Wednesday, 3 December 2025

UMUR SEMAKIN HARI SEMAKIN TUA

Tazkirah pagi


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم


UMUR SEMAKIN HARI SEMAKIN TUA


Jika kita berumur  bawah 40-an berlumba2lah mencari ilmu agama, jangan terlalu leka kerana umur bukanlah satu jaminan untuk kehidupan yang lama. Jika kita mencecah 40-an maka kehidupan yang sebenar telah bermula, BUKAN masa untuk mencari cinta baru. Kurangkanlah aktiviti2 dunia dan jagalah istiqomah. Jika kita di dalam 50-an, maka fokuslah lebih kepada akhirat kerana umur kita pada tahap ini adalah tahap berjaga2. Pada usia 60-an, jangan letak cinta kepada dunia dan jangan  bimbang untuk meninggalkan harta kekayaan dunia, pangkat, anak serta suami/isteri. Pada umur 60-an ini kita ibarat musafir yang sedang menuju ke destinasi. 


Justeru itu , sedaya upayalah berusaha untuk TAQWA. Di dalam menjalani kehidupan, samada kita kurang beramal, banyak beramal atau tidak beramal kita tidak akan dapat melihat perbezaannya di dunia tetapi ia amat berbeza di akhirat. Kita semua pasti akan menghadap Allah SWT dan kita yang tentukan samada kita ingin menemui Allah SWT dengan keadaan diri kita yang bagaimana...


Semoga bermanfaat..


Dato SBY...

Serendah.. 


TIPS: di dalam 50-an, maka fokuslah lebih kepada akhirat.







No comments:

Post a Comment