Monday, 1 August 2016

Tips seterusnya Kayu Tiga (Siri 3 dari 4)


Rahsia semua orang memang ada punya. Mana boleh bagitahu semua. Memang dengan orang rumah kita agak susah nak menyimpan rahsia especially perkara perkara yang terkini hatta lokasi kurap sekali pun, orang rumah boleh tahu 'Global Positioning Spot/State (GPS)'.

Betullah orang cakap. 'Birth Mark' hanya ibu sahaja yang tahu manakala kurap serta birth mark, kedua duanya sekali , orang rumah boleh tahu.

Sila layan tips seterusnya bagaimana hendak mengetahui berlakunya 'Kayu Tiga' dalam kehidupan seharian kita.

Terlalu banyak berahsia

Waktu sedang bersama dengan anda, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan segera dia menjauhkan diri dari anda dan bercakap seperti berbisik. Bila ditanya dengan siapa dia bercakap, jawapannya tidak jelas. Dan kalau kita meminta mahu memeriksa telefonnya, dia akan marah dan menuduh kita tidak mempercayainya.

Kita tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan. Lebih baik bersikap sewajarnya. Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya. Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek rahsianya.

Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga. Biar masa saja yang menentukannya. Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.




ahlifikirnegara: Sebab itu lah ramai yang mengambil peluang dengan kecanggihan telefon bimbit. Nak berjumpa dengan Pencipta pun, kena bawak telefon bimbit. 

No comments:

Post a Comment