Tuesday, 20 December 2016

Kaya hingga ke langit


 

2008/08/11
 

Peringatan setelah lama menyepi diri.

Qatadah Tabii (rah.) merupakan seorang tabiin, meriwayatkan bahawa pada suatu ketika seseorang bertanya kepada Baginda saw, "Ya Rasulullah! orang kaya telah mendapat seluruh pahala kerana
sedekah mereka."


Baginda Rasulullah saw menjawab, "Beritahulah kepadaku, jika disusun harta kekayaan satu demi satu dari bawah ke atas adakah kekayaan seseorang itu boleh naik ke langit?

Tidakkah ingin aku memberitahu kepada kamu mengenai satu perkara yang akarnya terpacak ke dalam bumi dan dahan-dahannya pula menjulang sampai ke langit.

Bacalah setiap kali selepas solah, "

Kaya_1

Akarnya dalam bumi dan dahan-dahannya menjulang sampai ke langit"

Kaya_2

"Sesiapa yang berkehendakkan kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan semuanya. KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkanNya". [al-Fatir : 10]
 
 
 

ahlifikirnegara: Rakan2 sering nyatakan kepada saya yang sedang sambung pengajian PhD, "Kau sedaplah, dapat "Pergi himpunkan Duit',,dia orang tak tahu yang saya di luar negara dah naik semput "Pergi habiskan Duit". Sabar aje lah ubatnya.

 

Thursday, 15 December 2016

Let me give my comment in Bahasa.




ahlifikirnegara: Apalah yang nak di MEGAH kan dengan harta dunia, pangkat kuasa, anak-pinak yang hebat dan wang ringgit berbillionaire kat DUNIA nih.
Kalau Allah tak buatkan sendi kat jari kita ni,,,,,,,,,,macamana lah kita nak mencuci najis selepas kita menunaikan hajat masing-masing.
Itu belum lagi rambut yang berbagai rambut, berbagai nama dan berbagai tempat serta berbagai tempoh memanjangnya.
'Imagine' rambut di kening ikut memanjang sama macam rambut di kepala?
Tak ke susah nak menguruskannya.

Macam Macam Ada.


 
2008/09/21
 
Saya baru sahaja hadir seminar kumpulan penyelidik 'Electrical and Computer Engineering' dan mereka ada mencadangkan berkenaan;
“Restoren berteknologi sisipan ('embedded') dan automasi robot”.
Eanyak juga elemen dan 'features' yang diterangkan pada sessi tersebut. Dan ada aplikasi yang telah dilaksanakan terutama di Europe seperti di Vienna. Antara elemen yang dicadangkan adalah ROBO CHEF (Robo-Chef tu lebih kurang macam RoboCop –Cyborg campuran manusia dengan susunan alatan/instrumen mekatronik).
Menarik dan projek penyelidikan ini adalah bertaraf professional serta dipelopori oleh calon ijazah kedoktoran. Ianya memiliki gran sebanyak NZD100,000.00. Saya tidak boleh menggariskan sebarang 'detail' atau isi kandungan projek tersebut kerana penyelidikan ini masih lagi dalam tempoh cadangan awal (infancy).
Sesiapa yang berminat boleh lah terus ke Auckland atau bertemu saya untuk ”berborak” kosong sahaja dengan saya kerana ianya bukanlah projek yang saya kendalikan. Kebetulan kehadiran saya di seminar tersebut memungkinkan saya bercerita atau jual temberang.
 

ahlifikirnegara: Saya ada memberitahu anak-anak saya yang di rumah ibu ayah saya dahulu kala, semasa umur saya 15 tahun barulah ayah saya membeli sebuah peti TV di rumah. Kamu pula sekarang ini "Macam Macam Ada".
 

GAZA: Emosi dan Realiti


 


 

Ramai marah kalau dikatakan bahawa perjuangan Palestin adalah perjuangan sia-sia, perjuangan yang kecewa dan perjuangan yang penuh pura-pura.


