Wednesday, 8 May 2019

Sholat lah kamu sebelum kamu di Sholat kan.


SUBUH :

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang subuh ialah Nabi Adam a.s,
iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama
yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.

Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua
rakaat.

Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan
malam.
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.



 ZOHOR :

Orang yang pertama megerjakan sembahyang zohor ialah Nabi Ibrahim
a.s, iaitu tatkala Allah s.w.t telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya
 
Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



 ASAR :

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang asar ialah Nabi Yunus a.s,
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun
telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk
waktu Asar. Maka beryukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu :-

Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan nun.



 MAGHRIB :

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang maghrib ialah Nabi Isa
a.s,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi
Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana telah diselamatkan dari kejahilan
tersebut iaitu :-

Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :-     Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas
ibunya, Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :-    Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu
iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.



 ISYAK :

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang isyak ialah Nabi Musa a.s.
Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir.
 
Lalu sembahyanglah Nabi Musa a.s empat rakaat sebagai tanda syukur.

Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun.



Dari Aishah r.a. katanya; Rasulullah S.A.W. bersabda;"Tidak ada suatu
hari di mana Allah Taala paling banyak membebaskan hambanya dari Neraka
selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." Shahih Muslim.



 Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (Hari Raya Idil Adha) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah
menjalankan agama kita." Shahih Muslim.



 Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura. Jawab baginda,"Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". Shahih Muslim.



ahlifkirnegara: Wallahua'lam Bisawab. Perlu kepada sumber rujukan shahih.

No comments:

Post a Comment