Thursday, 5 December 2019

RAHMAT ALLAH

 

Daripada Abi Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:

‘ Tatkala Allah SWT mencipta segala makluk-Nya, ditulis pada kitab-Nya maka dia di sisi-Nya atas Arasy: Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku.’

 

PEDOMAN DAN IKTIBAR HADIS

  1. Beriman dengan qada’ dan qadar. Firman Allah
     وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ١٣٢
    Maksudnya : dan taatlah kami kepada Allah dan Rasul-Nya supaya kamu di beri rahmat.
     
  2. Islam adalah agama rahmat, iaitu membawa rahmat kepada mereka yang menganutinya kerana ia membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
     
  3. Kesan tersebarnya sifat rahmat di kalangan orang Islam akan melahirkan masyarakat yang bersatu, tolong menolong serta berkasih sayang sesame mereka.
     
     
  4. Rahmat Allah menjadi penyelamat hakiki setiap insan di alam akhirat.

 

MUTIARA KATA

Imam muslim mewasiatkan : seorang yang soleh akan bertambah takwanya apabila menghadapi kesulitan hidup. Hatinya akan bertambah dekat dengan Allah SWT serta bertambah taat dan meningkatkan amal ibaahnya. Oleh itu, jadikan amal soleh sebagai pembela.


                SUMBER RUJUKAN: PERMATA BUAT ORANG YANG BERIMAN, JILID 2 KARANGAN DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
 




 

No comments:

Post a Comment