Monday, 18 January 2021

Covid Oh Covid

 ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ค


Semalam 3000+, tak lama lagi dijangkakan 8000+ kes sehari.... 


Hospitals' capacity di red zones are stretched to max limits.

We are overwhelmed.

Situasi minggu ini sangat kritikal berbanding minggu lepas atau 2 minggu lepas.


Currently, ramai patient yg positive tak dapat dimasukkan ke hospital/pusat rawatan - which means they are quarantined at home.

Ada yg deteriorate (menjadi teruk); ada yg dibawa jenazah ke hospital (menjadi teruk & meninggal di rumah).


Kalau antara kita ada dijangkiti covid (naudzubillah);  most likely tak akan dimasukkan ke hospital. 


Justeru itu: 


1) Jangan ziarah menziarahi buat masa ini sehingga keadaan reda. Saya faham authorities tak hadkan travelling/kebanyakan aktiviti etc tapi bukan bermakna kita tidak boleh menilai risiko yg ada.


2) Bab solat berjemaah di masjid/surau- sekiranya bukan disebabkan bertugas di masjid/surau - saya mohon dgn niat di hati adalah utk menghalang mudharat yg lagi besar - utk anda tidak pergi buat masa ni.

Sekiranya ada yg masih ingin pergi, berwudhu di rumah & keringkan muka sebelum pakai mask, guna sejadah sendiri dan tlg pastikan pakai face mask at all times walaupun ketika sedang solat & tinggalkan masjid/surau sejurus selepas solat.


3) Jangan makan di restoran/di luar. 


Kebanyakan restoran bersifat "indoor" - walaupun ada jarak di antara meja tapi orang akan buka mask & bercakap ketika makan - risiko tinggi terjadinya penyebaran wap air. Sebuah risiko yang "not worth it".


4) Jika perlu keluar, pakai mask & face shield/protective goggles

Beli face shield - boleh diguna semula lepas spray alcohol sanitiser on it/ basuh dgn sabun & air dan keringkan.

Kombinasi face shield + mask akan turunkan risiko.


Mata yg terdedah akan senang dijangkiti airborne droplets.


5) Di tempat kerja: 


๐ŸšจJGN makan bersama orang lain.

Jika pantry/ruang makan di tpt kerja ada org lain - pergi cari sudut yg terasing/bilik lain utk makan.


Makan bersama adalah satu faktor utama penyebaran covid19.


๐ŸšจJGN solat di ruang yg sempit dan ada org lain. Cari bilik/ruang utk solat sendirian. Gunakan sejadah & telekung sendiri. Pakai mask ketika solat. Lepas berwudhu' -lap muka & terus pakai mask sebelum keluar dari tempat berwudhu'.


๐ŸšจKalau boleh di dlm ruang kerja (business/office/factory etc) - pakai mask + face shield.


6) Kalau ada appointment di hospital/klinik dlm masa sebulan dua ni -  better tangguhkan & mohon tarikh baru - boleh mohon ambil ubat sahaja di hospital/klinik.


7) Sekiranya anda baru pulang dari berjalan "interstate travel" / family gathering/majlis yg terdapat kehadiran ramai orang; sila asingkan "self isolate" diri anda selama 10 hari.


10 hari ialah jangka masa sekiranya ada jangkitan covid - dlm jangka masa itu, sekiranya anda dijangkiti covid (walaupun anda tidak mempunyai simptom) - anda akan menjangkiti org lain. Apabila habis tempoh 10 hari - potensi anda menjangkiti orang lain adalah sangat sangat rendah.


8) Banyakkan berdoa utk perlindungan diri, keluarga & org tersayang. Amalkan doa-doa sahih dgn penuh keyakinan.


9) TOLONG jangan percaya atau sebarkan segala BERITA PALSU mengenai covid - especially about conspiracy theories (nope, HCW tak dapat sesen pun extra dgn ramainya pesakit covid), tentang vaccine, about rawatan natural/segala remedies yg claim akan rawat covid etc etc

Dapatkan maklumat sahih dari sumber yg sahih eg WHO/KKM


10) Mohon tangguhkan perjumpaan sosial - we let our guards down when we meet friends/loved ones.

Kebanyakan kes bukan dapat dari pergi ke kedai beli barangan rumah/jogging berseorangan/

kebanyakan kes dapat dari ahli keluarga/kawan/rakan sekerja/partners/orang yg biasa dijumpai


11) Sekiranya perlu ada any form of work/business meetings - try to have it virtually.


Covid is not as simple as a flu.

Kes covid yg teruk - sangat teruk.

Kes covid yg mild atau asymptomatic pula - tak semestinya pulih sepenuhnya-ramai yg selepas covid develop post-covid syndrome/complications yang affect pelbagai organ.


Mohon maaf kalau apa yg ditulis menyinggung/menggusarkan but this is reality.

I truly fear for us.

Semoga Allah melindungi kita semua.

‎ู„ุง ุงู„ู‡ ุงู„ุง ุงู†ุช ุณุจุญู†ูƒ ุงู†ูŠ  ูƒู†ุช ู…ู† ุงู„ุธู„ู…ูŠู†


C&P




No comments:

Post a Comment