Sunday, 29 December 2019

Amanah Dalam Bekerja



Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat.
Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Bermula daripada bangun tidur hingga kepada tidur semula telah dijelaskan oleh syariat Islam. Begitu juga daripada perseorangan dan individu hingga kepada mentadbir urusan negara dibincangkan oleh agama Islam.
Isu bekerja adalah antara ikhtiar manusia meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna berbanding dengan makhluk-makhlukNya. Konsep serta nilai murni pekerjaan juga amat dititiberatkan oleh oleh Islam

GALAKKAN BEKERJA DAN BERUSAHA

Galakan untuk berusaha dalam mencari sumber rezeki yang halal juga dapat dilihat berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ طلَبَ الدُّنْيَا حلاَلاً اِسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ وَسَعْيًا عَلَى اَهْلهِ وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ بَعَثَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ. وَمَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلاَلاً مُكَاثِرًا مُفَاخِرًا مُرَائِيًا لَقِىَ اللهَ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانٌ
Maksudnya: “Siapa yang mencari dunia yang halal untuk menjauhkan diri dari berminta-minta, dan usaha untuk keluarganya dan untuk baik dengan tetangganya, akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat dengan mukanya bagaikan bulan purnama, dan siapa yang mencari dunia halal untuk memperbanyak, berbangga dan sombong, akan bertemu dengan Allah pada hari kiamat sedang Allah murka padanya.”
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890), Ahmad (2/436), Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (7/16) dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465).
Antara iktibar yang dapat diambil daripada hadis di atas ialah:
  • Hadis ini menunjukkan bahawa bekerja merupakan perkara yang dituntut. Ini menunjukkan kita perlu berusaha dalam meneruskan kesinambungan hidup.
  • Dengan modal insan, pekerja dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kreatif, inovatif dan bermutu. Ini kerana dengan tahap disiplin yang tinggi sudah tentu dapat menghasilkan natijah dan perkhidmatan yang cemerlang. Islam menentang keras budaya malas, ponteng kerja dan juga sikap acuh tak acuh atau sambil lewa dalam melaksanakan sebarang tugas yang diamanahkan. Ini kerana, dengan sikap seperti itu kegagalan dan juga kemunduran sudah pasti bertapak dalam kehidupan mereka, bahkan memberi kesan kepada negara untuk mencapai wawasan yang gemilang.
Justeru, beberapa langkah seperti memotivasikan pekerja, melihat contoh dan teladan pekerja yang berjaya di samping semangat dan ruh ‘pekerjaan sebagai satu ibadat’ hendaklah dijadikan motto atau misi oleh pekerja.
Kami nukilkan di sini dua kenyataan pujangga yang menyebut:
  • “Carilah rezeki yang halal, dan jauhi rezeki yang haram. Hindarkan dirimu untuk mengemis kepada yang lain. Berdagang itu lebih baik daripada menjadi pegawai. Gunakan duitmu untuk berdagang, dan hiduplah dengan sederhana.”
  • “Jika anda menikmati kerja-kerja yang produktif, maka saraf anda akan mengendur, jiwa anda akan tenang dan lautan ketenangan akan menenggelamkan anda.”
sumber : Mufti Wilayah Persekutuan




GALAKAN MEMBERI HADIAH

GALAKAN MEMBERI HADIAH

Daripada Aisyah R.Anha berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَيُثِيبُ عَلَيْهَا

Maksudnya:

“Nabi SAW menerima hadiah dan memberi balasan ke atasnya sebagai ganti.”

PEDOMAN DAN IKTIBAR HADIS

  1. Sifat Nabi SAW menerima hadiah. Ia boleh mendekatkan hubungan dan pertautkan mahabbah hati antara pemberi dan penerima.
  2. Rasulullah SAW menerima hadiah dan cuba membalas dengan sebaik mungkin setiap pemberian yang diberikan kepadanya.
  3. Ibn Qudamah berkata: apabila suatu pemberian diberi kepadanya tanpa diminta, dia hendaklah melihat pemberian tersebut dari tiga keadaan.
     
    Keadaan Barang Pemberian


  1. Barang tersebut mestilah bebas daripada keraguan. Sekiranya ada keraguan dia tidak boleh menerimanya.

            Tujuan Pemberi

                        Bertujuan untuk memupuk perasaan kasih sayang tidak menjadi kesalahan.

