Ramai marah kalau
dikatakan bahawa perjuangan Palestin adalah perjuangan sia-sia, perjuangan yang
kecewa dan perjuangan yang penuh pura-pura.
Pedih dan
menyakitkan hati. Tetapi itulah realitinya
sejak penubuhan negara Israel – Medinat Yisra’el – melalui rampasan ke atas
British Mandated Palestine oleh pengganas Yahudi pada 14 Mei, 1948.
Sejak itu jugalah
jentera propaganda dan peperangan Yahudi bekerja lebih masa mencuba
menghalalkan rampasan mereka ke atas Palestin.
Pada mulanya
mereka mendakwa kononnya mereka membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan
Inggeris dan Liga Bangsa-Bangsa.
Fakta-fakta berikut untuk pertimbangan pembacaan dan sedikit
kefahaman:
1. Negara-Negara Arab yang berjiran dengan Israel serta merta melanggar negara itu dan
mengulanginya beberapa kali dengan mengalami kekalahan teruk;
2. Akhirnya
semakin banyak negara Arab sama ada mengiktiraf Israel dan menandatangani
perjanjian damai dengannya atau tidak lagi memberi keutamaan kepada isu
Palestin;
3. Melalui perang
psikologi, Israel dan penyokong Yahudinya
dari seluruh dunia menyusup masuk dan menguasai politik, ekonomi serta media massa Amerika
Syarikat (AS);
4. Israel dan
gerakan Yahudi antarabangsa berjaya menjadikan Amerika boneka, pelindung dan pembiayanya; Cuba semak sumbangan negara Arab Saudi ke Amerika.
5. Menurut John
J. Mearsheimer dan Stephen M. Waltdalam tulisan mereka berjudul “The Israel
Lobby and U. S. Foreign Policy” (Lobi Israel dan Dasar Luar Amerika
Syarikat), Israel menerima bantuan
langsung bernilai AS$3 bilion (RM10.62 bilion) setiap tahun atau 20 peratus
daripada bantuan luar AS; Cuba semak sumbangan tidak langsung negara Arab Saudi
pula.
6. Setiap orang
penduduk Israel menerima subsidi
daripada AS bernilai AS$500 (RM1,770) setahun walaupun Israel adalah negara
perindustrian yang sama pendapatan per kapitanya dengan Korea Selatan dan
Sepanyol; Cuba semak sumbangan negara Arab Saudi ke rakyat Israel pula.
7. Menurut
Perkhidmatan Penyelidikan Kongres Amerika, bantuan kepada Israel bagi tahun
2007 berjumlah tidak kurang daripada AS$2.5 bilion (RM8.85 bilion). Ini tidak
termasuk AS$138 juta (488.5 juta) bagi projek pertahanan bersama peluru berpandu dan jaminan hutang sebanyak AS$$1.4 bilion (RM4.95 bilion);
8. Purata AS
memberikan AS$6.8 juta (RM24 juta) kepada Israel setiap hari berbanding
AS$300,000 (RM1.06 juta) kepada Palestin pada tahun 2007;
9. Janji Amerika
membantu Palestin adalah janji kosong
sejak daripada tertubuhnya Medinat Yisra’el pada tahun 1948;
10. President
Truman dalam ucapannya pada 28 Oktober, 1948 – lima bulan selepas rampasan bumi
Palestin oleh Yahudi -- antara lain, berkata: “Adalah tanggungjawab saya
memastikan dasar kita di Israel menepati dasar kita di seluruh dunia; kedua
adalah hasrat saya membantu membina negara Palestin yang kuat, makmur, bebas,
merdeka dan demokratik. Ia perlu cukup luas, cukup bebas dan cukup kuat untuk
membolehkan rakyatnya berdikari dan selamat.”
[ “It is my responsibility to see that our policy in Israel fits in with our policy throughout the
world; second, it is my desire to help build in Palestine a strong, prosperous, free and
independent democratic state. It must be large enough, free enough, and strong
enough to make its people self-supporting and secure.”]
