Wednesday, 29 May 2019

Salam Aidil Fitri 2019 M 1440H


Satu syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
 
 
Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini Syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan Raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.
 
Yang Jauh itu Waktu,
Yang dekat itu Mati,
Yang besar itu Nafsu,
Yang berat itu Amanah,
Yang panjang itu Amal Soleh,
Yang indah itu Saling Memaafkan,
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

 
  Penuh adab menyusun kata
  Terserlah Kepribadian penuh kesantunan
  Salam dihulur maaf dipinta
  Dari kami Warga Pembangunan

                 Gemersik takbir mengundang hiba
                 Salam diatas tanda ingatan
                 Syawal dinanti menjelang tiba
                Salam diutus pohon kemaafan
            
  Indahnya langit kerana awam
  Indahnya lautan kerana kebiruan
  Indahnya Ramadhan kerana keinsafan
  Indahnya Syawal kerana kemaafan
 
‘Ramadhan Kareem’ Selamat Datang,
Sesungguhnya ‘Allah Yang Maha Mulia’;
Mata hati terang benderang,
Kemas langkah meniti usia.
 
Madrasah fikriyyah dan rohaniah,
Semoga Ramdan lebih bermakna; 
Syawal disambut dengan meriah,
Fitrah kehidupan usai tercakna.
 
Pengabdian diri dan mesra jiwa,
Kembalikan fitrah dan fikrah kita; 
Perjalanan bersama merasa merawa,
Ampun dan maaf terkasar kata.
 
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Menariknya santunan budi,
Bahasa indah menyantun raga.














ahlifikirnegara: Buat mereka yang berkelana, bermusafir dan akan bergerak pulang ke kampong. Hati hati memandu. Fokus dan jika keletihan, ambil sedikit masa berehat. Selamat semuanya.InshaAllah.
Eid Mubarak is approaching. Enjoy the blessed festive moments with the beloved ones.

No comments:

Post a Comment