𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧𝗜 𝗝𝗔𝗟𝗨𝗥 𝗚𝗘𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚
Bendera adalah lambang kedaulatan sesebuah negara yang berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah, bangsa, agama dan ibu pertiwi. Bendera juga merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan bagi sesebuah negara. Oleh itu, penggunaan bendera dan penghormatan ke atasnya adalah sebagai satu simbol nasionalisme.
Jalur Gemilang ialah bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih yang sama lebar bermula dengan jalur merah di bahagian atas dan berakhir dengan jalur putih di bahagian bawah.
Kesalahan pada Jalur Gemilang termasuk pemasangan secara tidak wajar seperti terbalik atau tidak sempurna, serta penggunaan dalam logo atau bahan infografik yang tidak dibenarkan. Tindakan seperti ini dianggap melanggar Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 / (pindaan) 2017 dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sehubungan itu, warga UTeM diingatkan sentiasa menghormati Jalur Gemilang kerana ianya adalah simbol maruah dan indentiti negara. Sila Rujuk Dokumen Jalur Gemilang yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia serta poster Etika Penggunaan Jalur Gemilang UTeM.
Pusat Hubungan Strategik Korporat & Global, Pejabat Penolong Naib Canselor, (SKG)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
☝️TIGA MINGGU, LIMA INSIDEN: GELOMBANG KES WARGA CHINA DI MALAYSIA
Sejak hujung Julai, insiden melibatkan warga China di Malaysia datang berturut-turut, seolah-olah tidak sempat reda satu, muncul pula yang lain.
AKHIR JULAI – Sebuah universiti swasta di Subang Jaya digemparkan apabila seorang pelajar lelaki warga China menikam bekas teman wanitanya yang juga pelajar di situ.
Minggu lepas, 6 OGOS 2025 – Dua lelaki warga China ditahan berhampiran Wisma Pertahanan kerana menerbangkan drone di kawasan larangan strategik. Peralatan teknikal dan rakaman yang dirampas membuatkan kes ini terus dibawa ke mahkamah bawah Akta Rahsia Rasmi.
Semalam 13 OGOS 2025 – Di Bandar Kajang, seorang wanita dipercayai warga China memandu kereta, melanggar tiga motosikal, kemudian keluar sambil memegang pisau dan menikam enam orang awam. Saksi mendengar dia menjerit “I hate Malaysia” dalam bahasa ibundanya.
Pada hari yang sama, sukarelawan anti-Parti Komunis China di pasar malam Taman Connaught mendakwa mereka diugut lelaki berpakaian hitam ketika mengedarkan risalah.
Hari ini 14 OGOS 2025 – Di KLIA, seorang lagi wanita warga China memaki hamun pegawai imigresen, menarik tudungnya, dan menolak kepalanya ke tiang kaunter sehingga cedera. Suspek ditahan serta-merta.
Hanya dalam masa 3 minggu, kes-kes melibatkan warga China ini berlaku di kampus, pusat pertahanan, jalan bandar, pasar malam dan lapangan terbang. Ia berselerak dari segi lokasi, tetapi rapat dari segi jarak masa.
FOKUS POLISI DAN RUMAH KEDUA MALAYSIA
Fenomena ini berlaku ketika Malaysia semakin menjadi destinasi pilihan warga China, bukan sahaja sebagai pelancong, tetapi juga pelajar, pelabur, dan peserta program Malaysia My Second Home (MM2H).
Polisi seperti visa jangka panjang, pemilikan hartanah asing, dan pelaburan dalam sektor strategik membuka peluang ekonomi, tetapi pada masa sama menimbulkan persoalan:
* Apakah mekanisme saringan dan pemantauan kita cukup ketat untuk melindungi keselamatan awam
* Adakah kemudahan yang diberikan untuk menarik pelaburan dan pemilikan rumah kedua juga menarik masuk individu yang mungkin menimbulkan risiko sosial
TENAGA KERJA ASING: FOKUS WARGA CHINA
Walaupun majoriti pekerja asing di Malaysia datang dari Indonesia, Bangladesh dan Myanmar, kehadiran warga China dalam sektor tertentu semakin ketara.
Antara sektor yang dilaporkan menerima kemasukan tenaga kerja atau kepakaran warga China:
* Pembinaan, terutamanya projek mega yang melibatkan kontraktor dari China
* Pembuatan, kilang milik pelabur China membawa masuk jurutera dan teknikal dari negara asal
* Perkhidmatan dan perniagaan, termasuk restoran, peruncitan, dan pusat hiburan yang dimiliki atau dikendalikan warga China
Peningkatan ini mungkin tidak berkait terus dengan insiden-insiden yang berlaku, tetapi ia membentuk latar belakang penting dalam memahami dinamika hubungan sosial antara komuniti tempatan dan warga China di Malaysia.
ADAKAH ORGANIK ATAU PETANDA SESUATU
Melihat jarak masa yang begitu rapat, lokasi yang pelbagai dan sensitiviti sesetengah insiden, timbul persoalan sama ada semua ini kebetulan organik yang sekadar berlaku dalam kelompok yang kebetulan sama atau ia hasil daripada perubahan aliran kemasukan, polisi pelaburan, dan penempatan warga China di Malaysia yang kini semakin ketara.
Soalan ini mungkin tidak mempunyai jawapan segera, tetapi ia wajar diletakkan di meja perbincangan sebelum gelombang kecil ini menjadi ombak besar yang sukar dikawal.
Jemput berfikir.
Sekian.
.
.
NOTA KAKI DAN RUJUKAN
1. Pelajar China tikam bekas teman wanita – Universiti swasta di Subang Jaya, akhir Julai 2025. South China Morning Post
2. Kes drone di Wisma Pertahanan – 6 Ogos 2025, Kuala Lumpur. The Vibes, Bernama
3. Wanita China amuk di Kajang – 13 Ogos 2025, Bandar Kajang. The Star, World of Buzz
4. Ugutan di Pasar Malam Taman Connaught – 13 Ogos 2025, dakwaan sukarelawan anti-CCP. Sumber: Facebook Malaysia Anti-CCP
5. Serangan pegawai imigresen di KLIA – 14 Ogos 2025, Terminal 1 KLIA. Astro Awani, Kosmo
6. Statistik tenaga kerja asing Malaysia 2024 – ASEAN Briefing, Department of Statistics Malaysia
No comments:
Post a Comment