Pedih dan menyakitkan hati. Tetapi itulah realitinya sejak penubuhan negara Israel – Medinat Yisra’el – melalui rampasan ke atas British Mandated Palestine oleh pengganas Yahudi pada 14 Mei, 1948.


Sejak itu jugalah jentera propaganda dan peperangan Yahudi bekerja lebih masa mencuba menghalalkan rampasan mereka ke atas Palestin.


Pada mulanya mereka mendakwa kononnya mereka membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Inggeris dan Liga Bangsa-Bangsa.


 

Fakta-fakta berikut untuk pertimbangan pembacaan dan sedikit kefahaman:


1. Negara-Negara Arab yang berjiran dengan Israel serta merta melanggar negara itu dan mengulanginya beberapa kali dengan mengalami kekalahan teruk;


2. Akhirnya semakin banyak negara Arab sama ada mengiktiraf Israel dan menandatangani perjanjian damai dengannya atau tidak lagi memberi keutamaan kepada isu Palestin;

 

3. Melalui perang psikologi, Israel dan penyokong Yahudinya dari seluruh dunia menyusup masuk dan menguasai politik, ekonomi serta media massa Amerika Syarikat (AS);

 

4. Israel dan gerakan Yahudi antarabangsa berjaya menjadikan Amerika boneka, pelindung dan pembiayanya; Cuba semak sumbangan negara Arab Saudi ke Amerika.

 

5. Menurut John J. Mearsheimer dan Stephen M. Waltdalam tulisan mereka berjudul “The Israel Lobby and U. S. Foreign Policy” (Lobi Israel dan Dasar Luar Amerika Syarikat), Israel menerima bantuan langsung bernilai AS$3 bilion (RM10.62 bilion) setiap tahun atau 20 peratus daripada bantuan luar AS; Cuba semak sumbangan tidak langsung negara Arab Saudi pula.

 

6. Setiap orang penduduk Israel menerima subsidi daripada AS bernilai AS$500 (RM1,770) setahun walaupun Israel adalah negara perindustrian yang sama pendapatan per kapitanya dengan Korea Selatan dan Sepanyol; Cuba semak sumbangan negara Arab Saudi ke rakyat Israel pula.

 

7. Menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongres Amerika, bantuan kepada Israel bagi tahun 2007 berjumlah tidak kurang daripada AS$2.5 bilion (RM8.85 bilion). Ini tidak termasuk AS$138 juta (488.5 juta) bagi projek pertahanan bersama peluru berpandu dan jaminan hutang sebanyak AS$$1.4 bilion (RM4.95 bilion);

 

8. Purata AS memberikan AS$6.8 juta (RM24 juta) kepada Israel setiap hari berbanding AS$300,000 (RM1.06 juta) kepada Palestin pada tahun 2007;

 

9. Janji Amerika membantu Palestin adalah janji kosong sejak daripada tertubuhnya Medinat Yisra’el pada tahun 1948;

 

10. President Truman dalam ucapannya pada 28 Oktober, 1948 – lima bulan selepas rampasan bumi Palestin oleh Yahudi -- antara lain, berkata: “Adalah tanggungjawab saya memastikan dasar kita di Israel menepati dasar kita di seluruh dunia; kedua adalah hasrat saya membantu membina negara Palestin yang kuat, makmur, bebas, merdeka dan demokratik. Ia perlu cukup luas, cukup bebas dan cukup kuat untuk membolehkan rakyatnya berdikari dan selamat.”

 

[ “It is my responsibility to see that our policy in Israel fits in with our policy throughout the world; second, it is my desire to help build in Palestine a strong, prosperous, free and independent democratic state. It must be large enough, free enough, and strong enough to make its people self-supporting and secure.”]

