BAGAIMANAKAH CARA2NYA UTK MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA ANDA SEORANG DIRI:
1. Katakanlah kita bertolak blk ke rumah pd pukul 7:25 mlm keseorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki.
2. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah-gulana dan kecewa.
3. Tiba2 anda terasa sakit yg amat sgt di dada, di tangan dan di rahang anda. Perjalanan terdekat ke hospital lebih kurang 5km dari rumah anda.
4. Malangnya anda tidak yakin dan tidak mampu utk bertahan sejauh itu.
5. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dipraktikan ke atas diri anda.
6. CARA MENYELAMATKAN DIRI DPD SERANGAN JANTUNG KETIKA SEORANG DIRI.
Kebanyakan mereka yg kena serangan jantung tidak menerima sebarang bantuan dan mula rasa nak pengsan. Di saat ini anda mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan.
7. Walau bagaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dgn BATUK SEKUAT mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselangselikan dgn menarik nafas panjang. Batuk tersebut hendak lah mendalam dan berpanjangan sehingga terasa di dada.
Bernafas panjang dalam2 sehingga terbatuk dan hendaklah diulangi setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dpt bernafas spt sediakala.
Bernafas panjang akan membantu memasukkan oksigen ke dlm jantung dan apabila terbatuk ia secara langsung mem bantu mengepam jantung dan memulihkan perjalanan darah. Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung spt sediakala. Ini membolehkan mangsa slmt tiba ke hospital.
9. Sebarkan seluas2nya tips ini. In Sha Allah ia akan dpt membantu menyelamatkan nyawa.
10. Pakar jantung menyarankan jika setiap orang yang menerima tips ini, tlg hantarkan kpd 10 orang, mungkin anda dpt menyelamat kan sekurang2nya 1 nyawa.
11. Daripada menghantar bahan yg x berfaedah adalah lebih baik menghantar tips yg dpt menyelamat kan nyawa kwn..
12. Sekiranya tips ini sampai semula kpd kita...lebih dpd sekali... jangan marah... sbb anda mempunyai ramai shbt yg prihatin dan sentiasa mengingatkan sesama kita bagaimana ingin mengatasi SERANGAN JANTUNG...
Dpd:
Dr. Hafiz
( Senior Cardiologist)
--------------------------------------------------------------------------------------
Jangan Marah Takdir, Jangan Persoal Takdir
Ada kalanya hidup berjalan di luar rancangan. Jalan yang disangka lurus tiba-tiba berliku. Apa yang kita minta tidak sampai, malah yang tidak kita mahu pula yang hadir. Saat itu, hati mudah memberontak. Kita mula bertanya, “Kenapa aku, Ya Allah?”
Namun, ingatlah, setiap hela nafas kita sudah diatur oleh Allah. Takdir yang pahit bukanlah hukuman, tetapi ubat yang mungkin belum kita fahami rasanya. Apa yang Allah tentukan, walaupun tidak sama dengan permintaan kita, sebenarnya lebih baik – di dunia dan di akhirat.
🌱 Bagaimana untuk bersabar?
Sabar bukan bermaksud menahan tanpa rasa, tetapi menukar resah kepada doa. Bila datang kesempitan, ucaplah:
“Hasbunallahu wa ni’mal wakeel.”
(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami, dan Dia sebaik-baik Pelindung).
Sabar adalah keyakinan bahawa ujian ini sementara, tetapi pahala yang Allah simpan kekal selamanya.
🧠Bagaimana kawal emosi?
Emosi mudah meledak ketika ditimpa musibah. Tetapi Islam mengajar kita meredakan marah dengan wuduk, menenangkan hati dengan sujud, dan menyejukkan jiwa dengan zikir. Rasulullah SAW bersabda:
"Bukanlah orang kuat itu yang menang dalam bergusti, tetapi orang kuat ialah yang mampu menahan marahnya." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Belajarlah bertenang dengan zikrullah. Kerana hati yang berzikir tidak mudah dikalahkan oleh emosi.
💛 Bagaimana percaya proses?
Percaya proses bermaksud yakin bahawa setiap perkara ada masa yang ditetapkan. Bunga tidak mekar dalam sehari. Bayi tidak terus menjadi dewasa. Begitu juga doa dan usaha kita. Ada yang Allah tunaikan segera, ada yang ditangguh untuk waktu yang lebih indah, dan ada yang diganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada yang kita bayangkan.
Kalau kau sedang serabut, jangan berlari mencari dunia untuk menenangkan hati. Kembalilah kepada Allah. Sujudlah, walaupun hanya sekejap. Menangislah, walaupun dalam diam. Kerana Allah tahu isi hati yang tidak terucap, Allah dengar doa yang hanya keluar melalui air mata.
Percayalah, kemanisan itu pasti hadir. Janji Allah tidak pernah palsu. Apa yang pahit hari ini, akan berganti dengan manis yang lebih indah esok hari.
Moga Bermanfaat.
Aamiin🤲🤲🤲


 |
|
No comments:
Post a Comment