͟u͟ Y͟a͟ A͟l͟l͟a͟h͟, b͟e͟t͟a͟p͟a͟ M͟a͟h͟a͟ M͟u͟l͟i͟a͟ u͟r͟u͟s͟a͟n͟-M͟u͟ d͟a͟n͟ M͟a͟h͟a͟ T͟i͟n͟g͟g͟i͟ k͟e͟d͟u͟d͟u͟k͟a͟n͟-M͟u͟."


WALAHUAKLAM


HIDUP BUKANLAH BAGAIMANA MENJADI YG TERBAIK TETAPI BAGAIMANA KITA  BANYAK BERBUAT BAIK

SUBHANALLAH  SEMOGA BERMANFAAT

 Aaminnn Aaminnn  Ya Robbal  'Alaminnn....


SubhanALlah


Boleh di ulang ulang baca biar lebih bermanfaat buat orangramai, kalau nak di simpan sendiri juga tak apa tapi rugi serugi ruginya

Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)


SHARE = DAKWAH = PAHALA❤️


SEMOGA BERMANFAAT🤲🤲🖐️








DOA dahulu sebelum permulaan minggu.

 وَعَلَيْكُمُ السَّلَامُ وَرَحْمَةُللّهِ وَبَرَكَاتُهُ.

اَلْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل مُحَمَّدٍ. 


Semoga ALLAH ﷻ ampunkan segala dosa2 kita dan Ahli2 keluarga kita & dosa2 Ibubapa kita dan limpahkan Rahmat, Taufiq, Hidayah, Berkat serta Redha-Nya kpd kita semua.


آمين يا الله يا الرحمن يا الرحيم,




-------------------------------------------------------------------------------------------

Prof Madya Dr.Ahmad Isa Al-Ma'sharawi حفظه الله :_

"Ketika mana kita mengirim nasihat antara kita, bukanlah bermakna sesungguhnya kita berada di kemuncak fahaman agama atau lengkap dan sempurna,

malah, ia nya adalah mesej yang kita tujukan untuk diri kita sendiri, mudah-mudahan kita  ada peningkatan serta bermujahadah dengan hawa nafsu.

Sejauhmana tinggi nya pencapaian ilmu serta kefahaman beragama, maka kita memerlukan kepada peringatan dan pesanan di antara kita, agar kita termasuk kalangan yang ALLAH Kecualikan mereka, ketika Firman NYA dalam Surah Al-'Asri:

Kecualilah mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".🤲🤲🖐️






--------------------------------------------------------------------------------


After checking my heart & pulse, The doctor smiled and said:  Go sit and enjoy with your classmates and old friends, They are the cure for all your ailments and worries...  Stay in touch with your friends... Because they are such healers, Who can cure you with their sweet and abusive talks..  They don't make you feel your age, These classmates and old friends... They never let you get old and are always by your side to walk...  Children will ask for WILL, Relatives will ask for BILL, Only your classmates and old friends, Under whatever circumstances, Will ask you to "JUST Chill" 





Monday, 19 August 2024

DATA Menipulasi

 🙄😳😈😜 A man calls Pizza hut to order a pizza...

CALLER:  Is this Pizza Hut?


G_ _GLE:    No sir, it is G_ _gle Pizza.

 

CALLER:  I must have dialed a wrong number, sorry.

 

G_ _GLE:  No sir, G_ _gle bought Pizza Hut last month.

 

CALLER:  OK. I would like to order a pizza.

 

G_ _GLE:  Do you want your usual, sir?

 

CALLER:  My usual? You know me?

 

G_ _GLE:  According to our caller ID data sheet, the last 12 times you called you ordered an extra-large pizza with three cheeses, sausage, pepperoni, mushrooms and meatballs on a thick crust.

 

CALLER:  Super! That is what I will have.

 

G _ _GLE:  May I suggest that this time you order a pizza with ricotta, arugula, sun-dried tomatoes and olives on a whole wheat gluten-free thin crust?

 

CALLER:  What? I do not want a vegetarian pizza!

 

G_ _GLE:  Your cholesterol is not good, sir.

 

CALLER:  How the hell do you know that?

 

G_ _GLE:  Well, we cross-referenced your home phone number with your medical records. We have the result of your blood tests for the last 7 years.

 

CALLER:  Okay, but I do not want your rotten vegetarian pizza!  I already take medication for my cholesterol.

 

G_ _GLE: Excuse me sir, but you have not taken your medication regularly.  According to our database, you purchased only a box of 30 cholesterol tablets once at L- -yds Pharmacy, 4 months ago.

 

CALLER:  I bought more from another Pharmacy.

 

G_ _GLE:  That does not show on your credit card statement.

 

CALLER: I paid in cash.

 

G_ _GLE:  But you did not withdraw enough cash according to your bank statement.

 

CALLER:  I have other sources of cash.

 

G_ _GLE:  That does not show on your latest tax returns unless you bought them using an undeclared income source, which is against the law!

 

CALLER:    WHAT THE HELL!

 

G_ _GLE:  I am sorry sir, we use such information only with the sole intention of helping you.

 

CALLER:  Enough already!  I am sick to death of G_ _gle, F_ _ _book, T_ _tter, W_ _tsApp and all the others.  I am going to an island without the internet, TV, where there is no phone service and no one to watch me or spy on me.

 

G_ _GLE:  I understand sir, but you need to renew your passport first. It expired 6 weeks ago...😜😜😜😜😜😜