 

11. Dan bolehkah Presiden US (????) diharap untuk mengatasi pembohongan AS selama ini? Pertimbangkan kenyataan beliau ketika kempen pilihan raya Presiden baru lalu yang berbunyi: “Kita jangan sekali-kali mencuba mengatakan apa yang terbaik untuk orang Israel dan keselamatan mereka dan tidak seorang pun Perdana Menteri Israel yang patut diseret ke meja perundingan...”

 

[We should never seek to dictate what is best for the Israelis and their security interests" and that no Israeli prime minister should ever feel "dragged" to the negotiating table...];

 

12. Yahudi mempunyai perwakilan yang kuat dalam politik nasional AS. Pada bulan Jun tahun lalu (2008), 7.8 peratus Ahli Kongres adalah Yahudi walaupun penganut agama Yahudi di AS dianggarkan hanya 1.4 peratus daripada penduduknya;

 

13. Kalau AS menjadi boneka, pelindung dan pembiaya Israel, banyak negara Islam, khasnya negara-negara Arab, menjadi boneka dan pak turut AS;

 

14. Dari mula lagi banyak negara Arab tidak mahu Hamas berjaya di Palestin. Hamas adalah singkatan kepada Harakat al-Muqāwamat al-Islāmiyyah atau Pergerakan Penentangan Islam yang terdiri daripada pengikut Sunnah. Ia ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Sheikh Ahmed Yassin, Abdel Aziz al-Rantisi dan Mohammad Taha yang berupa penggiat Ikhwanul Muslimin cawangan Palestin pada permulaan gerakan Intifadah pertama;

 

15. Oleh sebab Hamas diasaskan atas landasan Ikhwanul Muslimin maka ia dicurigai dan ditolak oleh banyak negara Arab. Ikhwanul Muslimin diharamkan atau dikawal kegiatannya di banyak negara Arab;

 

16. Ikhwanul Muslimin atau Persaudaraan Muslim adalah organisasi Muslim yang diasaskan oleh Hassan al Banna di Mesir pada tahun 1928 berikutan keruntuhan Empayar Ottoman;

 

17. Pada mulanya Ikhwanul Muslimin menyokong kerajaan sekular Presiden Gamal Abdel Nasser tetapi apabila seorang anggotanya dituduh membunuh Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi Nokrashi, pada 28 Dis. 1948, pertubuhan itu diharamkan dan Al Banna sendiri dibunuh oleh agen-agen perisik kerajaan pada bulan Februari tahun berikutnya;

 

18. Majoriti negara-negara Arab tidak demokratik. Mereka bimbang jika kerajaan Hamas berjaya di Palestin mereka akan menghadapi tekanan daripada rakyat jelata mereka sendiri agar memperkenalkan demokrasi;

 

19. Negara-negara Arab sendiri terus bercakaran dan serentak itu menjadi tali barut kepada hegemoni AS di Asia Barat seperti yang terserlah dengan sokongan mereka terhadap serangan dan penaklukan AS ke atas Iraq;

 

20. Akhir sekali, politik Palestin sendiri kucar-kacir akibat ketidaksepaduan sokongan negara-negara Arab dan persengketaan di kalangan pelbagai kelompok agama di Asia Barat, khasnya pergeseran antara pengikut Sunnah dan Syiah.

 

Bukan tujuan melemahkan semangat juang, sokongan dan simpati kita kepada rakyat Palestin. Tetapi fakta-fakta di atas tidak memberikan keyakinan bahawa masalah negara dan rakyat Palestin boleh diselesaikan dengan mudah dan segera.

 

Untuk mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata pun susah. Bayangkan untuk mencapai keamanan yang berkekalan.

 

ahlifikirnegara: Malah, setiap kali bom Israel membunuh orang Palestin dan pengebom berani mati Hamas membunuh orang Yahudi, setiap kali itu jugalah satu generasi baru pejuang dilahirkan. Takbir.

 

Domination


 

 

TOA bahasa Maori, dalam bahasa Marayo (Melayu) maknanya OTAI atau PAHLAWAN atau ORANG LAMA. 'Orang Baru' jangan menyesal lah (sedih) sebab satu hari nanti akan jadi 'Orang Lama' jugak!



