Wednesday, 8 May 2019

Tips Kayu Tiga Dua Pasangan

Tiada yang sanggup mengaku kalau diri bermain kayu tiga atau menduakan pasangan.
Tak kira bagi pasangan suami isteri mahupun yang sedang bercinta.
Perkara ini sebenarnya boleh diketahui tanpa perlu menunggu si dia mengaku sekiranya anda seorang yang prihatin.
Hanya dengan membaca sikap dan tingkah lakunya saja anda sepatutnya boleh mengagak si dia sedang menduakan anda.
Di bawah adalah beberapa tanda yang boleh anda perhatikan:










1. Tiba-tiba jadi terlalu sibuk

Alasan yang paling klasik dan paling basi tapi masih sering diutarakan.

Tidak jelas apa yang membuatkan pasangan anda sibuk tapi dia selalu mengelak untuk diajak bertemu.
Kalau anda meminta untuk ikut sekali dalam aktivitinya dia menuduh anda tidak percayakan dirinya.

Apabila anda memprotes pada pasangan anda bahawa dia jarang meluangkan masa dengan anda, dia akan memarahi anda kembali dan mungkin menjadi sangat defensif.

Jika si dia sudah menunjukkan tanda-tanda ini jangan terus menyerang dan mendakwanya melulu bahawa dia telah menduakan anda.

Sebaliknya jangan ambil peduli dengan kegiatannya.

Sambil itu, cuba selidik apa kegiatannya selama ini.
Jika sudah mempunyai bukti konkrit, dia pasti tidak dapat mengelak lagi.
Dia akan berasa bersalah dan ketika itu anda buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.





2. Berubah menjadi terlalu setia dan romantic

Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata yang romantik?

Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini.
Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengelabui mata anda.

Dia mengetahui apa yang anda mahu.

Dia jua tahu apa yang membuatkan hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya sendiri.
Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang jelas dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda.
Untuk mendapat kepastian darinya, sekali sekala tolak ajakan dan pemberiannya.
Jika dia marah, berikan alasan yang logik dan biarkan dia kebingungan.
Sementara itu cari maklumat tentang kegiatannya di belakang kita.





3. Terlalu banyak berahsia

Waktu sedang bersama dengan anda, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

Dengan segera dia menjauhkan diri dari anda dan bercakap seperti berbisik.
Bila ditanya dengan siapa dia bercakap, jawapannya tidak jelas.
Dan kalau kita meminta mahu memeriksa telefonnya, dia akan marah dan menuduh kita tidak mempercayainya.

Kita tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan.

Lebih baik bersikap sewajarnya.
Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya.
Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek rahsianya.

Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga.

Biar masa saja yang menentukannya.
Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.






4. Berubah penampilan dan pendapat

Jatuh cinta boleh menyebabkan kita boleh melakukan apa saja dan kadang-kadang terhadap perkara yang tidak masuk akal.

Jatuh cinta juga boleh menyebabkan tingkah laku berubah termasuklah penampilan, gaya hidup dan pendapat.
Mungkin dia jatuh cinta pada anak orang kaya, jadi penampilan dia agak jauh berubah supaya lebih serasi.

Ataupun dengan orang yang lebih muda, pemakaiannya agak keremajaan.

Hati-hati kalau pasangan berubah begitu drastik, apalagi kalau dia tidak punya alasan yang kuat untuk berubah.

Biarkan dia buat begitu semahunya dan tunggu hingga berapa lama dia boleh bertahan. Kalau perubahan itu memang bukan dalam dirinya, dia tak perlu lama untuk berubah kembali menjadi dirinya yang dulu.








Perkara yang membahagiakan

Empat perkara yang mendasari kebahagiaan hidup seseorang menurut kajian di National Institute on Aging, adalah harga diri, optimisme, keterbukaan dan pengendalian diri.

Namun bukan hanya terhad kepada empat perkara ini sahaja.
Ada beberapa langkah yang boleh dibuat untuk mencapai kebahagian dalam hidup. Antaranya ialah:

- Aktif dan mempertahankan kesibukan.

- Melakukan sesuatu dengan fikiran positif dan optimis.
- Meluangkan waktu untuk bergaul dan bersosial.
- Bekerja dengan produktif dan melakukan pekerjaan yang memberi makna.
- Berorientasi ke masa kini.
- Mengembangkan keperibadian yang sihat.
- Mengembangkan keperibadian yang terbuka.
- Jadilah diri sendiri.
- Mengurangkan permasalahan dan perasaan negatif.
- Memelihara pandangan bahawa peribadi yang elok adalah sumber kebahagiaan yang paling utama.
- Memberikan nilai tinggi terhadap kebahagiaan itu sendiri.


 


ahlifikirnegara: Tak boleh nak berfikir dah. Suka kepada balm cap kaki tiga.

No comments:

Post a Comment