’LALUAN KHAS DAJJAL SEDANG DI BUKA’
’Pendedahan Ustaz Auni Tentang Nasib Madinah Yang Bakal Dihancurkan Selepas Baitulmaqdis’
Ustaz Auni Mohamad telah membongkar satu percaturan geopolitik akhir zaman yang sangat menakutkan untuk kita fahami. Iaitu penguasaan penuh musuh terhadap Baitulmaqdis sebenarnya adalah isyarat besar kepada kehancuran kota suci Madinah.
Kita mungkin melihat konflik di Palestin sebagai isu setempat semata-mata tetapi sebenarnya ia adalah permulaan kepada satu siri kejadian besar yang telah disebut oleh Nabi Muhammad SAW. Apabila Baitulmaqdis benar-benar makmur di tangan musuh dan mereka menguasainya secara total, agenda seterusnya adalah mencari peluang untuk membinasakan Madinah.
Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis riwayat Abu Daud yang menggambarkn urutan kejadian ini dgn sangat teliti bermaksud kemakmuran Baitulmaqdis adalah tanda kehancuran Yathrib iaitu Madinah dan kehancuran Madinah adalah tanda terjadinya peperangan besar atau ‘Al-Malhamah’, manakala terjadinya peperangan besar adalah tanda penaklukan Konstantinopel yang membawa kepada keluarnya Dajjal.
Apa yang lebih gerun untuk difikirkan adalah mengenai laluan yg sdang ‘dibersihkan’ hari ini seolah2 menyambut ketibaan Dajjal. Ustaz Auni menjelaskan bahawa Dajjal akan muncul dari arah timur, spesifiknya dari Isfahan, Iran. Kawasan ini dan laluannya ke arah Syam dan seterusnya ke Isbiol sedang mengalami pergolakan yang dahsyat seakan-olah satu ‘karpet merah’ sedang dibentangkan untuknya.
Negara-negara seperti Iraq dan Syria yang berada dalam trek laluan ini telah pun hancur lebur, meninggalkan Arab Saudi sebagai satu-satunya penghalang yang berbaki di tengah-tengah. Ini selari dengan hadis sahih riwayat Imam Muslim yang menyebut bahawa Dajjal akan diikuti oleh tujuh puluh ribu orang Yahudi dari Isfahan yang memakai jubah tebal atau Al-Tayalisah.
Walaupun Dajjal mempunyai angkatan tentera yang besar dan laluan yang luas, Allah SWT tlh mengharamkn Dajjal daripada memasuki tanah haram Mekah dan Madinah. Dia hanya mampu sampai ke kawasan tanah bergaram di luar Madinah yang dikenali sebagai Sabkhah atau kawasan Jabal Habsyi di mana terbinanya binaan yang sering dikaitkan dengan Istana Dajjal hari ini.
Kerana tidak mampu menembusi benteng malaikat yang menjaga kota suci, Dajjal akan melakukn satu hentakan atau gegaran yang kuat ke atas bumi. Akibat daripada gegaran dan ketakutan itu, sesiapa sahaja yg mempunyai sifat munafik dalam hati akan berlari keluar meninggalkan Madinah untuk menyertai Dajjal.
Rasulullah SAW menceritakan detik cemas ini dalam hadis Sahih Bukhari yg bermaksud tiada satu negeri pun melainkan akan dipijak oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah krn setiap lorong di jaga oleh malaikat, kemudian Madinah akan bergegar sebanyak tiga kali. Lantas Allah mengeluarkan setiap orang kafir dan munafik dari kota itu untuk menemui Dajjal.
Jika kita renungkan kembali situasi dunia hari ini, segala nya nampak tersusun rapi mengikut apa yg telah digambar kn dalam hadis-hadis tersebut. Kehancuran negara-negara Arab di sekeliling Arab Saudi bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya ia kelihatan seperti satu plot besar ‘The Hidden Hand’ untuk memudahkan pergerakan Raja Terakhir mereka nanti.
Kita yang berada di fasa ini perlu sedar bahawa tembok penghalang semakin nipis dan masa untuk fitnah terbesar ini muncul semakin hampir. Konflik Syiah dan Wahabi, peperangan proksi dan ketidakstabilan politik di Timur Tengah hanyalah wayang kulit yang dimainkan untuk mengalih kn perhatian kita daripada agenda sebenar iaitu penyediaan tapak untuk ketibaan Al-Masih Dajjal.
Kita juga perlu muhasabah diri bahawa keselamatan daripada fitnah Dajjal bukanlah bergantung kepada lokasi geografi semata-mata, tetapi bergantung kepada kualiti iman di dada. Lihatlah bagaimana orang munafik yang duduk di dalam kota suci Madinah pun boleh terkeluar dan menjadi pengikut Dajjal hanya kerana gegaran ujian yang sedikit.
Ini bermakna, walaupun kita duduk di dalam masjid atau di tanah haram sekalipun, jika hati kita rapuh dan penuh keraguan, kita tetap berisiko untuk tewas. Persediaan kita sepatut nya bukan hanya dengan menyimpan makanan, tetapi dengan memantapkan aqidah dan mengenali tipu daya musuh agar kita tidak terpedaya apabila saat itu tiba.
Oleh itu, janganlah kita berhenti memohon perlindungan Allah kerana fitnah ini sangat dahsyat sampaikan para Nabi terdahulu pun mengingatkan umat mereka tentang bahayanya. Amalkanlah doa yang diajar oleh Nabi SAW dalam setiap tahiyat akhir solat kita agar terselamat daripada kejahatan makhluk ini…
Yang Bermaksud…
‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksa kubur, daripada azab neraka, daripada fitnah kehidupan dan kematian dan daripada kejahatan fitnah al-Masih Dajjal’.
Wallahua’lam
JAZAKALLAH
No comments:
Post a Comment