Sunday, 13 October 2024

Kisah di celah celah masyarakat.

 Seorang pengurus dengan gaji RM30,000/bulan tengah berdiri di tepi lori sambil memandang ke kebun, bila seorang petani datang.


Pengurus tu tanya, “Berapa lama masa kau ambil nak keluarkan hasil macam ni?”


Petani jawab, “Tak lama, dalam 5 jam sehari je.”


Pengurus tanya lagi, “Kenapa tak kerja lebih lama dan tanam lebih banyak?”


Petani balas, “Ini dah cukup untuk keluarga aku.”


Pengurus hairan, “Jadi, apa yang kau buat lepas habis kerja?”


Petani dengan tenang jawab, “Main dengan anak-anak, tidur siang, makan dengan keluarga, jemput anak sekolah, jaga ibu bapa, lepak dengan kawan-kawan, ibadah… hidup yang aku rasa cukup bahagia.”


Pengurus terus bagi cadangan, “Aku ni lulusan Amerika. Kalau kau habiskan masa lebih untuk tanam sayur, boleh buka kebun besar, dapat lebih banyak duit, beli lori lagi. Nanti tak perlu jual kat orang tengah, jual terus kat pembeli, bukak kedai sendiri. Lepas tu urus produk, agihan, penghantaran. Bila dah besar, kau boleh pindah ke bandar, lepas tu kembangkan bisnes ke luar negara.”


Petani mula tertarik, “Menarik tu. Tapi berapa lama masa nak ambil untuk capai semua tu?”


Pengurus jawab, “Paling cepat 15 tahun, paling lambat 20 tahun.”


Petani tanya lagi, “Lepas tu?”


Pengurus senyum, “Ini yang paling best, kau boleh jual saham syarikat kau kat bursa, dapat duit banyak gila.”


“Lepas tu?” Petani teruskan.


Pengurus jawab, “Lepas tu kau boleh berehat, pindah ke desa kecil tepi laut, pergi memancing, main dengan anak-anak, tidur siang, makan dengan keluarga, jemput anak sekolah, jaga ibu bapa, dan lepak dengan kawan-kawan rapat sambil ibadah.”


Petani senyum sikit, “Oh, kalau tujuan akhir dia macam tu, sekarang ni aku dah ada semua tu. Kalau tunggu 20 tahun lagi, anak-anak aku dah besar, tak sempat aku nak main dan jemput mereka sekolah lagi. Kalau ibu bapa aku masih panjang umur pun, mungkin mereka dah tak kuat. Terima kasih, tapi aku dah cukup bahagia sekarang.”


Moral cerita: Jangan lepaskan golden moment dengan anak-anak, ibu bapa, dan keluarga. Sebab detik-detik indah ni takkan berulang dua kali. Syukuri apa yang kau ada sekarang.





No comments:

Post a Comment