11. Dan bolehkah Presiden US (????) diharap untuk mengatasi pembohongan AS selama ini? Pertimbangkan
kenyataan beliau ketika kempen pilihan raya Presiden baru lalu yang berbunyi:
“Kita jangan sekali-kali mencuba mengatakan apa yang terbaik untuk orang Israel dan keselamatan mereka dan tidak seorang
pun Perdana Menteri Israel
yang patut diseret ke meja perundingan...”
[We should never seek to dictate what is best for the
Israelis and their security interests" and that no Israeli prime minister
should ever feel "dragged" to the negotiating table...];
12. Yahudi mempunyai perwakilan yang kuat dalam politik
nasional AS. Pada bulan Jun tahun lalu (2008), 7.8 peratus Ahli Kongres adalah
Yahudi walaupun penganut agama Yahudi di AS dianggarkan hanya 1.4 peratus
daripada penduduknya;
13. Kalau AS menjadi boneka, pelindung dan pembiaya Israel, banyak negara Islam, khasnya negara-negara
Arab, menjadi boneka dan pak turut AS;
14. Dari mula lagi banyak negara Arab tidak mahu Hamas berjaya di Palestin. Hamas adalah
singkatan kepada Harakat al-Muqāwamat al-Islāmiyyah atau Pergerakan
Penentangan Islam yang terdiri daripada pengikut Sunnah. Ia ditubuhkan pada
tahun 1987 oleh Sheikh Ahmed Yassin, Abdel Aziz al-Rantisi dan Mohammad Taha
yang berupa penggiat Ikhwanul Muslimin cawangan Palestin pada permulaan gerakan
Intifadah pertama;
15. Oleh sebab Hamas diasaskan atas landasan Ikhwanul Muslimin maka ia dicurigai dan
ditolak oleh banyak negara Arab. Ikhwanul Muslimin diharamkan atau dikawal
kegiatannya di banyak negara Arab;
16. Ikhwanul Muslimin atau Persaudaraan Muslim adalah
organisasi Muslim yang diasaskan oleh Hassan al Banna di Mesir pada tahun 1928
berikutan keruntuhan Empayar Ottoman;
17. Pada mulanya Ikhwanul Muslimin menyokong kerajaan
sekular Presiden Gamal Abdel Nasser tetapi apabila seorang anggotanya dituduh
membunuh Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi Nokrashi, pada 28 Dis. 1948,
pertubuhan itu diharamkan dan Al Banna sendiri dibunuh oleh agen-agen
perisik kerajaan pada bulan Februari tahun berikutnya;
18. Majoriti
negara-negara Arab tidak demokratik. Mereka bimbang jika kerajaan Hamas
berjaya di Palestin mereka akan menghadapi tekanan daripada rakyat jelata
mereka sendiri agar memperkenalkan demokrasi;
19. Negara-negara
Arab sendiri terus bercakaran dan serentak itu menjadi tali barut kepada
hegemoni AS di Asia Barat seperti yang terserlah dengan sokongan mereka
terhadap serangan dan penaklukan AS ke atas Iraq ;
20. Akhir sekali, politik Palestin sendiri kucar-kacir
akibat ketidaksepaduan sokongan
negara-negara Arab dan persengketaan di kalangan pelbagai kelompok agama di Asia Barat, khasnya pergeseran antara pengikut Sunnah dan
Syiah.
Bukan tujuan
melemahkan semangat juang, sokongan dan simpati kita kepada rakyat Palestin. Tetapi
fakta-fakta di atas tidak memberikan
keyakinan bahawa masalah negara dan rakyat Palestin boleh diselesaikan
dengan mudah dan segera.
Untuk
mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata pun susah. Bayangkan
untuk mencapai keamanan yang berkekalan.
ahlifikirnegara: Malah, setiap kali bom Israel membunuh orang Palestin dan
pengebom berani mati Hamas membunuh orang Yahudi, setiap kali itu jugalah satu
generasi baru pejuang dilahirkan. Takbir.
No comments:
Post a Comment