 

Bertujuan inginkan pahala, pemberian itu adalah zakat atau sedekah. Penerima hendaklah melihat keadaan dirinya, sama ada layak menerima atau tidak. Jika ia sedekah penerima handaklah merenung kepada batinnya. Jika dia ada melakukan maksiat secara rahsia tanpa pengetahuan pemberi maka penerima tidak digalakkan menerima hadiah tersebut.

 

Bertujuan untuk menjadi terkenal dan riak, penerima hendaklah mengembalikan semula pemberian tersebut.

 

            Sebab Dia Menerima

Penerima hendaklah melihat adakah dia memang memerlukan atau sebaliknya? Sekiranya dia tidak memerlukannya, maka dia tidak perlu mengambilnya. Jika sekiranya dia memerlukannya dan pemberian tersebut bebas daripada syubhah serta halangan yang dinyatakan, maka lebih baik dia menerimanya.

 

MUTIARA HIKMAH

“ Sebungkus hadiah yang kecil amat besar ertinya apabila diberikan tepat pada waktunya. Oleh itu, saling berhadiahlah kalian agar kalian akan saling mencintai.” Wallahu a’lam.

 

                       SUMBER RUJUKAN: PERMATA BUAT ORANG YANG BERIMAN, JILID 2 KARANGAN DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
 






 

Wednesday, 25 December 2019

Satu masa dahulu

*Satu kisah berlaku di zaman Syeikh Abdul Qadir al-Jailani ... ada seorang yang busuk hati nya ingin memfitnah Syeikh Abdul Qadir ... lalu ia mencari jalan untuk memfitnahnya ... maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syeikh Abdul Qadir dan mengintipnya .... kebetulan ketika ia mengintip Syeikh Abdul Qadir ... ia melihat Syeikh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya ... Syeikh Abdul Qadir suka makan ayam ... dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain ... ia akan makan separuh sahaja. Lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya ... maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syeikh Abdul Qadir tadi ...*

*Pakcik ada anak namanya ini???..*

*Jawapan si bapa: ya ada ...*

*Anak pak cik belajar dengan Syeikh Abdul Qadir???..*

*Jawab si bapa: ya.*

*Pakcik tahu, anak pakcik  dilakukan oleh Syeikh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja ...*

*Syeikh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..*

*Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syeikh Abdul Qadir ... wahai tuan syeikh, saya menghantar anak saya kepada tuan syeikh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing ... saya hantar kepada tuan syeikh, supaya anak saya jadi alim ulama' ...*

*Syeikh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja ... kalau begitu ambillah anakmu ... maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang ... ketika keluar dari rumah syeikh menuju jalan pulang ... bapa tadi tanya pada anaknya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam ... ternyata kesemua soalannya dijawab dengan betul ... maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syeikh Abdul Qadir .... wahai tuan syeikh, terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula ... tuan didik lah anak saya ... ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan bukan juga diperlakukan seperti kucing ... ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu ... maka jawab tuan Syeikh Abdul Qadir ... bukan aku tidak mahu menerimanya kembali ... tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU.... ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu ... disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU ... maka anak yang menjadi mangsa ... begitulah ADAB dalam menutut ilmu... anak, mak, ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru.... betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita.... kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru..*

*Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab, memaki dan mengaibkan gurunya ... kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu ... maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu...semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita... Aamiin.*

Satu keluarga kena baca. Bapa, ibu, abg kakak adik dan diri kita sendiri..
Baca dan pikir2kanlah..

Utk perkongsian semua..
Jgn kita jdi manusia *tidak beradab*






Monday, 23 December 2019

Ada ada sahaja lah

Tengah jemur kain jiran datang tegur,
'jemur kain ke?'
Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak",
 soalan mesra dijawab dengan sindiran.

Allah bertanya,  "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu?
Jawab Musa , "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing2ku".

Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tau tetapi Allah tetap bertanya.

Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain,
tiba2 datang seorang kawan kita bertanya
"buat apa tu?"
Kita pun menjawab " Tengah masak !"

Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau tapi dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. " -TG Haron Din-

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1.
Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.
Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu,
kemudian kita betukar-tukar ilmu itu,
masing-masing akan ada 2 ilmu".

Aku tanya dia kenapa kamu sentiasa suka minum air di masjid/surau padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jawab, " supaya org yg letak air di masjid/surau ni diberi ganjaran oleh Allah.."

