Tuesday, 2 April 2019

Rasulullah saw mengaminkan doa Malaikat Jibril

๐Ÿ“š  *Tazkirah sedikit* :

(Rasulullah saw mengaminkan  doa Malaikat Jibril)


ุนَู†ْ ุฌَุงุจِุฑِ ุจْู†ِ ุนَุจْุฏِ ุงู„ู„َّู‡ِ ، ” ุฃَู†ّ ุงู„ู†َّุจِูŠَّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฑَู‚َู‰ ุงู„ْู…ِู†ْุจَุฑَ ، ูَู„َู…َّุง ุฑَู‚َู‰ ุงู„ุฏَّุฑَุฌَุฉَ ุงู„ุฃُูˆู„َู‰ ، ู‚َุงู„َ : ุขู…ِูŠู†َ ، ุซُู…َّ ุฑَู‚َู‰ ุงู„ุซَّุงู†ِูŠَุฉَ ، ูَู‚َุงู„َ : ุขู…ِูŠู†َ ، ุซُู…َّ ุฑَู‚َู‰ ุงู„ุซَّุงู„ِุซَุฉَ ، ูَู‚َุงู„َ : ุขู…ِูŠู†َ ، ูَู‚َุงู„ُูˆุง : ูŠَุง ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ، ุณَู…ِุนْู†َุงูƒَ ุชَู‚ُูˆู„ُ : ุขู…ِูŠู†َ ุซَู„ุงุซَ ู…َุฑَّุงุชٍ ؟ ู‚َุงู„َ : ู„َู…َّุง ุฑَู‚ِูŠุชُ ุงู„ุฏَّุฑَุฌَุฉَ ุงู„ุฃُูˆู„َู‰ ุฌَุงุกَู†ِูŠ ุฌِุจْุฑِูŠู„ُ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ، ูَู‚َุงู„َ : ุดَู‚ِูŠَ ุนَุจْุฏٌ ุฃَุฏْุฑَูƒَ ุฑَู…َุถَุงู†َ ، ูَุงู†ْุณَู„َุฎَ ู…ِู†ْู‡ُ ูˆَู„َู…ْ ูŠُุบْูَุฑْ ู„َู‡ُ ، ูَู‚ُู„ْุชُ : ุขู…ِูŠู†َ ، ุซُู…َّ ู‚َุงู„َ : ุดَู‚ِูŠَ ุนَุจْุฏٌ ุฃَุฏْุฑَูƒَ ูˆَุงู„ِุฏَูŠْู‡ِ ุฃَูˆْ ุฃَุญَุฏَู‡ُู…َุง ูَู„َู…ْ ูŠُุฏْุฎِู„ุงู‡ُ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ ، ูَู‚ُู„ْุชُ : ุขู…ِูŠู†َ ، ุซُู…َّ ู‚َุงู„َ : ุดَู‚ِูŠَ ุนَุจْุฏٌ ุฐُูƒِุฑْุชَ ุนِู†ْุฏَู‡ُ ูˆَู„َู…ْ ูŠُุตَู„ِّ ุนَู„َูŠْูƒَ ، ูَู‚ُู„ْุชُ : ุขู…ِูŠู†َ ” .


Jabir bin ‘Abdullah berkata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menaiki mimbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut “Amin”,  kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut “Amin”.
 
Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah. Kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali.

Baginda menjawab:
"Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepada ku dan berkata: Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut Amin.

Kemudian Jibril berkata:
'Celakalah manusia yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkannya ke dalam syurga.' Aku pun menyebut Amin.
Kemudian Jibril berkata:
'Celakalah manusia yang engkau (iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau.' Aku pun menyebut Amin."

Sumber (HR BUKHARI)


ahlifikirnegara: Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin.

Hiasan

Hiasan

Hiasan

Hiasan

Hiasan

Hiasan

No comments:

Post a Comment