Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada hari itu(Jumaat) terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, Allah SWT akan memakbulkan doanya atau dia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, Allah melindunginya daripada kejahatan.” (H.R TIrmizi).
A. Waktu Dari Imam Mulai Duduk Sehingga Selesai Solat Jumaat
Dari Abu Burdah bin Abu Musa Al-Asyari r.a, dia bercerita bahawa Abdullah bin Umar r.a berkata padanya, “Adakah engkau telah mendengar ayahmu menyampaikan hadis dari Rasulullah mengenai waktu mustajab doa pada hari Jumaat?” Lalu Abu Burdah menjawab, “Ya! Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
هِيَ مَا بَيْنَ أَنْ يَجْلِسَ الْإِمَامُ إِلَى أَنْ تُقْضَى الصَّلَاةُ
“Waktu itu berlaku di antara duduknya imam sampai selesainya solat.” (H.R Muslim)
“Waktu itu berlaku di antara duduknya imam sampai selesainya solat.” (H.R Muslim)
B. Waktu Di Antara Dua Khutbah Jumaat
Sesetengah ulama berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w sedang menerangkan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda:
إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ
“Sesungguhnya padanya (hari Jumaat) terdapat suatu ketika yang tidak ditemui oleh seseorang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan.” (H.R Bukhari dan Muslim).

C. Waktu Terakhir Selepas Asar
Dari Jabir bin Abdillah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda;
يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ.
“Hari Jumaat (Siang) terdiri dari 12 waktu, di dalamnya terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim pada ketika itu memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh kerana itu, carilah masa tersebut pada waktu akhir setelah Asar.” (H. R An-Nasai dan Abu Daud).

Semoga bermanfaat.
Jom sedekah online, scan je, mudah, cashless, pantas!
No comments:
Post a Comment