Rahsia Rakaat di dalam Solat
Ketahuilah hikmah ditentukan solat ditetapkan lima waktu berserta rakaatnya. Hukama' ada berkata "Ditentukan tiap-tiap solat itu (kerana) setiap solat (diwakilkan) oleh seseorang Nabi daripada Anbiya Allah swt. pada waktunya"
Solat Subuh
Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as. tatkala baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh dan pecah (terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat
- Rakaat
pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana dilepaskan daripada kelam
(kegelapan)
- Rakaat kedua
bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana kembali siang hari (terbit fajar)
Solat
Zuhur
Firman Allah swt.
di dalam Surah As-Saaffaat ayat 102 dan 103
[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur
yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata:
"Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku
akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab:
"Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah,
ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"
[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung
perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan
mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan
azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)
Nabi yang pertama
sekali yang menunaikan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim as. tatkala keluar
perintah Allah swt. yang menyeru Nabi Ibrahim as. menyembelih anakandanya Nabi
Ismail as. Datangnya perintah Allah swt. pada ketika gelincir (sedikit)
matahari. Maka bersolatlah Nabi Ibrahim as. empat rakaat
- Rakaat
pertama bermaksud syukur bagi penebusan
- Rakaat kedua
bermaksud membukakan (meleraikan) dukacita anakandanya
- Rakaat ketiga
bermaksud menuntut keredhaan Allah swt.
- Rakaat
keempat bermaksud sebab diberi penebus (tukar ganti) yang amat besar
seperti mana firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 107
[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang
sembelihan (kibasy) yang besar;
Nota: Kibasy yang
dibawa turun daripada syurga iaitu kibasy Habil
Solat
Asar
Nabi Yunus as.
adalah nabi yang pertama sekali menunaikan solat Asar ketika Allah swt.
mengeluarkan baginda daripada perut ikan Nun ibarat burung yang tidak berbulu.
Keadaan Nabi Yunus as. ibarat berada di dalam empat kelam
i. Kelam zulmah
kesalahan
ii. Kelam airnya
iii. Kelam malam
iv. Kelam perut ikan
ii. Kelam airnya
iii. Kelam malam
iv. Kelam perut ikan
Ketka Nabi Yunus
as. berjaya keluar daripada perut ikan Nun pada waktu Asar dan bersolatlah Nabi
Yunus as. sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. daripada terlepasnya empat
zulmah (kegelapan) itu tadi
Solat
Maghrib
Solat Maghrib
adalah solat Nabi Isa as. tatkala baginda diangkat oleh Allah swt. daripada
kaumnya. Pada waktu itu matahari telah jatuh (maghrib)
- Rakaat
pertama bermaksud menafkan adanya tuhan selain daripada Allah swt.
- Rakaat kedua
bermaksud menafikan tohmahan terhadap bondanya, Mariam daripada dituduh
kaumnya
- Rakaat ketiga
bermaksud memberi bukti tuhan itu satu iaitu Allah swt. Kerana
dengan ini juga kedua-dua rakaat dia atas itu saling berhubung.
Manakala yang ketiga itu tinggal sendirinya
Solat
Isya
Nabi Musa as.
adalah nabi yang pertama menunaikan solat Isya tatkala baginda sesat sewaktu
keluar daripada negeri Madyan (perbatasan Hijaz dan Syam). Pada saat itu
juga isteri Nabi Musa as., Shafura (anakanda Nabi Syu’aib as.) berada di dalam
keadaan berdukacita dan begitu juga saudaranya Nabi Harun as. turut di dalam
keadaan berdukacita, musuh Nabi Musa as., Firaun turut berdukacita berserta
beberapa orang anaknya.
Maka dilepaskan
oleh Allah swt. mereka daripada keadaan dukacita dengan janjNYA dan berlaku
pada waktu Isya yang akhir. Maka solatlah Nabi Musa as. sebagai tanda
syukur terlepas daripada segala bentuk dukacita yang empat itu.
Pada riwayat yang
lain ada juga menyebut solat Subuh itu solat Nabi Adam as., solat Zuhur itu
solat Nabi Daud as., solat Asar bagi Nabi Sulaiman as., Nabi Ya'akub solat
Maghrib dan Isya itu solat Nabi Yunus as.
Dipetik dari Kitab
"Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud Al-Fathani, halaman 73 sehingga 75.
ahlifikirnegara: copy n paste. Wassalam
No comments:
Post a Comment