 


ahlifikirnegara: Biar pun aku dah tua (TOA/OTAI)...cukup lah aku duduk dibawah. Tak payah naik atas. Nanti tiap tiap bulan masuk hospital.

Monday, 5 December 2016

Truly Blog


 

 Date Modified: 10/5/2008 07:03hrs

KONSEP ILMU

 

Dalam bahasa Melayu, ilmu bererti; pertama: pengetahuan, kepandaian dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain, atau pengetahuan berkenaan segala sesuatu selepas manusia itu mati.

 

Kedua, ilmu bererti kajian berkenaan sesuatu perkara.

 

Dalam bahasa Inggeris, ilmu dikenali dengan istilah 'knowledge'. Walau bagaimanapun, istilah 'knowledge' tidak membawa makna yang sama dengan ilmu dalam tradisi Islam. Sebab, ilmu adalah salah satu konsep yang mendominasi Islam itu sendiri.

 

Istilah ilmu berasal daripada perkataan ‘ilm dalam bahasa Arab. ‘Ilm bererti lawan jahil. Oleh itu, ilmu bukan sekadar bererti pengetahuan. Sebab, jahil bukan sekadar bererti tiada pengetahuan.

 

Istilah “zaman jahiliah” atau “hukum jahiliah” boleh dirujuk dalam hal ini.

 

Sebagai sebuah istilah khusus dengan konsep tersendiri, ilmu mempunyai lebih 1,200 definisi. Hal ini disebabkan ilmu dan definisinya amat penting dalam akidah Islam. Tidak ada buku tentang ilmu kalam yang tidak membincangkan definisi ilmu, walaupun sedikit.

 

Selain itu, jumlah definisi yang banyak, juga disebabkan kesukaran mendefinisikan ilmu. Walaupun begitu, merujuk kepada sifat-sifat dan ciri-cirinya, ilmu boleh didefinisikan.

 

Maka, ilmu ialah ketibaan makna tentang sesuatu dalam diri. Ilmu juga didefinisikan sebagai iktikad kukuh yang tepat dengan hakikat.

 

Kedua-dua definisi di atas, menolak maklumat, informasi, data atau fakta sebagai ilmu. Sebab, ilmu ialah maklumat, informasi, data, fakta atau apa-apa sahaja yang benar, yang bermakna dan memberi makna, berbentuk kepercayaan dan keyakinan, secara kukuh kepada diri seseorang.

 

Oleh itu, ilmu bukanlah sesuatu yang neutral. Ia adalah sesuatu yang mempunyai nilai dan memberi nilai.

 

Maksudnya, tidak semua ilmu sah. Ilmu boleh jadi benar atau salah, boleh jadi Islam atau kufur, boleh jadi timur atau barat. Maka, orang yang berilmu dengan ilmu-ilmu tertentu, memanifestasikan nilai ilmu itu.

 

Berkaitan dengan hal ini juga, ilmu yang benar itu adalah suci. Sebab, ilmu yang benar itu merupakan manifestasi keesaan, keagungan dan keilahian Allah. Kesannya, ilmu tidak terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira niat dan keupayaan. Hal ini merujuk kepada hierarki ilmu.

 

ahlifikirnegara: ......bersambung by the will of Al-Mighty.......

Post Shout Out


 

 

Worry and concern make things happen; unless and until you’re in a worry-and-concern state, you’re in a normal condition.


Kuih Pulut Tetal - Kuih orang Melaka.


Gosok gigi mahu kena hari-hari.


 

 ahlifikirnegara: Bloody busy recently. Have to squeeze somewhere somehow to tidy up my personal.

Monday, 14 November 2016

Siapakah aku pada umur yang kali ini?


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena".

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

 
Jadi renungkan lah....




1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS, rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MACAM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'


8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri TULANG dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.




Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.





Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..




Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."
 
 
ahlifikirnegara: ada orang cakap semua cakapnya besar...............

Air


 

Air yang bergerak takkan menampung sampah.

Jadilah seperti air. Teruskan bergerak. Jika kekal terapung maka mengumpul sampah dan menjadi busuk/masam.

Similarly (and whatever your deeds/doings), please keep on going. If "some body /things" keep stagnant and pin-point / putting blame, spinning things around, stuffs are delayed and nothing will be happened.

Keep Going Buddy, what ever,
your life, your family, your education, your beliefs, your meals and your life hereafter will full of colors.



ahlifikirnegara
Wishing new brainy ideas in  a future.
Wassalam.

Yang Paling Tua

                                                  Figura 1: Memang Cool

ahlifikirnegara: Siapa mahu jadi pensyarah/dorsen?

Usah buka aib sesama Muslim


 

 

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban  saudaranya sesama Muslim, kelak Allah akan tutup aibnya di akhirat."
 

Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani  Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui  nabi.

                                                           Figura 1: Sujud
 
 
Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan  kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah  yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."
 

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan.  Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.
 

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa..."
 

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan  kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir  berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri  di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."
 

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat  kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak  turun..."


Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan  manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.
 
                                           Figura 2: Syeikh Mahmud Al-Tidak Berganjak 1
 

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka  rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."
 

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya,  sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40  tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu,  maka terimalah taubatku."  


Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama  semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.
 

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak  seorang pun yang keluar di hadapan manusia."


Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang  kerananya hujan tidak kunjung turun."


Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."
 

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat  kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"
 

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan  yang dilakukan seseorang.
 
                                    Figura 3: Syeikh Mahmud Al-Tidak Berganjak 2
 

ahlifikirnegara: Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering  terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang  menjadi pelaris dan menghangatkan lagi laman blog peribadi, buku dan siaran televisyen.

Orang asli yang bijaksana (sini)


 


 


Kisah 1


kelempap versus palupa


Sopian pergi ke perkampungan orang asli untuk membeli sedikit buah durian untuk keluarganya..... lalu Sopian menghampiri orang asli penjual buah durian yang bijaksana...

Sopian: "Tok harga durian ini berapa?"

Orang Asli : "yang ini.. KELEMPAP  satu bakul"

Sopian  kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli yang bijaksana itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya KELEMPAP  itu.. lalu Sopian  buat2 tahu dan cuba menawarinya..

Sopian  : "Tok.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Sopian  : "PALUPA .. boleh ya!"

Penjual orang asli yang bijaksana itu pun kebingungan berguling guling.. lalu bertanya pada Sopian ..

Orang Asli : "PALUPA  itu berapa?"

Sopian  : "Cakap dulu.. KELEMPAP  itu berapa?"

 

 

 

Kisah 2

"i am sorry"


Dahulu kala, ada pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan menggunakan senjata masing masing. Peserta pertandingan akhir, Zorro ngan Robin Hood.

 

Seorang perempuan dari kaum orang asli yang bijaksana dan cantik. Zorro ngan Robin Hood sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu.

 

Memula Zorro nak cuba. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO....."

Kemudian giliran Robin Hood pulak. Dalam jarak 100 meter dia menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu.
Dengan jobonye jugak.... si Robin Hood kata.... " I AM ROBIN HOOD............"

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang lelaki orang asli yang mahir menyumpit disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar.
So, atas rasa tanggungjawab, dia pun mencuba nasibnya. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP.............!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata....... ......"I AM SORRY....!!"

 

 

Kisah 3

Duduk dengan lapan macam manusia

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan.
3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah bodohnya dan syahwatnya.
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

 

 

 

Kisah 4

Pisang dan Hati
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.
Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati. 


ahlifikirnegara: macam macam hal.....

Tuesday, 8 November 2016

Function Block Exercise

 

Tak silap aku sekarang nih tengah musim exam.
Final Exam kebanyakannya.