Bilamana sampai kpd kamu gosip2 tentang seseorang, maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu shj.
Dan jika berita tu berhenti setakat kamu shj, bermakna kamu telah dpt pahala tutup aib org. Barangasiapa yg tutup aib mana2 muslim,
" Allah akan tutup juga aib dia.."

3 doa yg wajar kamu ingat utk dibaca semasa sujud2 kamu :-

1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik. Iaitu dalam khusnul Khotimah.

2. Ya Allah, kurnialah kepada ku taubat nasuha sebelum aku mati.

3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkan sahaja tu pun dah dikira sebagai kebaikan.

Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Peringatan :- " Buatlah baik walau sekecil kecilnya. ''

#share







Baca Perlahan-lahan.

*Koho-Koho Nok Balik Doh Kite Ning*

Lama doh
Mari doktong
Pah malang tumbah
Mari kecap
Hok pahit leppang
Hok masang rebbang
Hok tawor heber
Hok masing pekkok
Hok manih leteng
Nyer kammir belaka
Jadi pedomang dang pengajorang

Lama doh
Mari newwor
Pakat kutip bekal
Ada hok wat alik bekal
se supik rok rak
Ada hok se jabir
Ada hok segalah kussang
Ada hok se gudang
Ibaraknya gittulah
Ada hok banyok
Ada hok siket
Ada hok dok wat alik satusal
Mitok jauhlah kita

Lama doh
Duk dalang bermaing
Duk dalang berhibur
Ralik dengang dunia
Duk kejor ke pitih ke kuasa
Nyakit wahan dang hubbun dunia
Ger kattu duk kennang ke sinor lapu
Bahang lagho

Koho-koho nok balik doh kita ning
Mata koho dok napok
Gigi koho luok
Kaki koho ruyung
Rambut koho mutih koho botok
Reng koho tak dop
Koho sari koho dok rok

Koho-koho nok balik doh kita ning
Buleh jadi tahung depang
Muking bulang depang
Bakali jugop minggu depang
Kena molek kekgi doh
Dok derah sesaat
Dok lambak sesaat

Koho-koho nok balik doh kita ning
Dok tunggu kita racang
Dok nati kita stengbai
Belang-belang dok seke
Belang-belang dok sedor
Tengoh-tengoh ralik

Koho-koho nok balik doh kita ning
Dokkang pah ceroh nok duk sinning
hok Tuhang belake kang
Yer bui pinjang je
Sapa masa
Yer ambik balik ah hok Yer

Koho-koho nok balik doh kita ning
Semoga balik dalang keadaang comey lotey
Bawok bekal banyok ke negeri abadi
Dang tobak sebelung abih umur
Gi dalang keadaang husnul khatimah
Ngadap Tuhang
Rabbul jalil.

Amin ya rabbal a’lamin

Bekok Cobbong
25 Rabi’ulakhir 1441 Hijrah
22 Disember 2019






Tuesday, 17 December 2019

Kisah Rumahtangga Rumah ku Syurga ku

*Pernah Duit Tinggal RM10 Sahaja Sehari Sebelum Gaji Masuk? Inilah Puncanya...*

"Awak kan dah kerja, awak bayarlah...." atau "Duit awak pun sama je, nanti saya bayar kemudian. Guna je dulu..." Sampai masa buat senyap!

Ya, inilah realiti suami yang suka mengelak bab duit nafkah. Padahal, kalau kongsi rezeki dengan isteri, itulah yang akan buka pintu-pintu rezekinya. Cukup, berkira!

Hari ini, ramai suami yang ambil mudah tentang pemberian wang nafkah buat isteri terutama jika pasangan mereka bekerja."Dia dah ada gaji, lagipun isteri tak pernah mintak." Ini yang selalu suami fikirkan.

Tapi hakikatnya meskipun punya pendapatan sendiri, tetap menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan wang nafkah ini semampu mereka.

Buat suami yang belum melaksanakan kewajipan ini atau rasa terbeban untuk melunaskannya, baca perkongsian daripada saudara Mahyuddin Mohamed untuk memahami dan melihat hikmah di sebaliknya.

*"Kenapa Papa Kena Bagi Duit Kat Mama?"*

Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.

"Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?" Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa-apa yang dia tidak faham.

"Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri". Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.

"Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?" Nabila pula bertanya.

"Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la..." Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.

