Monday, 14 November 2016

Orang asli yang bijaksana (sini)


 


 


Kisah 1


kelempap versus palupa


Sopian pergi ke perkampungan orang asli untuk membeli sedikit buah durian untuk keluarganya..... lalu Sopian menghampiri orang asli penjual buah durian yang bijaksana...

Sopian: "Tok harga durian ini berapa?"

Orang Asli : "yang ini.. KELEMPAP  satu bakul"

Sopian  kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli yang bijaksana itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya KELEMPAP  itu.. lalu Sopian  buat2 tahu dan cuba menawarinya..

Sopian  : "Tok.. Boleh kurang sikit tak"?

Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?

Sopian  : "PALUPA .. boleh ya!"

Penjual orang asli yang bijaksana itu pun kebingungan berguling guling.. lalu bertanya pada Sopian ..

Orang Asli : "PALUPA  itu berapa?"

Sopian  : "Cakap dulu.. KELEMPAP  itu berapa?"

 

 

 

Kisah 2

"i am sorry"


Dahulu kala, ada pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan menggunakan senjata masing masing. Peserta pertandingan akhir, Zorro ngan Robin Hood.

 

Seorang perempuan dari kaum orang asli yang bijaksana dan cantik. Zorro ngan Robin Hood sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu.

 

Memula Zorro nak cuba. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO....."

Kemudian giliran Robin Hood pulak. Dalam jarak 100 meter dia menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu.
Dengan jobonye jugak.... si Robin Hood kata.... " I AM ROBIN HOOD............"

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang lelaki orang asli yang mahir menyumpit disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar.
So, atas rasa tanggungjawab, dia pun mencuba nasibnya. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP.............!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata....... ......"I AM SORRY....!!"

 

 

Kisah 3

Duduk dengan lapan macam manusia

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan.
3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah bodohnya dan syahwatnya.
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

 

 

 

Kisah 4

Pisang dan Hati
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.
Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati. 


ahlifikirnegara: macam macam hal.....

No comments:

Post a Comment