Sunday, 29 December 2019

GALAKAN MEMBERI HADIAH

GALAKAN MEMBERI HADIAH

Daripada Aisyah R.Anha berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَيُثِيبُ عَلَيْهَا

Maksudnya:

“Nabi SAW menerima hadiah dan memberi balasan ke atasnya sebagai ganti.”

PEDOMAN DAN IKTIBAR HADIS

  1. Sifat Nabi SAW menerima hadiah. Ia boleh mendekatkan hubungan dan pertautkan mahabbah hati antara pemberi dan penerima.
  2. Rasulullah SAW menerima hadiah dan cuba membalas dengan sebaik mungkin setiap pemberian yang diberikan kepadanya.
  3. Ibn Qudamah berkata: apabila suatu pemberian diberi kepadanya tanpa diminta, dia hendaklah melihat pemberian tersebut dari tiga keadaan.
     
    Keadaan Barang Pemberian


  1. Barang tersebut mestilah bebas daripada keraguan. Sekiranya ada keraguan dia tidak boleh menerimanya.

            Tujuan Pemberi

                        Bertujuan untuk memupuk perasaan kasih sayang tidak menjadi kesalahan.

 

Bertujuan inginkan pahala, pemberian itu adalah zakat atau sedekah. Penerima hendaklah melihat keadaan dirinya, sama ada layak menerima atau tidak. Jika ia sedekah penerima handaklah merenung kepada batinnya. Jika dia ada melakukan maksiat secara rahsia tanpa pengetahuan pemberi maka penerima tidak digalakkan menerima hadiah tersebut.

 

Bertujuan untuk menjadi terkenal dan riak, penerima hendaklah mengembalikan semula pemberian tersebut.

 

            Sebab Dia Menerima

Penerima hendaklah melihat adakah dia memang memerlukan atau sebaliknya? Sekiranya dia tidak memerlukannya, maka dia tidak perlu mengambilnya. Jika sekiranya dia memerlukannya dan pemberian tersebut bebas daripada syubhah serta halangan yang dinyatakan, maka lebih baik dia menerimanya.

 

MUTIARA HIKMAH

“ Sebungkus hadiah yang kecil amat besar ertinya apabila diberikan tepat pada waktunya. Oleh itu, saling berhadiahlah kalian agar kalian akan saling mencintai.” Wallahu a’lam.

 

                       SUMBER RUJUKAN: PERMATA BUAT ORANG YANG BERIMAN, JILID 2 KARANGAN DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
 






 

No comments:

Post a Comment