Monday, 27 October 2025

Dunia Bukan Tempat Berehat

 Dunia Bukan Tempat Berehat


Rasulullah SAW bersabda, “Dunia ini penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.” (Riwayat Muslim). Dunia yang kita pijak ini bukan tempat bersenang-lenang, bukan tanah untuk kita lupa diri. Ia hanyalah persinggahan sementara sebelum perjalanan yang jauh lebih panjang.


Bayangkan, sehari di akhirat sama seperti seribu tahun di dunia. Setiap detik di sana terasa begitu panjang, sama ada diiringi nikmat yang tiada bandingan atau azab yang tak mampu kita tahan. Lalu bagaimana jika nyawa kita direntap ketika sedang leka, sedang dosa masih segar di bibir dan hati, sedang solat kita entah ke mana, sedang khusyuk kita sudah lama hilang?


Bukan kerana Allah tidak beri peluang, tetapi kerana hati kita yang buta. Buta untuk melihat hakikat bahawa dunia ini hanya ujian. Buta untuk sedar bahawa setiap nikmat akan dipersoalkan, setiap kelalaian akan dibalas. Dunia yang sementara ini memujuk kita untuk lupa, sedangkan akhirat menunggu tanpa pernah menjauh.


Gunakan sisa umur ini untuk membersihkan hati, memurnikan ibadah, dan menyesali dosa yang lalu. Kerana kita tidak tahu, langkah yang kita ambil selepas ini mungkin adalah langkah terakhir sebelum bertemu Allah.🎯


Moga Bermanfaat.

Aamiin🤲🤲🤲




No comments:

Post a Comment