Thursday, 25 December 2025

MASUK TANDAS BAYAR RM0.50

 MASUK TANDAS BAYAR RM0.50


Mari kita renungkan


Penjaga Tandas : Maaf Pak Cik..!!!

Untuk masuk tandas ni Pak Cik kena bayar RM0.50.


Pak Cik : (Menitiskan air mata)


Penjaga Tandas : Eh... Kenapa Pak Cik menangis, kalau Pak Cik tak ada duit cakap saja, nanti saya tolong bayarkan. Silakan Pak Cik masuk.


Pak Cik : Nak... Aku menangis bukan kerana tidak ada duit. Malah aku ada banyak duit. Jangankan hanya untuk membayar harga masuk tandas, membeli tandas ini pun aku mampu jika aku mahu.


Penjaga Tandas : Kalau begitu kenapa Pak Cik menangis?


Pak Cik : Aku menangis kerana tempat senajis dan sekotor ini pun mempunyai nilai harga yang harus dibayar bila ingin masuk. Apalagi untuk masuk syurga yang begitu harum dan indah. Berapa harga yang harus kita bayar. Cukupkah amal kita untuk membayar harga untuk masuk syurga?






Penjaga Tandas : 😔😭(Hanya terdiam dan turut menangis)


Ingat...Ketika anda masuk ke masjid apakah anda mengisi kotak amal atau tidak? Jika anda bersedekah itulah yg akan menjadi amal soleh kita.


Semoga Allah memudahkan kita, orang tua kita, keluarga kita dan semua umat Islam untuk masuk ke dalam Syurga. Aamiin Allahumma Amin..


BOLEH DISHARE SEBANYAK MUNGKIN BIAR TAMBAH MANFAAT.. 

In Shaa ALLAH🤲







No comments:

Post a Comment