My younger blood-son baru text minta doakan dia lulus in his exam.
First time balik Malaysia dan terus masuk exam (and common in Malaysia is to rank your status of exam's result in a manner of numbering out of the population of the class).

Jadi dia (my son) dapat nombor 4 dari belakang out of 44 students for his previous mid-year exam.
4 dari belakang aaa bukan dari depan.
Demam terus kawan tuh @#$%^&!

For those yang kena masuk dewan peperiksaan (Exam Hall).
Baca lah apa apa patut.


Kepada yang banyak free time, atau layan Facebook memanjang.
Just to kill the time or to past/pass them, sila buat soalan di bawah.
Sila baca arahan dengan baik dan jawab pada kertas yang disediakan.

Soalan subjektif maka jawaban jugak perlu subjektif. Do NOT fill in the blank.

Soalan subjektif maka jawaban jugak perlu subjektif. Do NOT fill in the blank.


ahlifikirnegara: Sesiapa yang dapat jawab aku bagi Piala Mokhtar Dahari 2009.

Final Exam Night Fever!

 

Answering Scheme for past years questions.
Be aware with the real/genuine question so that you're not fool with the tricky questions.

Be creative too.


Verification Question.
Verification Question.


'Expand' the algorithm.
'Expand' the algorithm.


Learn your 'limit' carefully.

Learn your 'limit' carefully.
Do NOT back to the Square One, Please.
Do NOT back to the Square One, Please.



ahlifikirnegara: Until we meet again for the next Exam day. See Ya!!

Final Exam Night Fever 2

 


Final Exam Night Fever 2


Here are some more questions for you to fight with.
Kill them all...


IF you are weak in Algebra, THEN get GABRA.
IF you are weak in Algebra, THEN get GABRA.


'Find' type Q's. Find them carefreely

'Find' type Q's. Find them carefreely.



IF you are lagging with Physics, THEN you are Phys co.


IF you are lagging with Physics, THEN you are Physco.


ahlifikinegara: Be a winner, don't be a loser. Study and focus.

Monday, 7 November 2016

Seven-UP

 

This was happened in East Coast of Malaysia during my stay there about late ‘80s.

The story was about two villages (originally from K. Berang) outing from their original locality.

For short, it is all about originality (in Queen’s English, it is aboriginal story).

They’re about to set a lunch in one of the stall along the roadside.

They’ve managed seated and look around.


Air Tup.
                     Air Tup.



Stall Waitress: Can I have your order, Sir. What’d you like for your beverage sir?

Aborigine 1: Can I have one of the ‘Air Tup’?

Stall Waitress: Whatttt??? What is that kind of beverage? Is it soft drink or hard one you mean?

The Aborigine 1 showed the green alike can drink in the beverages cold-drink vending-fridge.

Stall Waitress: Ohhh…Seven – up you meant.

She went to take the second order.

Stall Waitress: Well, Sir. Can I have your order, Sir? What’d you like for your beverage?

Aborigine 2: Can I have one of the ‘Seben Yu Pe’ water please?

Stall Waitress: (Not this time please!)...What is that sir again, pardons me?
 
 
 

Seven Yu Pe
          Seven Yu Pe



Aborigine 2: ‘Seben Yu Pe’ water please? And then he showed the same can drink as his previous friend ordered.

Stall Waitress: Ah. You did it again. They’re all seven-up drink. What a life on earth!!




ahlifikirnegara: Please bring the true modernization to secure everybody. Initially 1Person can do something to the world.

(Diabetes) Kencing manis and Kece-Mase (Emergency???)

 

Kencing Manis versus Kencing Masin.


This's also happened in one of the East Coast block of Malaysia. Malaysian stories more merrier.

It happened in an Emergency Clinic where so many patients had been awaiting after so long queuing. One of the patient suffering from a Diabetes (Kencing Manis or in colloquial ‘Kece Manih’).

