!SR@EL TERTEKAN, !R@N TERDESAK, US TERPAKSA
Sejak Taufan Aqsa bertiup 7 Oktober lepas, nampak bacaan-bacaan politik di rantau itu mengalami perubahan ketara. Pertembungan Islam-Zayonis dah masuk fasa baharu secara terburu-buru.
Kita boleh kelaskan agenda Zayonis kepada lima fasa:
1️⃣ Fasa pertama Zayonis adalah memiliki kuasa politik. Matlamat fasa pertama mereka dah berjaya setelah 50 tahun iaitu penubuhan negara !sr@el tahun 1948. Modus operandi fasa itu adalah jatuhkan khilafah, jajah P@lest!n melalui British dan dapat pengiktirafan dari negara Teluk dan Turki.
2️⃣ Fasa kedua bermula dengan menstabilkan ancaman daripada negara jiran. Sebaik !Sr@el diisytiharkan, berlaku siri-siri penentangan dari aktor negara Islam seperti Syria, Jordan, Lubnan dan Mesir. Maka matlamat fasa kedua adalah mematikan peranan aktor negara-negara ini. Modus operandi adalah perjanjian damai seperti Oslo, Madrid, Camp David dan sebagainya dalam dekad 80-90an. Fasa ini juga berjaya dalam tempoh 50 tahun.
3️⃣ Fasa ketiga memunculkan aktor bukan negara seperti H!zbull@h dan h@m@s. Maka matlamat fasa ini adalah neutralize ancaman daripada keduanya. Modus operandinya termasuklah menyahstabilkan Syria yang menjadi pengkalan H@m@s dan H!zbull@h di Lubnan.
Sepanjang fasa ini, !sr@el bergelut dengan masalah politik dalaman, kebangkitan pesaing US (Rusia-China) dan perluasan pengaruh !r@n.
Dengan ketidakstabilan politik di !sr@el, H@m@s ambil peluang melancarkan Taufan Aqsa 7 Oktober dari selatan. 8 Oktober, H!zbull@h turut ambil bahagian sebagai medan tempur sokongan di utara !sr@el.
7 Oktober bukan masa sesuai untuk !sr@el hadapi peperangan panjang atas faktor politik dalaman. Tapi bila dah dicabar, mereka tiada pilihan selain membalas dan memastikan mereka tidak dianggap kalah. Kerana itu perang terheret hampir setahun.
Sepanjang Taufan, Populariti Setanyahoo menjunam teruk baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Domestik kerana tak berjaya capai objektif perang, antarabangsa kerana jenayah kemanusiaan. Kalau tak buat apa-apa, kariernya bakal tamat.
Setanyahoo terdesak untuk dapatkan balik sokongan. Serang G@z@ dah tak membantu. Jadi perlu heret 'penjahat' no.1 dunia ke kancah perang; !r@n.
Serang pengkalan di Syria, kematian Presiden, pembunuhan !smael Hanieh dan Fo@d Shuk. Tapi !r@n dah boleh hidu. Lalu mereka tak balas dengan skala besar untuk menghalang masyarakat antarabangsa berdiri belakang Zayonis.
Setanyahoo makin terdesak. Provokasi terhadap !r@n diperhebat. Bermula kes pager dan walkie talkie, serangan ke Beirut hinggalah bunuh N@srall@h. Kalau ikutkan Setanyahoo mengelak dari ranapkan Lubnan seperti G@za kerana itu lagi menyebabkan masyarakat antarabangsa marah, tapi Setanyahoo dah tiada pilihan. Orang awam jadi mangsa terbesar.
Akhirnya mereka berjaya desak !r@n untuk terlibat. Serangan semalam menjadi sejarah baru yang sudah lama dinanti. Pertembungan langsung !r@n-!sr@el.
4️⃣ Serangan semalam menandai permulaan fasa lima agenda Zayonis. Matlamatnya adalah melenyapkan terus akar atau paksi ancaman dari mana-mana negara Islam yang berbaki. Negara lain dah berjaya dimandulkan samada melalui perjanjian, kerjasama ekonomi atau perang saudara. Bakinya hanya tinggal !r@n.
Hapuskan !r@n, automatik H@m@s dan H!zbull@h hilang sumber. Maka matlamat fasa tiga dan empat tercapai sekaligus. Mungkin itulah strategi Setanyahoo.
Tapi nak hapuskan !r@n perlu bantuan US. Nampak dah bibit-bibit tu. Tapi untuk jangkamasa panjang, agak sukar nak dapatkan bantuan berskala besar. Kekangan birokrasi dalam sistem demokrasi negara tu.
Nak dapat bantuan besar dari US, kena heret Rusia sekali back-up !r@n. Tapi Rusia perlu capai misi mereka dulu di Ukraine.
!r@n pula tak mahu bertembung langsung dengan !sr@el lagi selagi tidak mendapat jaminan bantuan dari Rusia seperti jaminan US kepada !sr@el. Tapi bila dah !sr@el main kasar di Lubnan, !r@n tiada pilihan.
5️⃣ Bila !r@n dah berjaya dilumpuhkan, maka masuklah fasa lima agenda Zayonis; penguasaan rantau Asia Barat. Matlamatnya adalah menjadikan Baitulmaqdis pusat pemerintahan. Modus operandinya lenyapkan hak umat Islam dari negara itu. Misi paling besar adalah runtuhkan Masjidil Aqsa.
Waktu itu negara Islam di rantau Asia Barat tak mampu lagi bangkit. Kalau adapun hanyalah serangan skala kecil dan gerila yang mudah ditangani. Aktor negara dah lenyap, aktor bukan negara pun dah lumpuh.
Tapi bermula hujung fasa ketiga, progres agenda-agenda berjalan penuh cacat cela. Mereka boleh capai fasa seterusnya, tapi dalam keadaan tak bersih sepenuhnya. Ancaman dari fasa tiga dan empat boleh timbul kembali. Blok barat juga semakin melemah. Namun tampak mereka dah tak peduli semua itu.
Harapan terakhir adalah melihat kebenaran sabdaan Rasulullah; panji hitam dari Timur. Watak hero yang bakal menyelamatkan saudara kita di Asia Barat. Timur yang masih berpotensi setakat ini adalah umat Islam samada di Subcontinent, Caucasus ataupun Nusantara.
Allahu mustaan..
Alang Ibn Shukrimun
28 Rabiul Awwal 1446
2 Oktober 2024
!SR@EL TERTEKAN, !R@N TERDESAK, US TERPAKSA |
No comments:
Post a Comment