Sunday, 3 January 2021

Buaya Tembaga

 *MURID*: Cikgu. Boleh saya tanya soalan

*CIKGU*: Tanyalah.πŸ™„

*MURID*: Macamana nak simpan gajah dalam almari.

*CIKGU*: Tak tahu.

*MURID*: Senang ja. Buka pintu almari, masukkan gajah.

*CIKGU*:πŸ˜‡

*MURID*: Nak tanya lagi cikgu.

*CIKGU*: Hmmm... Tanya lah

*MURID*: Mcmana nak simpan kerbau dalam almari.

*CIKGU*: Oh senang ja. Buka pintu almari, masukkan kerbau.πŸ˜€

*MURID*: Salah... Kena keluarkan gajah tu dulu... 

*CIKGU*: Awak main2 ya? 😳

*MURID*: Tak adalah.


*MURID*: Cikgu. Kalau harimau buat birthday party, semua binatang pergi, last sekali siapa yg tinggal.

*CIKGU*: Tinggal harimau lah, sebab dia makan habis semua binatang2 tu.

*MURID*: Salah. Kerbau, sebab dia masih lagi dalam almari.

*CIKGU*: Ishh... Kamu ni...😀


*MURID*: Soalan lagi cikgu.

*CIKGU*: Ok.

*MURID*: Mcmana cara nak berenang kat sungai yg banyak buaya.

*CIKGU*: Tak ada cara. Saya kena guna bot.

*MURID*: Salah..! Berenang je lah... 

*CIKGU*: Kamu nak mati kena makan dgn buaya kah? 😳

*MURID*: Tak mati lah. Kan semua binatang pergi birthday party harimau.

*CIKGU*: πŸ˜‘πŸ‘ƒ πŸ’¨πŸ’¨


*MURID*: Cikgu2, soalan paling last, ya...

*CIKGU*: Baiklah... apa?

*MURID*: Kenapa bila naik bas ada tempat duduk basah?

*CIKGU*: Ada orang tumpahkan air.

*MURID*: Salah. Sebab..tadi kan berenang kt sungai..

*CIKGU*: @#$&^*πŸ‘Š✊πŸ’©πŸ˜ΎπŸ˜€


Untuk hilangkan stress bri

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

#sayacopy

Liburan tuk yg tak ngantok lagi🀣🀣🀣🀣

----------@$@----------$$$$$------@@@@-

.

Ini lah jawapan Fatris Bakaram (bekas Mufti Singapura) apabila ada orang ajukan pertanyaan;


*'Takut Allah atau takut virus?'*


Dia menjawab;


Manusia perlu takut kepada Allah, dan di antara bukti takut kepada Allah adalah mematuhi segala perintahNya.


Di antara perintahNya adalah;


1. Mensyukuri nikmat nyawa, tubuh badan dan kesihatan;


2. Memelihara kesihatan, nyawa dan hal mudarat;


3. Taat kepada perintahNya dan ajaran Rasul, yakni menyuruh kita untuk mengelak dari wabak;


Maka, jika benar takut Allah  semua langkah untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan perlu diambil.


Dia turut memberi nasihat;


Takut kepada Allah memerlukan kewarasan akal, bukan dengan membutakan mata hati atau membekukan otak yang dikurniakan tuhan.


*Ada yang berkata begini, “Kenapa nak takut, Virus itu juga makhluk Tuhan?”*


Beginilah :-


Pergilah berenang di sungai penuh buaya, redha kerana buaya juga makhluk Tuhan;


Pergi ke lautan penuh dengan jerung, redha kerana jerung juga makhluk Tuhan;


Pergi masuk hutan penuh dengan ular, redha kerana ular ialah makhluk Tuhan;


Pergi lah ke zoo, masuk kandang singa, jangan takut dan redha, singa juga makhluk Tuhan.


Firman Allah (bermaksud):


*”Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”  (Surah Al-Baqarah, ayat 195).*


Firman-Nya juga (bermaksud):


*”Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).*


Dalam erti kata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam. 


Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri. Nabi SAW ketika berbicara tentang Taun menyebut (bermaksud):


*”Jika kamu mendengar Taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).*


Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak Taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini. .Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).


Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi SAW:


*”Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).*


Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafie), kebanyakan Salaf dan keseluruhan Khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya. Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”.


Semoga ada manfaat buat kita semua. Aamiinnn




No comments:

Post a Comment