At a sudden another patient was rush inside the clinic and directly attended by the GP. The situation created uncomfortable scene to the rest of the patients including this diabetes / Kece Manih patient.

Diabetes Patient (Kece Manih): Wassup Bro? Why should he has to be entertained first rather than us queuing from the dark of the dawn (translated from ‘gelap gelap subuh’)?

Patient 2: He is under Emergency Case …emmm. The patient has Kece Mase case.

Diabetes Patient (Kece Manih): Why on earth Kece Mase should get better treatment rather than me of Kece Manih.

Patient 2: It is not Kencing Masin buddy!! It is Kece Mase i.e. Emergency case.

Diabetes Patient (Kece Manih): *&^%$#@! (Tak Puas Hati).



ahlifikirnegara: How he could measure the content of salt on other’s urine?

Soalan Agama Terpilih Minggu 46 dari 53 1430H.

 

Soalan:

Ustaz yang di hormati,

Sebentar tadi saya berjalan untuk pergi menunaikan sembahyang Jumaat. Dalam perjalanan tersebut saya cuba mengambil sebuah jalan yang agak jauh agar pahala dalam langkah yang saya ambil meningkat, menurut jumlah langkahan ke masjid tersebut.
Malangnya ustaz, disebabkan angin yang tersangat kuat ketika itu, membuatkan skirt salah seorang wanita pejalan kaki di jalan yang sama tersebut di angkat angin dan terus menampakkan 'benda' yang tidak sepatutnya saya nampak. Saya terus palingkan pandangan saya untuk mengelakkan saya berterusan memandang 'benda' tersebut.

Soalan saya uztaz iaitu, adakah ianya mencalarkan pahala saya serta sah atau tidak sembahyang Jumaat saya tadi?

Mohon penjelasan dari uztaz yang saya hormati.
Saya yang benar.
M M 1430H.

Peladang Ternak Jaya Kebangsaan 2009

 

Sopian kena interview Penternak Jaya Kebangsaan 2009. Entah macamana kebetulan isu Lembu Gila (MadCow Disease) tak lama sebelum tuh kecoh jugak.


Sopian: ''Saya nak tanya pakcik sikit lah, boleh tak?"

Penternak: ''Ikut kau lah"

Sopian: ''Boleh tak pakcik bagi tahu apa sebab boleh jadi isu Lembu Gila baru baru nih?"

Penternak: " Kau tau tak lembu tu, mengawan eh setahun sekali je?"

Sopian: “Laaa ke situ pulak pakcik ni, apa pulak hal nya dengan Penyakit Lembu Gila tu tadi?”. (Sopian nih macam nak menunjuk dia lagi pandai)

Penternak: "Alah kau nih,, kau cuba tengok, berapo kali pulak kito porah susu eh sehari?"

Sopian: "Entah"'.

Penternak: " Sehari kitorang porah susu eh makan duo kali".

Sopian: (sambil garuk kepala). "Dah tuh apo kono mengono dengan sakit tuh tadi pakcik".

Penternak: "Kalau kau, mahu tak gilo apo, mengawan eh setahun sekali, tapi susu eh kono porah sohari duo kali,,mahu eh tak gilo".

Sopian: *&^%$#@!!!



ahlifikirnegara: Kalau aku pun orang dok main puting aku ,,,terasa geli. Silap silap ‘naik’ tangan aku. Naik tangan aaaaa!!!

Sunday, 30 October 2016

Pop Quiz Siri 1.

 

Q1: Apa beza 'Birth Mark' dengan Kurap?
Sensible A1: Kurap bini aje tahu, 'Birth Mark' emak dengan bini tahu.


Q2: Apa beza 'tahi lalat' dengan tahi manusia?
Sensible A2: 'Tahi Lalat' nampak manis, Tahi manusia........


ahlifikirnegara: Apa pulak beza 'Beruk' dengan 'Monyet' dengan 'Lotong' dengan 'Orang Utan' dengan 'Babon'? Increase you Vocabs thru reading.