Ini bukan sebarang kayu dan tiada kena mengena dengan Azmi Kayu atau sebarang lagu Kayu oleh Wahid Satay. Ini kayu kalau sudah kena...memang menangis.
Ini juga tak ada kena mengena dengan sebarang ukiran kayu atau benda benda mengarut yang boleh buat ibu duit.
Baca baik baik, Bai (Lebai).
Tiada yang sanggup mengaku kalau diri bermain kayu tiga atau menduakan pasangan. Tak kira bagi pasangan suami atau isteri mahupun yang sedang bercinta. Perkara ini sebenarnya boleh diketahui tanpa perlu menunggu si orang sebelah atau si dia mengaku sekiranya anda seorang yang prihatin. Hanya dengan membaca sikap dan tingkah lakunya saja anda sepatutnya boleh mengagak si dia sedang menduakan anda. Di bawah adalah satu dari 4 petanda yang boleh anda perhatikan:
1. Tiba-tiba jadi terlalu sibuk
Alasan yang paling klasik dan paling basi tapi masih sering diutarakan. Tidak jelas apa yang membuatkan pasangan anda sibuk tapi dia selalu mengelak untuk diajak bertemu bersama atau bersenggama. Kalau anda meminta untuk ikut sekali dalam aktivitinya dia menuduh anda tidak percayakan dirinya.
Apabila anda memprotes pada pasangan anda bahawa dia jarang meluangkan masa dengan anda, dia akan memarahi anda kembali dan mungkin menjadi sangat defensif. Jika si dia sudah menunjukkan tanda-tanda ini jangan terus menyerang dan mendakwanya melulu bahawa dia telah menduakan anda.
Sebaliknya jangan ambil peduli dengan kegiatannya. Sambil itu, cuba selidik apa kegiatannya selama ini. Jika sudah mempunyai bukti konkrit, dia pasti tidak dapat mengelak lagi. Dia akan berasa bersalah dan ketika itu anda buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.
ahlifikirnegara: Hafal tips di atas. Siri yang seterusnya akan tiba di kawasan anda dalam masa terdekat ini.
No comments:
Post a Comment