*Ada Yang Buat-buat Tak Tahu*

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.

Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB.

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.

*Minta Isteri Halalkan*

"Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?"
"Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu"

Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.

"Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!" Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.

Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.

*Dia Kerja, Kenapa Nak Beri Lagi?*

Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu.

Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini.

Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.

Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.

Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.

Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?

*Percayalah Ada Keberkatan Di Sebalik Pemberian Duit Nafkah*

Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.

*Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita*

A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife... Anda jawab sendiri...)

Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah.

Kongsikan dengan suami-suami diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan.

Sumber: Facebook Mahyuddin Mohamed





Doa Kesejahteraan

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ.*

۞ *اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*۞

Semoga kita dan keluarga kita
🌷diberikan kesihatan yg baik,
🌷dimurahkan rezeki, 
🌷dimakbulkan segala doa,
🌷dipermudahkan segala urusan,
🌷juga sentiasa dalam rahmat dan keredaan  Allah SWT didunia dan akhirat...
InsyaAllah...






آمِيّنْ آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Saturday, 14 December 2019

Tua itu pasti

Proses Penuaan (Aging Process) sudah Bermula Sejak Umur 32 Tahun dgn Mulanya *Penurunan Fungsi Organ-organ* (Seperti Ginjal/Buah Pinggang, Hati, Hypophyse dsbnya) dan *Penurunan Hormon-Hormon* (Seperti Testosteron, Growth Hormon, Coenzym Q10, Melatonin dan Antioxydant).

Pada Usia 45 thn Bermula Penurunan Estrogen utk Wanita & Penurunan Hormon Progesteron dan Testosteron utk Lelaki.

*Penuaan Adalah Suatu 'Penyakit' yg Tidak Dapat Dicegah, Diubati dan Dikembalikan Menjadi Muda*.

Penuaan Bukanlah Hukuman, tetapi Akibat 'Perintah dari Gen.'

*Beberapa Penyakit yang Muncul Akibat Proses Penuaan*, adalah;
1. Osteoporosis.
2. Metabolic Syndrome menjadi penyebab Penyakit Cardiovasculer (seperti Strok, Penyakit Jantung dan Hypertensi Renal).
3. Cancer (seperti Payudara, Colorectal/Usus, Prostat, Ovarian).
4. Alzeimer
5. SD (Sexual Dysfunction).

*APA PULA YANG HARUS DILAKUKAN?*

*1. BERGERAK*.
Jalan kaki 3-5 km/hari) dapat Mencegah Osteoporosis (Tulang Rapuh) dan Hypertension.

*2. SENAMAN NAFAS*
Seperti Cikung, Yoga dsb 2x/minggu. Paru-paru Perlu Latihan Deep/Maximal Breathing, untuk Meningkatkan Aliran Darah di Alveoli, Mengeluarkan CO2.

*3. KURANGKAN KARBOHIDRAT*
Lebihkan Protein, Buah & Sayur.

*4. JAGA BERAT BADAN*
Berat Ideal Lelaki (Tinggi Badan Kurangkan 100), Wanita (Tinggi Badan Kurangkan 110).
Lingkaran Perut Tak Boleh Lebih 80cm utk Wanita, 90cm utk Lelaki.
BMI Tak Boleh Lebih 30 kg/m2.

*5. TEKANAN DARAH TIDAK BOLEH LEBIH 140/90.*
Cek BP Tiap Minggu.

*6. KADAR GULA DARAH PUASA TIDAK BOLEH LEBIH 110, Trigliserida 150, HDL Harus Lebih 50.*
Jadi Periksa Darah Max Tiap 6 Bulan.

*7. WANITA WAJIB BUAT MAMMOGRAM dan PAP SMEAR Setiap Tahun.*
Kesan Awal Kanser Servik dan Payudara.

*8. ISTIREHAT CUKUP*
- Tidur 6-8jam sebaiknya seawal jam 10 malam
- Matikan Lampu (Merangsang Growth Hormon).
- Jangan Makan 3 jam Sebelum Tidur (Mencegah GERT & Sesak).
- Bantal Rendah (Meningkatkan Oksigen ke Otak).
- Miring ke Kanan (Mengurangi Beban Jantung).

