Thursday, 28 January 2021

Online delivery Covid19

 HATI-HATI NAIK GRAB DI KUALA LUMPUR !


Kejadian ini berlaku pada hari Khamis malam Jumaat yang lalu, demi melindungi mangsa kita sebut saja namanya Lina.


Sebab ada pekerjaan yang harus diselesaikan, malam tu Lina bekerja sampai larut malam di office di depan Masjid India.


Kira-kira jam 11:00 malam, Lina memesan #GRAB untuk menghantarnya pulang ke rumah sewanya.


“Cheras ya bang..” ujar Lina.


Pemandu GRAB itu hanya menggangguk & langsung meneruskan perjalanan.


Selama perjalanan tidak terjadi percakapan antara Lina & pemandu GRAB.


Mungkin Lina merasa letih kerana bekerja sampai larut malam.


Pemandu GRAB juga tidak berniat untuk berkomunikasi.


Sekitar 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Lina teringat bahawa dirinya tak cukup duit untuk bayar tambang.


Di dompetnya cuma ada sekitar RM8.00 sahaja & Lina cemas takut tidak cukup.


Lina lalu menepuk belakang pemandu GRAB dengan maksud berhenti dulu di kawasan pam minyak berdekatan untuk mengeluarkan duit di mesin ATM.


Tetapi setelah belakangnya ditepuk, tiba-tiba pemandu GRAB itu secara melulu & memutarkan stering ke kanan ke kiri sambil berteriak histeria..!


Sampai akhirnya GRAB itu melanggar pembahagi jalan & pokok mangga..


Untung Lina & pemandu GRAB tidak mengalami cedera parah.


Pemandu GRAB itu kemudian menoleh & bercakap dengan Lina:


“Maaf saudari.. saudari tidak apa-apa kan? Saudari tepuk belakang saya tadi.. terkejut saya setengah mati..!!”


“Laaa, tepuk belakang bahu pun tak boleh?” jawab Lina kehairanan..


“Masalahnya ini hari pertama saya jadi pemandu GRAB..”


“Sebelum ni encik kerja apa ?” tanya Lina turut terkejut..


"Saya 20 tahun kerja jadi pemandu Van Jenazah cik " jawabnya..


"Tu yang terkejut tu , saya ingat jenazah bangun tepuk belakang saya "


Sekian.


πŸ’šπŸ’šπŸ️🏍️πŸ’šπŸ’š





No comments:

Post a Comment