Thursday, 18 August 2016

Tips Kayu Tiga Dua Pasangan (Siri 2 dari 4) .


March 24, 2010 at 3:22pm
Aaaa sambung sikit lagi kisah 'Kayu Tiga'...nak sama lebih kurang dengan kisah nya 'Madu Tiga'.
Tip yang kedua ini, perubahan nya agak nampak drastik sikit lah. Macam tak realistik pun ada. Memang berbeza betul jika kita bandingkan dengan keadaan sebelumnya.


Amacam Kayu? Boleh komen sikit?


Dimaklumkan tips yang kedua adalah;
Berubah menjadi terlalu setia dan romantik


Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata yang romantik? Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini. Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengelabui mata anda.


Dia mengetahui apa yang anda mahu. Dia jua tahu apa yang membuatkan hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya sendiri. Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang jelas dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda. Untuk mendapat kepastian darinya, sekali sekala tolak ajakan dan pemberiannya. Jika dia marah, berikan alasan yang logik dan biarkan dia kebingungan. Sementara itu cari maklumat tentang kegiatannya di belakang kita.


ahlifikirnegara: Faham ke tak, korang baca benda alah ni. Jangan segan nak tanya kalau tak faham sebab kalau buat buat faham, itu yang cepat jadi 'ISIM' tuh.

No comments:

Post a Comment