*9. KURANGI STRESS*
- Jgn bekerja di Luar Kapasiti/Kemampuan
- *Perbanyak Rasa Syukur, Doa atau Meditasi*
 - Sentiasa *Perbaiki Kualiti Ibadah, Iman, Sosial & Hiburan yg Positif*

*Perbanyak Masa Borak2, Sembang2 Santai, Gurau-senda,  Erat Silaturahim atau Berkumpul dgn Keluarga & Teman2*.

*Elakkan Marah2 atau Terlalu Emosi, Hindari Hal2 yg Berpotensi Membuat Sedih/Angkara (Hukum/Permusuhan), Hadapilah Segalanya dgn Senyum Bahagia*.

*Lebih Bijaksana dlm Penggunaan Harta (JIMAT lbh BAIK tapi BUANG JAUH2 sikap KEDEKUT)*.

*JGN TERLALU BERKIRA TERUTAMA DGN  ORANG2 TERDEKAT KITA*..

USIA 45 KE ATAS SEBAIKNYA TIDAK FOKUS MEMBURU MAKANAN... PERBANYAK REKREAKSI SAJA😔😔😔*

Ini pesanan # Shahrul

*Kepada Saudara2ku yg Telah Berusia 40 Thn ke atas, Lebihkan Disiplin Jaga Kesihatan*.

Kongsi Jika Bermanfaat..😊
Sharing is caring...






Wednesday, 11 December 2019

Usia dan Kita

*Tarbiah buat yg seusia*

❄ _Kita Ni Dah Tua;_
❄ _Wajah Luntur Di Telan Usia;_
❄ _Lain Didengar Lain Dikata;_
❄ _Lain Dicari Lain Yg Dijumpa;_
❄ _Mata Kabur Tak Kenal Rupa;_
❄ _Wang Di Saku Kadang2 Lupa_.

❄ _Kita Ni Dah Tua;_
❄ _Ada Cucu Elok Di Jaga;_
❄ _Buat Teman Di Waktu Senja;_
❄ _Anak2 Sibuk Tah Ke Mana;_
❄ _Kita Dok Termenung Di Jendela._

❄ _Kita Ini Sudah Tua;_
❄ _Gigi Dah Tak Tumbuh Uban Merata;_
❄ _Sekali Ingat Sekali Lupa;_
❄ _Macamana Nak Jadi Juru Kira._

❄ _Kita Ni Dah Tua;_
❄ _Ada Harta Elok Diguna;_
❄ _Bayar Zakat, Derma Ikhlas Masuk Dana;_
❄ _Entah Esok, Entah Lusa Entah Bila;_
❄ _Jangan Lagi Sibuk Nak Bina Empayar;_
❄ _Lebihkan Amal Tambah Pahala._

❄ _Kita Ni Dah Tua;_
❄ _Tubuh Lesu Lutut Ketar;_
❄ _Elok Berzikir Dari Mengira Harta;_
❄ _Elok Berehat Dari Bekerja;_
❄ _Urut Kaki Pulas Tangan_
❄ _Putar Kiri Putar Kanan;_
❄ _Sampai Dada Rasa Lega_
❄ _Alhamdulillah Masih Ada Usia._

❄ _Kita Ini Sudah Tua;_
❄ _Intai Sahabat Mana Yang Ada_
❄ _Ajak Bergurau Ajak Bersenda_
❄ _Jangan Lagi Kata Mengata_
❄ _Ajak Berlawak Ketawa Berjela_
❄ _Lupa Seketika  Kita Sudah Tua ._

*Salam ukhuwah buat semua yg hampir seusia*
💝💝💝







Tuesday, 10 December 2019

JIKA HARI INI


"Hujan turun... tidak pernah menunggu sama ada kita telah atau belum sediakan payung.

Demikian pula kematian... ia akan datang menjemput setiap saat, tak peduli sama ada kita telah atau belum siap menyambutnya.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh berbicara,

Maka bicaralah yang baik-baik.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh bergurau senda,

Maka berguraulah dengan penuh kasih sayang.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh menghirup udara,

Maka banyakkan ibadat jauhi maksiat.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh membaca al-Qur'an,

Maka hayatilah makna setiap ayat dengan penuh insaf.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh solat penuh khusyuk,

Maka banyakkanlah doa jangan alpa.

Jika Hari ini kita masih lagi boleh bersama insan tersayang,

Maka penuhilah dengan rasa kebaikan & sentuhan kasih sayang.

Mana tahu esok semuanya tiada lagi..


Mana tahu esok kita pula akan disolatkan "
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

🌹🌹